RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

31 Disember 2018

SELAMAT TINGGAL 2018 (CATATAN RINGKAS 2018)

Alhamdulillah tiada banyak isu yang berlaku sepanjang enam bulan terakhir 2018, cuma 6 bulan pertama 2018 yang ada ialah kerisauan mengenai RNAA yang cuba dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan terdahulu.

Hubungan dengan pengurusan KTMB dalam kategori baik setelah Pengurus Besar Sumber Manusia digantikan dengan yang baru, banyak isu-isu
berjaya diselesaikan.

RNAA masih kekal setelah ditandatangani oleh Mantan Lembaga Pengarah, malah usaha-usaha kearah merealisasikan tetap akan berlaku, pihak Perbadanan Aset Keretapi (RAC) pasti akan mengunakan dokumen RNAA sebagai dasar untuk merancang hala tuju RAC, kerana itu adalah dasar yang telah dipersetujui oleh Lembaga Pengarah KTMB, pihak-pihak yang berkepentingan akan mengatakan bahawa RNAA telah pun ditandatangani kami tidak boleh buat apa-apa, satu ungkapan yang merepek.

Syukur pertemuan dengan Yb Encik Anthony Loke Menteri Pengangkutan telah memberi sedikit ruang untuk menilai dan mengkaji RNAA, malah dalam kenyataannya akan menjemput RUM terlibat dalam perbincangan, ini satu perkembangan sihat, kerana ruang perbincangan telah terbuka.

RUM juga rasa bersyukur bilamana semua Lembaga Pengarah KTMB telah melepaskan jawatan, sekurang-kurang idea-idea beku telah tiada lagi dalam KTMB, harapan kita Lembaga Pengarah yang baru nanti akan hadir dengan idealisma baru yang memangkin KTMB kearah yang lebih cemerlang.

Tidak dinafikan dalam tahun 2018, tiada sebarang pembaharuan dari segi perniagaan KTMB, kedudukan KTMB boleh dianggap masih mendatar, ini sesuatu yang tidak sihat yang perlu dipandang serius demi kelansungan perniagaan KTMB, sistem atau takuk lama masih terus berlegar tanpa ada sebarang perancangan jitu, kalau ada mungkin RUM tidak diberi penjelasan, namun dari pemantauan ianya tetap kekal mendatar.

2018 juga menyaksikan berita kesedihan  Mantan Setiausaha Cawangan Allahyarham Baharuddin dan Naib  Presiden RUM Allahyarham Roslan telah kembali kerahmatullah, satu kehilangan bagi kepimpinan RUM, semoga Allahyarham ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.

Isu-isu lain dalam tahun 2018 ialah penglibatan RUM mencabar pihak-pihak tertentu hingga ke Mahkamah Tinggi, ianya demi kebaikan organisasi RUM dan seluruh warga KTMB dari mereka yang berkepentingan dan menjejaskan perpaduan RUM, sikap mereka yang berniat tidak baik boleh merosakan perpaduan RUM, segelintir ini adalah pengkianat kepada organisasi RUM, kerana mereka tidak sedar apa itu "KULI dengan MAJIKAN" mereka tidak sedar apa yang berlaku siapakan yang dapat labanya?

Alhamdulillah Perjanjian Bersama ke 9 telah pun dihantar kepada pihak Pengurusan bagi menuntut penambahbaikan faedah-faedah untuk pekerja bukan eksekutif KTMB, kita harap rundingan segera dapat diadakan.

Hubungan Solidariti antara Kesatuan Keretapi di peringkat asean dan asia pacific kini bertambah erat, hubungan ini akan menjalinkan satu kekuatan solidariti untuk menjaga kepentingan pekerja keretapi dan organisasi keretapi dan kesatuan sekerja itu sendiri.

Apapun secara keseluruhan 2018 berada dalam situasi keharmonian perusahaan, hubungan baik antara RUM dan CEO KTMB sentiasa terjalin, hubungan ini kekal untuk memastikan kebaikan produktiviti KTMB dapat ditingkatkan malah keharmonian perusahaan sentiasa menjadi pegangan Railwaymens Union Of Malaya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


27 Disember 2018

AL FATIHAH

AL FATIHAH

Dengan rasa sedih saya ingin maklumkan Sdr Roslan Naib Presiden RUM telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi.

Kami seluruh warga RUM rasa sedih dengan kehilangan seorang pejuang kesatuan sekerja yang banyak berbakti kepada RUM dan semua warga RUM, beliau seorang pejuang tulin dalam arena perjuangan RUM, jasa baktinya akan terus dikenang dalam lipatan sejarah kepimpinan RUM, segala sumbangan baktinya hanya Allah Swt shj yang mampu membalasnnya

Secara peribadi saya kehilangan seorang sahabat@adik yang sentiasa bersama saya, sesungguhnya Allah Swt lebih menyayanginya... Semoga Allahyarham Roslan ditempatkan dengan orang-orang yang soleh.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


19 Disember 2018

SIJIL CUTI SAKIT PALSU (RUPANYA ADA LAGI KES BELI MC PALSU)

Cerita beli sijil sakit palsu ini tak abis-abis, dengar cerita masih berlaku lagi.

Nasihat RUM... nak cari kerja bukan mudah... dah dapat kerja... jagalah kerja baik-baik...

Dalam Perjanjian Bersama (CA) dah diberikan "CUTI REHAT", malah kalau benar-benar sakit pergi jumpa Doktor Bertauliah (Panel Klinik) peruntukan untuk "CUTI SAKIT LUAR" ialah 28hari setahun cuma Sijil Cuti Sakit ini adalah dari Doktor Bertauliah sahaja.

Yang gatal-gatal beli "SIJIL CUTI SAKIT PALSU" tu apa pasal? Ingat pengurusan itu bodoh sangat ke? Sampai tidak boleh kesan "CUTI SAKIT PALSU", kena tangkap "BUANG KERJA" tau... tak sapa boleh tolong... bawa mahkamah pun kalah...

Ada juga yang menipu pergi klinik panel, memang betul dapat "Cuti Sakit", malangnya terlampau bijak... diubahnya tarikh "CUTI SAKIT atau ditambahnya jumlah cuti sakit... macam RUM katalah pengurusan bukan bodoh tak kan tak boleh kesan pindaan atau tambahan tarikh tu... iya... kalau tak kena tangkap... untunglah.. kalau kena... nangis beb...

Macam RUM pernah tulis dalam Suara RUM sebelum ini... "kira pengurusan KTMB ini kira baik, tidak buat aduan ke pihak Polis, kalau bawa ke pihak Polis... dah lah kena buang kerja, masuk dalam pulak tau kerana "menipu".

RUM nak nasihatkan samada Ahli RUM maupun bukan Ahli RUM tidak kiralah siapa pun, asal nama pekerja, jangan beli "Sijil Sakit Palsu" dan janganlah "Pinda Tarikh Cuti Sakit" nanti bukan sahaja sendiri susah, nak cari kerja lain pun susah, Mak Bapak pun Malu...

Hentikan gejala tidak sihat ini!!!

Sebagai Kesatuan Sekerja (RUM) perkara-perkara sebegini adalah sangat mendukacitakan, kerana ianya perkara yang memalukan dan tidak berintergriti, malah RUM sendiri tidak akan mempertahankan mana-mana pekerja yang jelas dan nyata menipu Syarikat, kita sebagai pekerja perlu "JUJUR" pada Syarikat kerana inilah "PERIUK NASI KITA"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


12 Disember 2018

HAD LIMIT 104 JAM SEBULAN KERJA LEBIH MASA (AKTA KERJA 1955)

Mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265) bahawa setiap pekerja tidak boleh bekerja lebih masa lebih dari 104jam sebulan atau  tidak lebih dari 4jam sehari.

Itu mengikut peruntukan undang-undang, maka pihak majikan kena patuh kepada undang-undang agar tidak didakwa.

Dari sudut pekerja khususnya golongan B40 atau yang berpendapatan rendah, gaji yang diterima adalah tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang tinggi, perlu disedari bahawa gaji minimum adalah RM 1100.00 yang berkuatkuasa pada 1.1.2019 yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini adalah rendah bagi menampung kehidupan bulanan.

RM 1100.00 belum lagi ditolak potongan KWSP dan Perkeso, belum lagi kos sewa rumah, kos utiliti, kos pengangkutan kos makanan dan lain-lain, maknanya kos gaji minima itu sendiri tidak mencukupi untuk menanggung kos sara hidup, itu belum lagi kos tanggungan isteri dengan anak, jadi kita boleh bayangkan kos pendapatan samada yang bergaji minima atau kategori keseluruhan di bawah B40 sebenarnya berada dalam keadaan "kais pagi makan pagi".

Pilihan yang ada bagi pekerja B40 untuk menampung kos sara hidup ada tiga (3) pilihan iaitu "kerja lebih masa" atau "kerja separuh masa" (part time) atau "meniaga kecil-kecilan".

Dari sudut ini maka bagi seorang pekerja  untuk mendapat masa berkualiti atau rehat yang mencukupi atau masa bersama keluarga atau masa untuk bermasyarakat boleh dianggap rendah kerana kesebukan mencari rezeki.

Kita tidak boleh menyalahkan pekerja mereka terpaksa bekerja lebih masa, apa pilihan yang mereka ada untuk menampung perbelanjaan bulanan? Mereka terpaksa berkorban demi sesuap nasi untuk menanggung keluarga.

Ada pekerja sendiri yang terkejar-kejar kerja lebih masa, ada pekerja yang sanggup bergaduh kerana kerja lebih masa, ada pekerja menyalahkan majikan kerana tiada kerja lebih masa, ini antara yang berlaku dalam situasi bila pekerja menghadapi masalah upah yang tidak mencukupi.

Begitu juga majikan, secara prinsipnya tidak mahu pekerja kerja lebih masa, sebab kadar pembayaran kerja lebih masa adalah tinggi, mereka mengarahkan pekerja bekerja lebih masa bukan sekadar suka-suka tetapi berdasarkan kehendak produktiviti malah dari sudut perkhidmatan di bawah "perkhidmatan perlu" maka keadaan untuk memastikan kepentingan awam maka kerja yang melintasi had kerja lebih masa  seperti terkandung dalam akta kerja dikecualikan, secara logiknya majikan yang mengalakkan kerja lebih masa atau terpaksa mengarahkan kerja lebih masa perlu menghadapi peningkatan kos perbelanjaan.

