Andai mereka menghayati kehidupan insan susah, pasti mereka memahami, tapi adakah mereka memahami, lihat bagaimana pekerja dibuang kerja, pemimpin kesatuan sekerja yang berjuang utk kepentingan pekerja, dibuang kerja.
Pemimpin2 kesatuan sekerja hanya menyuarakan apa yang berlaku, apa kehendak pekerja, meningkat taraf kehidupan kaum pekerja, suara pemimpin kesatuan sekerja adalah suara pekerja.
Tapi kini, diabad ini, sistem kapitalis kembali bertapak, dimanakah kerajaan ketika ini, berdiam? Melihat? atau membiarkan?
Kos sara hidup, adalah musuh kaum pekerja, apakah kehidupan pekerja akan terus tertekan?
Hanya mereka di atas sana, perlu mencari jalan untuk menyelesaikan kemelut ini.
Pekerja tidak akan berhenti bersuara, bersuara dan bersuara, malah bersedia turun dijalan, sekiranya tekanan yang dihadap terus meningkat.