Maka itu dari sudut ini, kenyataan Yb Menteri Sumber Manusia adalah benar, namun sesuatu yang perlu di tekankan ialah sebelum sesuatu perlaksanaan dikuatkuasakan hendaklah diteliti dari semua sudut, contohnya kadar gaji minima perlu ditingkatkan atau faedah yang lebih baik seperti sewa rumah ditanggung oleh syarikat, subsidi berbentuk utiliti atau makanan atau apa jua bentuk yang boleh meringankan beban kepada pekerja bukannya terus mengeluarkan arahan tindakan terus diambil tanpa mengira keperluan atau kehendak pekerja.

RUM tetap tidak menolak hak akta, RUM juga tidak menolak bahawa kerja lebih masa yang melampau tidak mencambah produktiviti dari sudut fizikal, RUM juga tidak menolak dari sudut kesihatan pekerja namun setiap perkiraan perlu diambilkira demi kepentingan semua pihak, maka jalan terbaik adalah faedah yang lebih baik hendaklah ditingkatkan bagi mengurangkan bebanan kepada pekerja itu sendiri.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


05 Disember 2018

KOMEN RUM MENGENAI KENYATAAN AKHBAR TUN MAHATHIR MOHAMED PERDANA MENTERI MALAYSIA

Kesatuan Sekerja sentiasa menjalinkan kerjasama dengan majikan malah sentiasa mendahulukan keharmonian perusahaan.

Namun adakala Kesatuan Sekerja kena bertindak dengan mengambil tindakan perusahaan setelah melihat kepincangan dan kelemahan pengurusan dalam meningkatkan produktiviti atau dalam keadaan bila pengurusan tidak menitikberatkan kepentingan pekerja.

Adalah janggal sekiranya kesatuan sekerja berdiam diri dengan membenarkan pihak pengurusan membuat salah laku seperti korup atau apa jua yang boleh merosakkan kepentingan syarikat kerana setiap kelemahan pengurusan implikasinya adalah kepada pekerja itu sendiri.

RUM bagi contoh MAS, Utusan dan Media Prima yang mana Mas dan Utusan ramai pekerja telah diberhentikan manakala Media Prima pula dalam proses untuk memberhentikan pekerja, pada kacamata RUN kelemahan ini adalah berpunca dari pengurusan maka implikasinya adalah pembuangan pekerja.

Tidak salah seperti mana yang diperuntukan oleh undang-undang bahawa pihak kesatuan boleh mengambil tindakan piket cuma tindakan piket adalah jalan terakhir melalui satu tempoh yang munasabah setelah segala usaha yang dilakukan itu gagal.

Jadi untuk menekankan keharmonian perusahaan tanpa mengadakan tindakan perusahaan seperti piket maka pihak pengurusan juga perlu menjaga keharmonian perusahaan bukan hanya diletakan kesalahan semata-mata kepada kesatuan sekerja kononnya sengaja mengadakan piket.

Kesatuan Sekerja sentiasa bertoleransi tapi tidak sesekali jadi "yellow union".

Kerajaan juga perlu membantu kesatuan sekerja yang menghadapi masalah dalam mencari penyelesaian dan bukannya mengambil tindakan berat sebelah dengan menyebelahi pihak majikan, secara prinsipnya "win-win situation" adalah jalan penyelesaian.

Hentikan sikap kapitalis dan pekerja dianggap sebagai "hamba zaman moden" maka hubungan keharmonian pasti akan tercapai.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


29 November 2018

PENCEN MINIMA PEKERJA SYARIKAT KERAJAAN YANG DISWASTAKAN

Sebentar tadi berlangsung pertemuan dengan  Tun Daim Zainuddin Penasihat Kerajaan mengenai rayuan dari Uni-Glc yang diketuai oleh Ybhg Dato Haji Shafiee Mammal, Sdr Roszeli dari Kesatuan Pekerja-Pekerja TNB dan saya dari RUM mengenai pencen minima untuk pekerja diswastakan.

Pertemuan ini adalah dengan tujuan mengemukakan rayuan kepada kerajaan agar dapat dipertimbangkan gaji minima pada semua pekerja syarikat yang telah diswastakan, perjuangan mewujudkan pencen minima ini bermula sejak tahun 2010 lagi.

Usaha dan terus berusaha itulah prinsip kami dikalangan pemimpin kesatuan sekerja tanpa ada putus asa, kerana kami amat memahami kedudukan pekerja khususnya yang dibersarakan atas sebab penswastaan kerana ada pesara yang hanya menikmati pencen serendah RM 150.00.

Terima kasih  Tun Daim Zainuddin yang sudi berjumpa dengan kami, Terima Kasih kepada Dato Shafiee Mammal Presiden Uni-Global yang tidak pernah berhenti berusaha untuk membantu pekerja yang telah dibersarakan atas sebab pengswastaan serta mengajak kami bersama untuk terus berusaha berjuang demi mereka yang hanya bergantung dengan pencen yang amat rendah untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


25 November 2018

1500 PEKERJA MEDIA PRIMA BAKAL DIBUANG KERJA / RUM LAHIRKAN SIMPATI/ NASIB KITA PEKERJA KTMB MUDAH-MUDAH TIDAK BERLAKU!

Satu isu yang menarik, bila ianya digembar-gemburkan, pada RUM ianya sesuatu yang menyedihkan bila melibatkan kaum pekerja.

Namun RUM selalu melihat sekiranya ini berlaku puncanya ialah kelemahan pengurusan itu sendiri yang gagal mentadbir urus syarikat dengan efektif.

Kegagalan pengurusan maka mangsanya adalah pekerja!

RUM telah membuktikan melalui kelemahan pengurusan terdahulu dalam KTMB, RUM berpiket kerana melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan pentadbiran yang lalu, akibat daripada tindakan itu 97 kepimpinan dan ahli-ahli RUM yang berpiket diambil tindakan buang kerja.

Hari ini RUM mempunyai bukti dokumen melalui tindakan piket bahawa segala kelemahan yang berlaku bukannya dari pekerja tetapi sebaliknya pengurusan itu sendiri, sesuatu yang "mahal nilainya" dan "cabaran yang penuh berliku" untuk membuktikan kelemahan pihak pengurusan.

Malah bila wujud RNAA melalui pengumuman Mantan Timbalan Menteri Pengangkutan kerajaan yang lepas telah menyatakan di Parlimen bahawa dijangka 4000 pekerja dijangka dibuang kerja, pengumuman yang dibuat oleh mantan Timbalan Menteri Pengangkutan telah menghakibatkan pertikaian diantara RUM dan Kementerian Pengangkutan.

Maka semua risiko buang kerja pasti akan berlaku namun semua terletak ditangan kita, samada kita membenarkan (redha) atau kita berjuang melawan arus, namun perjuangan kesatuan sekerja membela nasib pekerja tidak pernah luntur malah terus membakar mempertahankan nasib pekerja.

RUM amat simpati pada rakan-rakan seperjuangan, RUM berharap khabar yang digembar-gemburkan pada nasib pekerja media prima adalah tidak benar, andai benar maka sesuatu perlu dilakukan demi selamatkan periuk nasi mereka, kerana ini bukan kesilapan pekerja tapi kegagalan pengurusan dalam urustadbir.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


16 November 2018

PERTEMUAN DENGAN YB ANTHONY LOKE MENTERI PENGANGKUTAN SEMALAM.

RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada Yb Menteri Pengangkutan yang dapat meluangkan masa untuk bertemu dengan kepimpinan RUM. Pertemuan yang dinanti-nantikan ini telah mengambarkan satu pertemuan yang sangat bermakna berikutan isu mengenai Railway Network Access Aggrement (RNAA) yang menjadi isu sejak sekian lama menjadi tentangan RUM terhadap peneraju Kementerian Pengangkutan terdahulu.

Secara ringkas pertemuan ini bukanlah satu penyelesaian tetapi ianya membuka ruang perbincangan bagi mewujudkan jalan penyelesaian, Yb Menteri Pengangkutan bersikap terbuka dan mendengar setiap butiran hujah dari RUM dan menjelaskan beliau belum meneliti dokumen RNAA, malah beliau akan meneliti seterusnya akan mengkaji kembali dokumen RNAA dan akan mengadakan perbincangan semula demi kebaikan semua pihak.

Beliau juga memberi jaminan KTMB tidak akan dianaktirikan sebaliknya akan memberi perhatian demi kebaikan KTMB, Pekerja dan Pengguna, satu kenyataan yang RUM tunggu-tunggu pengakuan yang KTMB tidak akan dianaktirikan oleh Yb Menteri Pengangkutan yang mewakili kerajaan memerintah kerana perkataan "Anak Tiri" yang dilaung-laungkan oleh RUM telah mendapat perhatian dari Yb Menteri Pengangkutan.

Beliau juga melahirkan kenyataan bahawa pertemuan ini bukan yang terakhir malah akan sedia berbincang dengan pihak RUM demi kemajuan KTMB dan Pekerja itu sendiri.

Rumusan yang boleh dikatakan pertemuan ini sangat positif, banyak perkara yang dibangkitkan mendapat perhatian dan pertimbangan Yb Menteri Pengangkutan khususnya untuk kebaikan KTMB dan Pekerja.

Paling menarik diawal mukadimah Yb Menteri memohon maaf kerana tidak kesempatan bertemu awal kerana kesebukan tugas serta untuk mengetahui semua agensi di bawah Kementerian Pengangkutan, satu ungkapan yang membuat kami menghormati Yb Menteri, kami juga memahami kesebukan Yb Menteri Pengangkutan khususnya masih baru menjawat jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

Bagi pihak RUM kami merakamkan ribuan terima kasih kerana kesudian Yb Menteri Pengangkutan mendengar keluh kesah kami, malah kami sedia bersama dan berunding demi kebaikan KTMB, Pekerja khususnya Pengguna.

Semoga hubungan baik ini terjalin dengan harmoni dan seterusnya isu yang dibangkitkan dapat diselesaikan demi kepentingan KTMB, Pekerja, Pengguna khususnya Negara tercinta Malaysia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


15 November 2018

TERIMA KASIH YB MENTERI PENGANGKUTAN ATAS PERTEMUAN RASMI DENGAN KEPIMPINAN RUM.

Gambar ketika pertemuan jam 4 petang berlangsung selama 1jam 15 minit di Parlimen, pertemuan dianggap sangat positif.

Maklumat lanjut mengenai pertemuan akan di update esuk.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


RUM TAK BUAT APA-APA KE? SATU SOALAN CEPUMAS! PEKERJA DI IBU PEJABAT KTMB/KLO/KL CENTRAL & DEPOH SEKITAR KUALA LUMPUR KONONNYA DIARAH BERPINDAH. (PART 1)

Teori RUM mudah, kenapa pihak RAC nak mengusulkan perancangan serta mengkaji dengan mengosongkan ibu pejabat KTMB, Stesen Keretapi Lama (KLO), Stesen KL Central dan semua depoh di sekitar Kuala Lumpur.

Ramai yang tidak tahu, KTMB sampai sekarang tidak mampu membayar tungakan pembayaran kepada kontraktor yang melibatkan kurang lebih RM 150 juta (anggaran) hutang ini disebabkan peneraju KTMB dahulu.

Melalui Railway Network  Access  Aggrement (RNAA) setiap aset yang dimiliki oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC) maka KTMB perlu membayar kepada RAC sebagai sewa, sebelum ini melalui warta kerajaan KTMB hanya perlu membayar pajakan hanya RM 1.00 sahaja.

Kalau KTMB tidak mampu membayar tungakkan kepada kontraktor, mampukah KTMB membayar sewa setiap aset yang dimiliki oleh RAC?

Apakah aset RAC?

Aset RAC merangkumi semua Bangunan KTMB, semua stesen keretapi, semua lokomotif, set-set tren, landasan atau semua harta yang dibeli oleh kerajaan selepas 1.8.1992.

Apa yang ada pada KTMB?

Nothing, kalau ada pun mungkin pen dan kertas atau harta usang sebelum 1/8/1992

Mampukah KTMB membayar sewa setiap pengunaan aset yang dimiliki oleh RAC?

Kalau tunggakan tidak mampu bayar, kalau harga tambang penumpang dikawal oleh kerajaan, maka pembaca sendiri boleh jawab.

Siapa untung?

Siapa rugi?

Yang untung itu "BROKER"

Sapa "BROKER"?

Tidak lain.. tidak bukan..

"PERBADANAN ASET KERETAPI" (RAC)

Apakah peranan "BROKER"?

Peranan "BROKER" adalah sebagai orang tengah untuk menyewa/memajak/menjual aset yang ada pada yang berminat dengan segala aset yang dulu sebelum 1.8.92 adalah milik KTMB.

Maka dengan mengarahkan KTMB mengosongkan Bangunan KTMB/ Stesen Keretapi Lama (KLO)/ KL Central dan Depoh di sekitar Kuala Lumpur maka semua aset ini boleh disewa/dipajak/dijual pada yang berminat, maka hasrat pihak-pihak yang berminat sebelum ini seperti YTL, MMC atau pihak lain berpeluang untuk mengambilalih aset yang diiinginkan sebelum ini.

Tentunya KTMB terpaksa akur kerana Bangunan@aset ini digunapakai hak milik RAC hanya dengan pajakan RM1 sedangkan melalui RNAA, KTMB perlu membayar sewa, andaian RUM sewa yang akan dikenakan untuk penyewaan Bangunan KTMB sahaja kurang lebih RM 2 juta sebulan, maka pilihan yang ada ialah KTMB terpaksa mengundurkan diri dari BANGUNAN KTMB dan semua aset yang asalnya milik KTMB kecuali KTMB mampu membayar sewa.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


14 November 2018

RUM TAK BUAT APA-APA KE? SATU SOALAN CEPUMAS! PEKERJA DI IBU PEJABAT KTMB/KLO/KL CENTRAL & DEPOH SEKITAR KUALA LUMPUR KONONNYA DIARAH BERPINDAH.

Bila RUM dengar mahu tak panas telinga, rasa terbakar bila soalan begini keluar, tapi biasalah kenyataan sebegini yang sentiasa dilontarkan, jangan sesekali melatah, asam garam bila duduk di platform RUM tidak kira apa jawatan yang dipegang oleh kepimpinan RUM mereka hanya pandai menyalahkan tapi kebanyakannya bukan ahli RUM, cuma bahayanya mulut mereka ini boleh merosakan pemikiran ahli-ahli RUM yang tidak dapat cerita sebenar, maka ahli RUM akan terpengaruh dan turut menyalahkan kepimpinan RUM.

Isu terbaru yang dilontarkan kononnya mengenai arahan yang bakal dikeluarkan ialah pekerja di Ibu Pejabat KTMB, Pekerja di Stesen Keretapi Kuala Lumpur Lama (KLO), Pekerja di KL Central, pekerja-pekerja di Depoh sekitar KL akan dipindahkan, maka RUM terpinga-pinga sedangkan kepimpinan RUM tidak mengetahui langsung, lagi terpinga-pinga bila RUM dikatakan tidak buat apa-apa! seolah-olah RUM membenarkan.

Justeru itu kalau ada sebarang maklumat kena sampaikan, menjadi tanggungjawab setiap individu ahli RUM untuk menyampaikan sebarang maklumat kepada kepimpinan RUM, maka kami diperingkat kepimpinan akan mengetahui serta menyiasat kesahihannya, baru gerakan menyusun langkah boleh bermula, kerana maklumat awal ini penting bagi kami kerana teknik kami "sediakan payung sebelum hujan". Jangan duk takut sangatlah, jangan duk bodek sangatlah, kena kenal apa itu "MAJIKAN"? tak kan itu pun tak nampak! kemudian jangan penting diri sendirilah... biasanya yang penting diri sendiri ini akhirnya terjun jugak... banyak dah berlaku.. sebab kononnya tak percaya dengan RUM... last.. last.. dia pun terjun... aiyaaa...

RUM bila dengar hati memang terbakar @ marah bukan kepada individu yang melontarkan cerita tapi isu yang diutarakan, kerana RUM sentiasa berpendirian akan berusaha mempertahankan KTMB selaras dengan motto RUM, "Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Namun RUM terus menyelidik dan mengkaji, setelah itu RUM mendapati bahawa isu yang dilontarkan adalah benar dan sahih cuma dalam peringkat perancangan yang kononnya diutarakan oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC), maka mungkin arahan telah dibuat kepada pihak KTMB untuk membuat kajian dan menyusun keperluan sekiranya arahan ini dilaksanakan, maka sekali lagi RUM dapat merasakan pengurusan KTMB dalam keadaan tersepit maka mengikut lumrahnya pengurusan KTMB akan akur, namun RUM yakin bahawa Ybrs En Rani Samsuddin, Ketua Pegawai Eksekutif akan mempertahankannya, al maklum Lembaga Pengarah KTMB sebelum ini semua dah lepaskan jawatan, kalau tidak mereka ini semua main "angguk-angguk", yang buruk semua kami (kepimpinan RUM) yang baik mereka yang boleh bersetuju dengan RNAA.

Cuma pada ahli-ahli jangan hanya pandai meluahkan "RUM tak buat apa-apa ke?", RUM kalau dia buat.. dia tak peduli dah... Pak Menteri pun dia langgar... tapi bila RUM buat janganlah lari malam... jangan duk dalam kelambu... namapun ahli RUM...  berjuang tu kena sama-sama... berjuang tu dalam satu pasukan dan bukan  sekadar nak untung je... bukan sekadar ambil kesempatan...  bukan sekadar pandai merungut... nama pun kesatuan.. kalau dah kena langgar garuda duk masih melangut lagi... alamat matilah... kena bangkit melawan... itu baru berjuang bersama-sama... sebab risiko dilanggar garuda bukan RUM saja yang mati... kamu pun mati sama... itu perumpamaannya... kita tak de lah sampai mati... cuma periuk nasi kita dah tak berasap je... tapi macam matilah jugak, anak bini nak makan apakan... tak kan lah nak bagi makan pasir... yang ini tak payah bagitau... sendiri boleh fikir...

Dari sudut penelitian RUM ianya berpunca dari Railway Network Access Aggrement (RNAA) maka ianya adalah hak kuasa mutlak yang ada pada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) mencetuskan idea dengan percubaan untuk mengambilalih semua aset yang telah dipindah milik melalui pindaan Akta Keretapi 1992 malah melalui RNAA yang telah ditandatangani oleh Mantan Lembaga Pengarah KTMB secara tidak langsung telah membatalkan "Warta Kerajaan 1.8.1992" yang membenarkan aset yang digunapakai oleh KTMB dengan pajakan RM1.00 dibatalkan.

RUM pernah berjuang mempertahankan Bangunan KTMB dan Stesen Keretapi Kuala Lumpur (KLO) yang cuba diambilalih oleh YTL dan MMC akhirnya keputusan menyebelahi RUM dengan jayanya, hasrat mereka yang berusaha untuk mengambilalih Bangunan KTMB dan KLO berjaya digagalkan.

Antara perancangan mereka ialah untuk membangunkan bangunan KTMB sebagai hotel manakala "KLO" pula hendak dijadikan pusat membeli belah dan kondominium bertaraf mewah, hasrat mereka ini adalah tidak lain untuk mencari keuntungan dari sudut perniagaan tanpa melihat bahawa kepentingan sejarah KTMB yang telah wujud lebih seratus tiga puluh (130) tahun.

Cuma RUM nak bagitau idea ini idea lapuk, idea dah basi, nampak sangat otak tu dah beku@blank, idea lapuk yang di recycle, malulah belajar sampai kelangit tapi setakat ini je idea, oiiiii... idea kalau nak majukan industri keretapi, tanah keretapi banyak lagi idea ada, janganlah jadi macam lapangan terbang kat sungai besi tu... pun digadaikan... jangan jadi haprak sangatlah...

Keretapi Tanah "Melayu" cukup kita faham sebagai satu nama yang satu-satunya beridentitikan "TANAH MELAYU" yang ada pada hari ini, selain dari buku-buku atau dokumen-dokumen yang menyatakan bahawa Malaysia adalah asalnya "TANAH MELAYU" andai ianya terhakis maka ianya hanya jadi satu catatan sejarah yang akan dimasukan dalam dokumen-dokumen sejarah sebagai ingatan tidak lebih dari itu, tidak tersergam indah seperti mana yang ada sekarang.

RUM telah melahirkan bantahan demi bantahan bukan sekarang tapi sejak lama dahulu, malah dalam kenyataan yang lalu kalau dikatakan pejuang melayu pasti Keretapi Tanah Melayu juga akan dipertahankan, andai ini hanya sekadar nama tidak mampu dipertahankan? Apakah kita mampu mempertahankan Bangsa Melayu dan Tanah Melayu?

RUM sebagai sebuah organisasi kesatuan sekerja tidak akan sesekali membenarkan mana-mana pihak yang cuba mengancurkan Keretapi "Tanah Melayu", malah setiap pergerakan yang diutarakan RUM mengetahui maksud tersirat, "sekilas ikan diair, dah tau jantan betinanya".

Hidup jangan berpura-pura, laungan bukan sekadar laungan, keris terhunus bukan bermakna pahlawan, andai sekadar nama "tanah melayu" pun tidak mampu dipertahankan.

Kami Pekerja KTMB, khususnya ahli-ahli RUM bersedia untuk mempertahankan KTMB dari mana-mana pihak, niat kami hanya satu "SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA".

Justeru itu pendirian RUM ialah "BATALKAN RNAA, SERAPKAN RAC DI BAWAH PENTADBIRAN KTMB"!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


13 November 2018

Idea Basi.. (2x5)

Duduk dalam RUM.. isu tak penah abis.. bukanlah isu baru.. isu sama yang berulang2.. idea basi.. (2x5) aiyaaa... failed!


MEMORI RUM PERTAHANKAN BANGUNAN KTMB SEJAK DULU.

RUM bukanlah kali pertama mempertahankan Bangunan KTMB, sebelum kenyataan dalam blog suara rum memgenai cubaan MMC hendak mengambilalih bangunan KTMB, YTL telah berusaha gigih untuk mengambilalih bangunan KTMB yang mana RUM menentang sekeras-kerasnya, maka setiap percubaan untuk mengambilalih asalnya milik KTMB tetap akan ditentang!

Ingatan ini kepada mana-mana pihak yang cuba mengambilalih mana-mana hak asalnya milik KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


 RUM bantah serah bangunan KTMB kepada MMC  


09 November 2018

Utusan Malaysia



08 November 2018

AL FATIHAH

Dengan rasa dukacita dimaklumkan Sdr Baharudin Mantan Setiausaha Cawangan Ipoh yang baru bersara dua (2) bulan atas sebab kesihatan telah kembali kerahmatullah.

Perginya seorang sahabat dan pejuang RUM, semoga Allahyarham Baharudin ditempatkan dengan orang-orang yang soleh.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


05 November 2018

Happy Deepavali


03 November 2018

BELANJAWAN

Kalau kita baca cara positif maka jawapannya positif, andai kita baca cara negatif maka jawapannya negatif, maka Allah Swt bagi kita akal untuk berfikir.. fikirlah.. ini je komen RUM.


01 November 2018

PERASMIAN STESEN ABDULLAH HUKUM SERAH SURAT PADA YB MENTERI PENGANGKUTAN

RUM merakamkan terima kasih atas kesudian menjemput kepimpinan RUM untuk menghadiri Majlis Perasmian Stesen Keretapi Abdullah Hukum.

RUM juga mengambil kesempatan menyerahkan surat kepada Yb Menteri Pengangkutan sendiri dalam Majlis Perasmian untuk memohon temujanji, surat yang dihantar hari ini adalah surat yang ketiga (3) kepada Yb Menteri untuk memohon temujanji.

Surat 1 bertarikh :- 1 Jun 2018

Surat 2 bertarikh :- 26 Jun 2018
Surat 3 bertarikh :- 1 November 2018

Harapan kita Yb Menteri sudi bertemu dengan kita dan memberi ruang untuk kita berbicara mengenai Railway Network Access Aggrement (RNAA).

Kita sentiasa mengunakan pendekatan keharmonian perusahaan dengan tujuan menjaga hubungan baik diantara Kesatuan dan Kerajaan Memerintah, kita harap hubungan baik terus disemai dan dibaja agar terus kekal harmoni, janganlah bila kita menundukan kepala, kita tidak dilayan, kerana itu mengambarkan kurang sopan.

Namun kami yakin Yb Menteri Pengangkutan hari ini bukanlah seperti Yb Menteri Pengangkutan yang lepas, kerana kami sentiasa berfikiran "positif" dengan mengunakan pendekatan "menarik benang dalam tepung", pendirian kami jelas bahawa cara yang paling berhemah ialah melalui rundingan, kerana kami juga insan yang memegang pada janji seperti mana janji yang telah dibuat oleh Barisan Ahli Parlimen Pembangkang sebelum PRU 14, cuma pada pertemuan yang terdahulu dengan barisan ahli parlimen pembangkang Yb tidak ada ketika itu.

Sekali lagi kami berharap pertemuan dapat diadakan demi mendengar keluhan kami dari RUM yang juga  sebagai rakyat Malaysia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


27 Oktober 2018

KEAHLIAN / SIASATAN DALAMAN JOM SERTAI RUM

RUM sedar masih ramai yang tidak menjadi ahli samada tidak memahami apa itu Kesatuan Sekerja atau mungkin termakan hasutan @ fitnah dari puak-puak yang tidak gemar dengan RUM.

Kepada pekerja "bukan eksekutif" KTMB samada yang telah berkhidmat lama atau baru menyertai KTMB, saudara/i adalah dialu-alukan menjadi ahli RUM, kerana RUMlah organisasi yang mampu membela nasib saudara/i , ketika saudara/i berada dalam keadaan bermasalah khususnya saudara/i yang disabit kesalahan sebagai "tertuduh" dalam siasatan dalaman makanya pegawai-pegawai RUM yang terlatih akan mewakili saudara/i dalam kes siasatan dalaman malah RUM akan menjadi "consultant" memberi khidmat nasihat dalam semua sudut khusus melibatkan perundangan mengenai pekerja, mendengar khidmat nasihat yang bukan dari mereka yang "pakar" akan menghakibatkan saudara/i jadi mangsa keadaan.

Justeru itu RUM menasihatkan setiap pekerja berjumpa mana-mana pegawai RUM untuk mendapatkan borang menjadi ahli, jangan dengar hasutan sebelah pihak kerana yang susah kemudian adalah saudara/i sendiri yang tidak menjadi ahli RUM, malah hasil usaha mendapat faedah yang baik adalah hasil titik peluh perjuangan organisasi kesatuan sekerja iaitu RUM.

Nasihat RUM "jangan dah terantuk baru nak terngadah" kerana kebelakangan ini banyak kes melibatkan "tertuduh" dalam kes siasatan dalaman adalah "bukan ahli RUM".

Jom sertai RUM, kita "BERSATU", kita KUAT, kita mampu mendapat "FAEDAH YANG LEBIH BAIK", semuanya ditangan "KITA".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


23 Oktober 2018

KEPIMPINAN / KESELAMATAN. TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN/KETUA TERHADAP SEMUA SUDUT.

Tidak kira dimana kedudukan jawatan kita, samada jawatan kita sebagai Bapa atau sebagai Ketua Organisasi atau sebagai Ketua Majikan atau sebagai Ketua Kerajaan kita bertanggungjawab terhadap anak kita, kita bertanggungjawab terhadap ahli/ kepimpanan di bawah kita, kita bertanggungjawab terhadap pekerja/pegawai kita, kita bertanggungjawab terhadap rakyat/kepimpinan di bawah kita, ini prinsip asasnya.

Andai anak kita salah, andai ahli/kepimpinan kita salah, andai pekerja/pegawai salah sesebuah syarikat salah maka asas utama ialah:-

1. Memberi kesedaran/kursus
2. Penguatkuasaan
3. Kaunseling
4. Siasatan Dalaman
5. Tindakan tatatertib

Lima (5) perkara ini adalah praktis yang perlu diamalkan bagi semua kepimpinan agar ianya memberi penitikberatkan dalam semua sudut kehidupan organisasi dan keselamatan organisasi, sekiranya lima (5) perkara ini tidak diamalkan maka akan pincanglah organisasi, maka kesalahan itu wajar diletakan kepada kepimpinannya.

Sebagai anak/pekerja/pegawai maupun rakyat dalam apa sudut kena patuh dan hormat ketuanya, bagi memastikan sesebuah organisasi itu kukuh, kuat dan disegani malah dari sudut syarikat ianya akan mampu meningkatkan produktiviti yang tinggi serta aspek keselamatan yang terjamin dalam menyelamatkan harta benda maupun nyawa.

Tidak juga menjadi salah andai anak menegur bapa/ tapi tetap salah bagi pekerja menegur pegawai atau atasannya, peranan anak inilah yang dimainkan oleh RUM kerana RUM ada lesen yang sah, maka itu RUM membuat teguran bagi membela nasib anak-anak RUM @ pekerja.

Maka dalam hal ini setiap individu ada peranannya sendiri dalam memastikan organisasinya kukuh dan selamat, andai tidak imej segala sudut akan tenggelam.

Ramai yang tidak sedar dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Oshen secara lisan/tersirat bil 1/ 2018 telah dimaklumlan tentang beberapa perkara yang melibatkan keselamatan khususnya memohon untuk jawatan tertentu menghadiri kursus ulangkaji, tapi pergerakanya amat perlahan walaupun dilaksanakan, malah antara lain tujuan kursus itu mempunyai maksud tersirat demi kebaikan semua dari sudut pekerja/pegawai/pengurusan tertinggi, cuma mungkin idea yang dilontarkan agak "basic" kerana tidak secara mendalam demi menjaga keharmonian namun tersiratnya cukup mendalam bagi mengatasi masalah yang mungkin datang.

Dari sudut RUM, RUM lebih menitikberatkan kelemahan-kelemahan yang wujud agar dapat diatasi kerana sekiranya kelemahan ini tidak diatasi pekerja/ahli RUM akan jadi mangsa kerana kesilapan adalah berpunca dari kelemahan pengurusan itu sendiri, kerana lima perkara itu tidak dipraktiskan secara keseluruhan, bila nasib tidak menyebelahi atas kelemahan pengurusan maka pekerja akan alpa, maka berlakulah kejadian yang tidak diingini dan akhirnya pekerja jadi mangsa keadaan, ibarat anak yang selalu perlu dipantau dan ditegur agar menjadi insan berguna.

Tidak mengapa, ianya satu pengajaran sebagai tauladan agar kita sentisa memikirkan sesuatu risiko yang belum berlaku dapat ditangani dengan segera, kita sama-sama belajar dan mendalami proses, kesilapan itu adalah ilmu pengajaran paling berguna untuk kita tidak mengulangi pada masa depan.

Sama-sama kita berusaha meningkatkan imej prestasi organisasi kita, tidak kira apa organisasi yang kita pimpin.

Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


17 Oktober 2018

PENDEDAHAN DUNIA LUAR PENTING RNAA ISU UTAMA RUM

 ITF 



Pendedahan dunia luar ini sangat penting, agar kita tahu setiap perkembangan yang berlaku khususnya dalam arena perkeretapian maka ITF Congress dan ITF Railway Section Conference banyak membantu dari segi pengetahuan dan berkongsi pengalaman. Solidarity dari seluruh anggota gabungan ITF memberi kita satu kekuatan untuk terus berjuang diarena perjuangan kaum pekerja khususnya Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM) yang tidak pernah berhenti menghadapi pelbagai cabaran.

Isu Penswastaan / Outsourcing adalah bualan hangat dari setiap kepimpinan kesatuan sekerja dari bahagian perkeretapian diseluruh dunia tidak kira apa gred jawatan yang semuanya membantah/menentang dan tidak bersetuju sama sekali, KTMB sendiri telah diswastakan pada 1/8/1992 namun masih milik Kementerian Kewangan Diperbadankan, kegagalan Marak Unggul sebagai kontrak pengurusan selama lima (5) tahun adalah dalil kurangnya kemampuan atau tidak dapat menghasilkan keuntungan dalam industri operator keretapi begitu juga syarikat-syarikat keretapi metro yang diwujudkan dalam malaysia oleh syarikat-syarikat swasta telah di "bailout" oleh kerajaan kerana mengalami kerugian kini diletakan di bawah prasarana yang miliknya Kementerian Kewangan, umum mengetahui Prasarana kini rugi lebih RM 20 Billion semenjak ditubuhkan pada tahun 1995 berbanding KTMB yang diswastakan pada 1992 dengan kerugian terkumpul sebanyak RM 2.8B.

Penswastaan jelas dalam industri perkeretapian akan merugikan namun tiada pihak mampu mengakui, di london sendiri bila metro satu ketika dulu diswastakan telah diistiharkan "bangkrup" yang jadi mangsanya adalah kaum pekerja bila strategi yang diolah oleh Bank Dunia diterima pakai oleh kebanyakan kerajaan didunia.

Sehingga hari ini tiada mana kerajaan mengakui bahawa pengswastaan dalam industri perkeretapian itu merugikan sebaliknya mereka menyembunyikan fakta kerana malu mengakui kesilapan atas pelaksanaan penswastaan.

Kini idea baru yang muncul ialah Railway Network Access Agrement yang sangat baik dikatakan, analisis RUM adalah jelas bahawa keuntungan boleh dinikmati oleh sebelah pihak iaitu pelabur yang mengeluarkan modal untuk mengambilalih jabatan-jabatan KTMB yang mana Perbadanan Aset Keretapi (PAK) sebagai pemilik aset secara sah melalui dokumen RNAA yang telah diserah secara mutlak dan membatalkan dokumen warta kerajaan yang ditandatangani Menteri Pengangkutan terdahulu boleh membenarkan pemain industri untuk mengambilalih jabatan-jabatan keretapi seterusnya menjadikan satu bidang perniagaan yang mana PAK sebagai orang tengah atau berperanan sebagai "broker" mengambil untung atas angin dengan mencas setiap pengunaan aset keretapi maka KTMB sebagai operator akan membayar dua (2) kali iaitu kepada pemain industri dan broker iaitu PAK dalam masa yang sama KTMB tidak mampu menaikan harga tambang kerana kos tambang dikawal oleh kerajaan, mangsanya adalah KTMB sebagai "kambing hitam".

Dari sudut lain bahawa KTMB tidak mampu dikembangkan kerana ianya terikat dengan perjanjian RNAA malah ianya tidak selari dengan asas penubuhan KTMB yang boleh mempelbagaikan peluang perniagaan industri keretapi seperti mana Jepun, Korea dan China yang begitu pesat membangun sehingga menjadi pengeluar set-set tren, KTMB bukan sahaja ketingalan tapi tenggelam malah boleh bakal pupus dengan teknik penswastaan.

Justeru itu kerajaan perlu memikirkan kembali strategi baru yang mampu memperkembangkan perniagaan keretapi, banyak ruang dan pilihan yang ada, banyak strategi perniagaan yang ada, jangan biarkan pemikiran jumud sedangkan industri perkeretapian cukup luas kalau kita bijak melakukan.

Silap percaturan maka akan mewujudkan kerugian jangka panjang yang mana boleh menimbulkan implikasi kepada KTMB, Pekerja, Pengguna malah dari sudut kewangan kerajaan sendiri akan tanggung kerugian yang kita semua tahu apa yang dilaung-laungkan oleh kerajaan kedudukan kewangan negara kini berada dalam keadaan tenat.

Semoga kerajaan baru, berwajah baru mampu mencetuskan idea baru malah secara terbuka mampu mendengar keluhan RUM dalam memberhentikan RNAA, ingatan sekali lagi bahawa idea dari mereka yang mewujudkan RNAA perlu disingkirkan kerana idea mereka adalah idea "ambil mudah" atau "tak mahu kerja susah" atau bukanlah seorang yang benar-benar bersifat seorang "pejuang" yang berani menyambut cabaran demi kepentingan negara pada masa depan, mereka adalah kumpulan "pengecut" yang tidak berani kedepan untuk setanding dengan negara-negara maju sebaliknya mereka inilah akan menyebabkan Malaysia terus kekal sebagai negara dunia ketiga.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

#itfcongresssingapore


16 Oktober 2018

PENSWASTAAN / OUTSOURCING RUM TETAP BERPENDIRIAN RNAA DIBATALKAN

Isu penswastaan ini dah basi, kiranya telah dilaksanakan bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia..

Penyelesaiannya tidak ada, hanya bangkit dan terus membangkitkan isu.. namun ianya bukan satu halangan untuk membangkitkan agar kita tidak lupa bahawa penswastaan /outsourcing ini satu ancaman kepada pekerja dan pengguna, ianya juga untuk melahirkan kesedaran kepada setiap pemimpin kesatuan dan ahli-ahlinya sedar bahawa perjuangan hendaklah diteruskan tanpa putus asa.

Kenapa begitu? Sebabnya kita sendiri lemah.. kita sendiri tidak kuat.. dan banyak faktor lain yang tidak perlu disebut,  maka dasar penswastaan atau outsourcing  yang dipelopori sudah menjadi sebati.. bagi pihak kerajaan dimerata dunia termasuk Malaysia prinsip menyatakan kepentingan rakyat seolah-olah diabaikan walaupun itu dilaungkan, "perkhidmatan sosial" makin lama makin terhakis kononnya melaksanakan pemudah cara dengan memberi pada syarikat-syarikat yang mempunyai modal untuk mengendalikan operator perkeretapian, kononnya kerajaan akan menjimatkan kos tapi dalam masa yang sama harga tambang dikawal oleh kerajaan.

Sedangkan bagi memberi kemudahan kepada rakyat maka "perkhidmatan sosial" kepada pengguna perlu diutamakan bukan sahaja memberi perkhidmatan yang baik malah dengan harga tambang yang murah, inilah asas penubuhan sistem perkeretapian yang kini makin terhakis.

Di KTMB sendiri maka dicadangkan oleh bijak pandai dengan mewujudkan Railway Network Acesss Agrement (RNAA) yang mana cadangan ini telah dikemukakan ideanya dari Kerajaan yang lepas, idea ini kononnya terbaik sehingga banyak syarikat menyampaikan proposal pada kerajaan yang lepas, apakah maksud penyerahan proposal? kita sendiri boleh nilaikan.

Secara bernasib baik kerajaan yang lepas kecundang pada PRU 14, dalam pertemuan dengan ahli-ahli parlimen ketika itu sebagai pembangkang yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin dan hampir sepuluh ahli parlimen telah berjanji dengan kepimpinan kesatuan akan membatalkan RNAA sekiranya pihak pembangkang memenangi PRU 14, itulah janji yang dinyatakan dan kenyataan itu juga sudah dipaparkan dalam kenyataan akhbar.

Maka hari berganti hari, dua (2) pucuk surat telah dihantar kepada Yb Menteri Pengangkutan mohon temu janji, sepucuk surat menyatakan bantahan mengenai RNAA termasuk mencadangkan semua aset di bawah Perbadanan Aset Keretapi diletakan kepada KTMB, sehingga hari ini tiada jawapan, yang ada hanya perjumpaan dengan Setiausaha Sulit Menteri Pengangkutan minggu lepas untuk mendapatkan penjelasan surat-surat berkenaan.

Prinsip ialah "tempoh munasabah" bagi ruang waktu, kerana mungkin YB Menteri terlalu sebuk dalam menyelami semua jabatan yang dikendalikan oleh Kementerian Pengangkutan malah masih peringkat menyelami dan mempelajari maka kita masih membisu dan cuba memahami keadaan kekangan Yb Menteri yang baharu menyandang jawatan, jangan melatah, kerana itu tidak sihat justeru itu RUM terus sabar untuk menanti temujanji dengan Yb Menteri, kata sumber Yb Menteri belum bersedia jumpa RUM agaknya seperti yang kita andaikan Yb Menteri masih proses belajar dan memahami KTMB khususnya mengenai RNAA.

Dalam pada itu kita tetap dengan pendirian RNAA hendaklah dibatalkan malah kita tidak menolak sehingga satu tempoh munasabah sekiranya tiada penyelesaian maka kita akan buat perhimpunan "RALLY" untuk melahirkan bantahan atau ayat lebih manis sebagai himpunan mendengar rintihan, apa pun itu hanya lontaran idea sepontan dan bukannya keputusan kerana keputusan terletak kepada Majlis Exco walaupun Persidangan Perwakilan telah pun membuat ketetapan tapi bagi pelaksanaan tetap pada Majlis Exco.

Justeru itu kita mengharapkan Kerajaan Baru dengan idea baru dan bukannya Kerajaan Baru dengan idea basi, malah dalam mewujudkan idea baru maka pencetus-pencetus idea RNAA ini perlu disingkirkan kerana mereka ini dalang yang berkepentingan, andai disimpan maka kerajaan baru hanya memegang dasar lama yang tidak menunjukan lontaran idea baru yang boleh diterima selaras dengan Malaysia Baru.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


RAILWAY SECTION CONFERENCE

Cerita yang sama, masalah yang sama, isu yang sama dialami semua perkeretapian di dunia iaitu Penswastaan, Outsourcing dan pasti KTMB dengan masalah RNAA.

Semua bersatu menentang pengswastaan, outsourcing!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


14 Oktober 2018

Internatioal Transport Workers Congress 14- 20 Oktober 2018

Menghadiri Internatioal Transport Workers Congress 14- 20 Oktober 2018  di Suntec Singapore International Convention and Exhibition Centre, semua pemimpin kesatuan gabungan ITF dengan kehadiran 2300 perwakilan belum termasuk permerhati, penasihat kesatuan dari seluruh dunia mewakili pengangkutan Laut, Udara, Darat berhimpun 4 tahun sekali.


11 Oktober 2018

CADANGAN PENURUNAN HARGA TAMBANG REL

RUM mengalu-alukan kenyataan Yb Menteri Wilayah Persekutuan dalam usaha menurunkan harga tambang pengangkutan rel, langkah ini adalah selaras maksud "perkhidmatan sosial" maka sewajarnya harga yang lebih rendah diberikan kepada pengguna bagi mengalakkan pengguna mengunakan perkhidmatan rel seterusnya mampu mengurangkan kesesakan jalan raya.

Namun hasrat ini tidak akan berjaya sekiranya kos perbezaan tambang bersubsidi dengan kos operasi tidak ditanggung oleh kerajaan, untuk makluman kos operasi pengendali pengangkutan rel ini sangat tinggi malah KTMB sendiri terpaksa menanggung kos subsidi pengguna tanpa bantuan kerajaan, akibatnya dari sudut pendapatan operasi KTMB menanggung kerugian.

Justeru itu Kerajaan wajar menanggung subsidi kepada pengguna bukannya ditanggung oleh syarikat pengendali perkhidmatan rel bagi memastikan pengendali perkhidmatan rel mampu menanggung kos operasi.

Sewajarnya Yb Menteri Wilayah Persekutuan berbincang mengenai perkara ini dengan Kementerian Pengangkutan bagi merealisasikan tambang murah pengangkutan rel, RUM sentiasa menyokong untuk kebaikan pengguna tapi tidak akan  menyokong sekiranya bebanan diletakan kepada pengendali operasi tren seperti KTMB, kerana kami sedar selama ini kami menanggung beban kos operasi sehingga KTMB mengalami kerugian dari segi pendapatan operasi.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PEKERJA HARUS SEDAR

Perkembangan teknologi kini satu ancaman kepada pekerja, pekerja harus sedar dengan perkembangan teknologi akan mengakibatkan berlakunya pengurangan tenaga kerja manusia kerana sektor yang menggunakan tenaga manusia telah digantikan dengan elektronik atau robotik.

Pekerja tidak boleh berasa selesa dengan alaf baru ini, kerana akibat atau implikasinya cukup besar kepada golongan pekerja dari sudut pengurangan pekerja.

Di KTMB sendiri contohnya sistem "ticketing", sistem "Operation Management Centre" (OMC) yang mengawal sistem perjalanan tren boleh menghapuskan beberapa jawatan dalam KTMB khususnya dalam landasan berkembar (double track) yang boleh mengakibatkan berlakunya pengurangan pekerja.

Malah ianya telah pun berlaku seperti PLUS, yang mana penggunaan "touch n go" dikuatkuasakan, begitu juga dengan bank sistem "online banking" yang boleh mengurangkan penggunaan tenaga manusia, Tren Metro yang tidak lagi menggunakan Pemandu seperti Putra LRT, MRT 1, begitu juga akhbar yang kini cukup popular dengan media elektronik sehingga media cetak mengalami kerugian, alaf baru ini satu cabaran bagi semua pekerja, perubahan era teknologi baru akan menghakis tenaga manusia sebagai pekerja.

Justeru itu, pekerja hari ini tidak ada pilihan untuk menghadapi cabaran yang  mendatang, samada berdepan dengan langkah berani atau menerima nasib malang atau teruskan berasa selesa, kerana generasi muda hari ini akan menghadapi cabaran besar masa mendatang.

Sebagai sebuah kesatuan sekerja maka ini satu cabaran besar untuk dihadapi bagi melindungi nasib kaum pekerja, andai pekerja terus berasa selesa khususnya generasi muda maka nasib masa depan kaum pekerja tidak mempunyai hala tuju kecuali kerja-kerja manual yang tidak mampu digunakan sistem elektronik atau robotik tapi harus sedar bahawa  tidak mustahil yang tenaga manusia tidak diperlukan lagi kerana peredaran masa begitu pantas dalam era memajukan teknologi yang lebih canggih bagi menggantikan tenaga manusia, sesuatu yang sukar untuk diatasi, suka atau tidak peredaran masa yang begitu pantas ini akan terpaksa diterima namun akibatnya adalah nasib kaum pekerja itu sendiri.

Wahai kaum pekerja sedarlah.. bangkitlah, jangan sampai dah terhantuk baru nak terngadah, sertailah kesatuan sekerja, wujudkan kesatuan sekerja dan jadikan kesatuan sekerja itu kuat dan mampu berjuang demi masa depan, kerana yang mampu memperjuangkan nasib kaum pekerja hanya KESATUAN SEKERJA, pilihan yang ada semua kaum pekerja perlu bersatu.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


09 Oktober 2018

KEBAKARAN KUARTERS KTMB DI PASIR MAS KUNJUNGAN PEGAWAI UTAMA RUM

Pegawai Utama RUM iaitu Sdr Maniam Setiausaha Agung RUM, Sdr Hairuddin Bendahari Agung RUM, Sdri Suraya Pen. Bendahari Agung dan Sdr Setiausaha Cawangan Kuala Lumpur telah berkunjung ke Pasir Mas menziarahi ahli Rum yang terlibat dengan kebakaran kuarters di Pasir Mas.

Kunjungan ini demi memberi dorongan serta semangat dalam menghadapi kesulitan yang tidak dijangkakan, turut bersama dalam kunjungan ini adalah Sdr Motza Pengerusi Cawangan Tumpat dan Sdr Suhaimi Setiausaha Cawangan Tumpat.

Sdr Maniam Setiausaha Agung RUM turut menyampaikan sumbangan ikhlas dari RUM Pusat kepada semua ahli RUM yang terlibat.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


KEBAKARAN KUATERS KTMB DI PASIR MAS

RUM merasa simpati yang amat sangat dengan kejadian kebakaran yang berlaku di kuarters keretapi Pasir Mas malam tadi,  yang melibatkan empat (4)  buah rumah yang mana semua yang terlibat adalah ahli-ahli RUM.

Kami mendoakan semoga semua yang telibat diberi kekuatan dan tabah dalam menghadapi kesulitan ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


07 Oktober 2018

PANDANGAN RUM PADA KEPIMPINAN MTUC

Bila kita jadi pemimpin, pendirian kita mesti sama mempertahankan kepentingan organisasi, anggotanya, mengangkat mertabat  MTUC dan memperjuangkan hak dan faedah pekerja di negara ini kerana MTUC adalah "PAYUNG" kepada kami kesatuan gabungan dan seluruh pekerja di negara ini.

Bertelagah sesama sendiri atas apa alasan pun, keburukannya adalah pada organisasi serta anggotanya, tiada siapa perlu menang atau tiada siapa perlu kalah kerana setiap kemenangan maupun kekalahan itu telah menghakibatkan organisasi tercemar dengan teruknya.

Kembali kepangkal jalan atau semua kepimpinan meletakkan jawatan untuk pemilihan semula demi mengembalikan kegemilangan MTUC.

RUM tidak menyebelahi mana-mana pihak hanya menginginkan MTUC diletakan ditempat yang betul sebagai sebuah organisasi yang dihormati dan disegani.

Hentikan pertelagahan ini!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


04 Oktober 2018

Letters from Japan Confederation Of Railway Workers Unions (JRU).


03 Oktober 2018

PERJANJIAN BERSAMA KE 9 (1Jan 2019 - 31Disember 2021)

Setiausaha Agung RUM Sdr Subramaniam telah menyampaikan "Draf Perjanjian Bersama ke 9" kepada Pengurus Besar Perolehan, Menampung Tugas Modal Insan KTMB, En Mohd Hider Bin Yussof @ Othman.

RUM berharap proses Perjanjian Bersama ke 9 ini akan berjalan dengan lancar selaras peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177) malah akan memberi faedah yang lebih baik kepada seluruh pekerja bukan eksekutif demi memastikan kos sara hidup yang tinggi dapat ditampung oleh pekerja KTMB.

Harapan RUM penambahbaikan @ peningkatan faedah ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada pekerja bukan eksekutif yang rata-rata berpendapatan rendah tapi ianya memberi kesan positif dari sudut motivasi bagi meningkatkan produktiviti seterus bersama KTMB untuk memajukan KTMB.

Semoga Perjanjian Bersama ini akan mencapai harapan bagi setiap pekerja bukan eksekutif KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


02 Oktober 2018

TAHNIAH DARI RUM PUSAT


RUM merakamkan tahinah kepada Pekerja yang terlibat dari Jabatan Urusan Jalan Johor Bharu  yang sangat kreatif sehingga berjaya mengusahakan projek membina troli untuk kegunaan sendiri, satu kejayaan bagi warga KTMB khususnya KTMB dalam menjanakan idea kreatif ini. Terima kasih kepada RUM Cawangan Johor  yang sentiasa memberi sokongan kepada pekerja dan terus mengangkat mertabat pekerja.

Gambar/ Video/ Penulisan credit to Abu Arabi

INOVASI PEKERJA

Troli antik ini asalnya mengunakan tenaga manusia untuk digerakan.

Diatas dayausaha dan kreativiti Saudara Rosnan Seliman dan Saudara Suhaimi Hassan terhasilah Troli bermotor yang mengunakan Injin ATV 125cc serta ditambah beberapa perkakasan mesin pelbagai guna.

Anggaran kos hanya sekitar bawah rm2000.

Mereka ini adalah hanyalah dikalangan kakitangan penyelengara landasan dan bukan dalam jobspec kerja mereka.
Pihak RUM Cawangan Johor Bahru amat berbesar hati dan berbangga dengan pencapaian ini dan berharap mendapat perhatian yang sewajarnya.

Moga insan kreatif ini bakat nya tidak dipersiakan. Ini adalah sekelumit kemampuan kakitangan KTM Berhad yang kreatif yang ingin kami dendangkan. Ramai lagi kakitangan ktmb yang berinovasi dan seterusnya menafikan yang kita tidak mampu.

Rum Cawangan Johor Bahru mengikuti perkembangan  projek troli bermotor yang diusahakan oleh saudara ROSNAN BIN SELIMAN dan saudara SUHAIMI BIN HASSAN.

Hasil ujian troli telah berjaya dihidupkan dan digerakkan. Akan ada lagi beberapa ujian lagi selepas ini sebelum digunakan secara komersial.

Semoga ia menjadi titik mula dan yang pasti munculnya pelbagai lagi inovasi dalam industri pengkeretapian.

Status tahap akhir bagi projek Troli Bermotor yang diusahakan dan atas permintaan sahabat-sahabat yang mengikuti hasil kretif ini.  Troli bermotor telah berjaya diujigerak dalam pola mendaki dan mendatar dengan muatan maksimum.

Hasil hepotesis dari semua ujian yang telah dijalankan, RUM Cawangan Johor Bahru mengangap hasilnya adalah satu titik mengiyakan kejayaan bagi projek ubahsuai troli dan berharap mendapat perhatian setimpal dengan usahanya.
RUM Cawangan Johor Bahru juga seiring dalam menyatakan kita mampu dalam menghasilkan idea-idea baru dalam meranjaui masa mendatang.

TAHNIAH RUM CAWANGAN JOHOR

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


27 September 2018

ICLS PRESENTATION

Bila Bro Yamada Setiausaha Agung ICLS bagi presentation setiap negara.. wow.. hebat  union negara luar.. berani... tapi bila mengenai RUM macam tiada isu... hehehe... isu ada.. cuma "time frame.." bersabar bila peralehan kuasa kerajaan... kenalah ada tempoh... jangan bulldozed je.. jangan nak hentam membabi buta... sekadar nak jadi hero.. tunjuk dunia luar kita hebat.. tapi mati katak.. buat apa? Itu failed!!!

Setiap perkara mesti berhati-hati.. ada tempoh yang munasabah... tengok persekitaran.. semua proses dah selesai... surat dah hantar bertimbun... layanan tetap tiada... awwww...

Presentation Bro Yamada... RUM macam tiada isu... kami tunjukan hubungan dengan pengurusan KTMB dalam keadaan harmoni... tunjukkan bahawa dengan kerajaan yang memerintah bahawa hubungan kita sangat baik.. ini yang kita lakukan... dalam memastikan tonggak "Keharmonian Perusahaan" sentiasa kami praktiskan...  itu lah kami.... kami berpegang kepada prinsip... alasan yang munasabah... tempoh yang munasabah.. semua dipenuhi..  jangan salahkan kami... kami Unionist... berpegang kepada prinsip... dari pekerja untuk pekerja...

RUM always RUM!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


25 September 2018

LAMA TAK BERCERITA..ULAAN BAATAR








Replies: 0


Alhamdulillah selamat  sampai di ulaan baatar, mongolia, sebelum ini transit di seoul, rasa penat tak abis, yang sebelum ini ke Berlin untuk Inno Trans 2018 yang memakan masa berada di udara sangat lama, namun sempat pulang ke rumah sebentar untuk menukar beg yang berisi pakaian kotor dengan yang baru sebelum berlepas semula... tahun ini terasa paling banyak ke luar negara... macam seronok.. tapi keluarga mula dah complain.. hilang lama-lama.. ek ekleh.. hilang lama pun bukan tambah isteri... hehe...buat kerja je pun... hahaha... kata peribahasa "sayang isteri tinggal-tinggalkan.. sayang anak tangan-tangankan.. lebih-lebih sayang.. maka kena rela-relakan... opsssss... hahaha... laki-lakiiiiiiiiiiiiii... opssss... dah.. dah... jangan melalut lagi.... hahaha...

Terasa sebuk sangat dengan aktiviti-aktiviti demi kepentingan RUM, tak mengapa demi RUM tetap dilakukan walaupun penat tapi menariknya setiap pergerakan seperti aku yang bukan belajar sehingga ke "U" namun  pengalaman yang ditimba adalah sesuatu yang berharga... ibarat kena "buang kerja dalam perjuangan" kerana apa yang aku terima hari ini adalah sesuatu yang sangat berharga melalui sebuah pengalaman, syukur ini satu anugerah buat aku demi perjuangan untuk pekerja dan RUM... hahaha... untuk lain-lain... jangan cuba-cuba.. setakat nak debat... nothing bro... hahaha...  untuk organisasi lain... sorry dah tak berminat... kata uncle... "lantak kau lah".... hahaha... ala itu citer kosong...  dah boring asyik duk dalam flight ini.. hati tetap rindu pada keluarga... tu yang mengarang... hahaha... 

Namun dalam kesebukan aku.. aku tetap memikirkan kerja.. sesekali geram dengan pegawai ini... bila analisis.. macam ada tidak kena.. isu yang dah sebulan setengah aku arahkan untuk selesaikan tanpa campurtangan aku... masih gagal.. mulalah segala mood yang ada hilang begitu saja... angin satu badan... aku cuba relax... arahan aku selesaikan sebelum temperature aku benar-benar naik... prinsip aku mudah asal kepentingan pekerja.. darah aku cepat je nak naik... otak terus ligat... fikiran kacau bilau... panas je... last.. last.. arahan terakhir.. selesaikan untuk satu tempoh tertentu sebelum meletup.... bommmmmm.... hehe... ini cerita lawak dalam flight... dan tak tau nak wat apa... flight mongolia ini macam Air Asia je... hehe... tapi ok lah... standart aku.. ekonomi.. tu je yang mampu.... maklum... kuli-kuli je kan... yang penting bukan kelas flight tu... yang penting selamat sampai... yang penting tujuan dan matlamat itu berjaya... sesuatu yang dilakukan mesti ada tujuan atau matlamat sehingga tercapai goalnya...

Sian sahabat aku ni.. maniam.. dari tadi duk menung... agak-agak akulah tengah duk fikir isteri kat rumah... cuma terpaksa gagah untuk ke luar negara... hehe.. maklumlah kalau kat group... dia selalu kena bahan@kutuk... giling cili... takut bini... bagi pemimpin- pemimpin wanita... maniam ni bukan sahaja di panggil uncle... aparah... panggil uncle... panggillah abg maniam   hehe... ingat tua sangat ke maniam ni.... kalau tenguk wajah dia.. tak lebih umur 26 tahun... atau kalau tak nak panggil abang.... panggil anne... tapi yang bestnya... pemimpin-pemimpin wanita mengelar anneini.. pencinta wanita asalkan isu wanita.. dialah dulu kononnya berjuang.... hehe.. tapi.. tak naklah panggil anne... haha... lebih mesra  panggil uncle.. ada glomour sikit... ala..ala bahasa orang putih... hahaha..  kadang-kadang saya pun panggil maniam dengan gelaran uncle.. hahaha... bila panggil maniam.. uncle... saya terasa muda... awet muda... dan macam rasa 25 tahun je... hahaha... geng jangan jealous tau.... hahaha... nanti geng 3 AG ni mesti dengki.. hahaha... harap-harap dia orang tak baca... panjang sangat penulisan ni... hahaha.... selamatlah aku... hahaha..

Nama panggilan uncle ni lebih mesra... hehehe... uncle ni memang baik hati... seorang yang sangat dihormati serta disayangi oleh semua pemimpin Rum maupun ahli yang mengenali rapat dengannya samada di peringkat pusat maupun di peringkat cawangan... seorang yang baik hati dan penyayang... cuma bila sebut giling cili tu... kena fahamlah... sebenarnya takut binihahahaha... lantak kau lah uncle.... hahaha...

Rasa lama lagi nak sampai... tak tau apa nak wat...  tak sabar... nak ke hotel... nak rehatkan badan dan jumpa kawan-kawan seperjuangan di seluruh asia pacific atas nama keretapi... kata uncle.. "once u be railwaymens u will always railwaymens"..  jumpa kawan-kawan bertukar pengetahuan... bertukar pengalaman.. maka akhir kami belajar... belajar menyusun langkah.. menetapkam naluri hati kami.. dalam satu pejuangan membela pekerja.. pengetahuan yang diterima dikongsi kepada semua pemimpin-pemimpin RUM agar mereka mempunyai semangat perjuangan yang tinggi untuk membela kaum pekerja... prinsipnya ialah setiap yang kita belajar hari ini.. kita kongsikan... kita perkukuhkan.. kita perkuatkan... demi memastikan... jangan pandang rendah pada pekerja... jangan pandang rendah pada RUM... jangan cuba-cuba dengan RUM...kami tidak peduli siapa anda... kami langgar... itu prinsip kami.. dah job speck kami gini... nak wat cam mana kan.. hahaha

Sekali kamu buat baik pada pekerja@RUM seribu kali kami hormat.. tapi sekali kamu cuba langgar pekerja atau RUM@bertentangan dengan mana-mana undang-undang.. maka jangan salahkan kami... hehe... cukup mudah prinsip kami... maka pentingnya sama-sama menjaga hati.. memahami prinsip keharmonian perusahaan... baru rumahtangga aman damai... tapi biasa.. seperti lagu P.Ramlee... "sedangkan lidah lagi tergigit"..

Alhamdulillah setakat ini kami "SELESA" dengan EN RANI..CEO KTMB.. pada individu tu... entah nama apa.. yang digelar Dato S berbangsa India yang menyebarkan sipolan tu akan jawat satu jawatan tinggi dalam KTMB pada 1 Oktober 2018... dari 1hb... ke 15hb.. datang balik 1hb... itulah cerita berulang-ulang.. skrip basi yang selalu dihebah-hebahkan... adoiiiiiiii..... Dato S.... nak jawab satu je... hahahaha... latuk tarak kenalsayaaa... sayaaa kenal latok.... hahaha... (tak faham maksud ni... tak pe... orang tu faham... hahaha...)

RUM ulang sekali lagi...

RUM "SELESA" dengan EN RANI SAMSUDDIN, KETUA PENGARAH EKSEKUTIF (CEO) KTMB! 

So mantan-mantan tu udahlah... henti-hentikanlah... penatlah... bosanlah.. tak pandai mana pun... citer je... citer macam mampu "menongkat langit"... adooiiiiii.... kami kenallah mana satu "KACA N PERMATA"... 

Oklah... dah berceloteh panjang untuk kali ini... saja-saja nak mengisi ruang dalam suara rum ini... janji ada update... hahaha... terima kasihlah yang sudi baca.. yang anggap panjang sangat tulisan ini atau tak suka penulisan ini... mudah je jangan baca... tapi paling mudah... like-likelah suara rum ini.. bukan susah pun...just click butang "like"... senangkan...  hahaha...

Semoga semua yang mengenali RUM terus sihat... di beri kerahmatan dari Allah Swt... setiap hari.. adalah perjuangan... jangan sesekali mudah... putus asa... kerana perjuangan tidak pernah rasa kecewa... teruskan perjuangan dalam semua aspek...

SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA

Abdul Razak Md Hassan
Presiden RUM

Coretan dalam flight ke mongolia dari Seoul... update di ulaan battar airport



20 September 2018

INNO TRANS 2018

INNO TRANS 2018, MESSE BERLIN


08 September 2018

KENYATAAN YANG TELAH DIPAPARKAN PADA 7/9/2016


1. BEZA PENJAWAT AWAM & PEKERJA SWASTA
2. PENTINGNYA KESATUAN SEKERJA
3. PEKERJA/MAJIKAN/KERAJAAN

Ramai yang marah apabila GAJI MINIMA antara Penjawat Awam dan Pekerja Swasta berbeza atau mungkin lain-lain faedah berbeza, penjawat awam dapat lebih dari sektor swasta, tapi ada juga sektor swasta yang dapat lebih dari sektor awam, sebagai contoh pekerja swasta mampu dapat bonus 3 hingga 5 bulan tapi penjawat awam hanya dapat RM 1,000.00 sahaja atau maksimanya berdasarkan track record yang ada tidak lebih dari satu bulan gaji. Ada gaji di sektor swasta lebih tinggi dari penjawat awam, malah KTMB sendiri sebagai sektor swasta banyak ketinggalan dari sektor awam dari sudut gaji bulanan dan elaun, sedangkan KTMB taukeynya tetap kerajaan.

RUM sedikit pun tidak marah, sebab RUM faham perjuangan CUEPACS untuk ahli-ahli gabungannya antara Kesatuan Sekerja (CUEPACS) dengan Majikannya  (KERAJAAN MALAYSIA) kat sinilah berbeza antara syarikat swasta yang taukeynya dinamakan A, B atau C manakala penjawat awamnya taukeynya kerajaan Malaysia.

Andaikata pekerja swasta berkeinginan lebih baik, maka wujudkan kesatuan sekerja di syarikat masing-masing berjuang melalui perjanjian bersama, baru faedahnya dapat ditingkatkan.

Manakala sekiranya melibatkan seluruh pekerja swasta berkeinginan lebih baik atau sama dengan sektor awam (penjawat awam) yang perlu memainkan peranan ialah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) peranan MTUC sangat besar sekiranya diolah dengan baik dan gabungan kesatuan sekerja dapat ditingkatkan dengan lebih banyak merangkumi semua syarikat yang wujud di Malaysia, perpecahan dalam MTUC boleh menghakibatkan seluruh pekerja di negara ini menjadi mangsa.

Maka MTUC perlu mengerakkan langkah bagaimana nak meningkatkan faedah melalui pindaan Akta Kerja, MTUC perlulah bijak menyusun langkah dengan lebih tepat agar pekerja swasta dapat menikmati faedah yang lebih baik, pada RUM penghalang tradisi MTUC sebenarnya ialah Malaysian Employers Federation (MEF).

Jadi kita harus berfikiran terbuka untuk membezakan antara penjawat awam dan pekerja swasta, bukannya terus meletakkan kesalahan pada kerajaan kerana kerajaan adalah majikan kepada penjawat awam, wajarlah majikan menjaga pekerjanya untuk memberi faedah yang lebih baik.

Kita pula kesatuan sekerja wajar juga melihat kantung (kewangan) syarikat, dalam masa yang sama mesti berani menegur syarikat yang tidak benar-benar mencari peluang perniagaan atau tidak bersungguh-sungguh memajukan syarikat, kerana implikasinya kepada pekerja dari sudut penyemakan gaji khususnya melibatkan Perjanjian Bersama, malah kegagalan pengurusan boleh menghakibatkan pembuangan pekerja, kebiasaannya pekerja sentiasa jadi mangsa.

Masalah sebenarnya ialah Majikan, ada majikan baik, ada majikan yang macam Haji Bakhil, ada juga majikan anggap pekerja "hamba", ada juga majikan beranggapan pekerja "aset", ini lumrah sikap yang ada pada manusia.

Sebagai kesatuan sekerja pula perlu bijak menanggani majikan yang baik dengan majikan yang tidak baik, kalau nak harap undang-undang, al maklumlah.. undang-undang ni kadang-kadang menyempitkan, maka cara yang terbaik mengajar majikan yang tidak baik hanya menerusi kekuatan, sejauh mana kekuatan mampu dilakukan?

Kerajaan pula akan memikirkan dari semua sudut termasuk kehendak Malaysian Employers Federation (MEF), cuma kadang-kadang kerajaan terikut rentak MEF, MEF juga bijak dalam menyusun langkah, maka kita pula sebagai pejuang kaum pekerja perlu memikirkan bagaimana mengatasi langkah MEF dan Kerajaan.

Sewajarnya kerajaan juga perlu "berhati perut" dalam membantu pekerja swasta, kerana mereka juga penyumbang kepada ekonomi negara bukannya mendengar  dan menyokong sebelah pihak iaitu MEF atau mungkinkah kerajaan tidak mahu mendengar keluhan kaum pekerja melalui MTUC berdasarkan MTUC tiada kekuatan atau sebab-sebab yang tidak diketahui.

Dari aspek politik, kerajaan sewajarnya mendengar keluhan pekerja, kerajaan yang memerintah yang gagal menjaga kepentingan pekerja akan menghadapi masalah kerana pekerja adalah rakyat Malaysia yang menentukan siapakah kerajaan memerintah melalui pilihanraya umum.

Sebenar dalam apa perkara pun yang melibatkan perjuangan ialah bersatu padu diakhiri dengan kekuatan, sekiranya tiada kekuatan (kekuatan dari semua sudut) maka jangan haraplah nak mencapai "bintang dilangit".

Pokoknya perjuangan untuk pekerja datangnya dari Kesatuan Sekerja, maka itu Kesatuan Sekerja sangat penting kerana Kesatuan Sekerja adalah pelindung kaum pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


07 September 2018

RUM RAYU PERTIMBANGKAN KENAIKAN GAJI MINIMA YANG MUNASABAH BUKANNYA RM 1050.00

Biarpun dijanjikan dalam PRU gaji minima RM 1500.00 dalam tempoh 5 tahun, penganugerahan sekadar 5% dari gaji minima RM 1000.00 kepada RM 1050.00 adalah tidak munasabah.

RUM menjangkakan setidak-tidaknya gaji minima yang wajarnya diumumkan ialah menyamaratakan dengan gaji minima yang diperuntukkan dengan penjawat awam, jangkaan RUM meleset sekali, kerana RUM sentiasa memantau setiap janji, malah RUM amat memahami bila janji yang diwar-warkan adalah RM 1500.00 dalam tempoh lima (5) tahun, walaupun pendirian semua kepimpinan Kesatuan Sekerja berkehendakkan Gaji Minima sekurang-kurangnya RM 1500.00 seawal selepas kajian setiap dua (2) tahun sekali di bawah Majlis Gaji Negara selepas kenaikan RM 900.00 kepada RM 1000.00 pada tahun 2016.

Namun harapan yang diharapkan setidak-tidaknya RM 1200.00 yang disamaratakan dengan penjawat awam jauh meleset, perkiraan hanya berdasarkan "customer prize index" (CPI) yang menjadi kunci kepada kenaikan 5% ini jelas mengambarkan Kerajaan seolah-olah berfungsi sebagai Majikan dan bukannya sebagai Kerajaan Yang Memerintah yang bertanggungjawab memikirkan kedudukan pekerja yang berpendapatan rendah yang mengharapkan nasib mereka terbela.

RUM amat berharap Kerajaan Memerintah hari ini perlu memikir dan mempertimbangkan kembali pengumuman yang dibuat demi kelansungan hidup pekerja yang berpendapatan rendah khususnya golongan B40.

Kami yakin Kerajaan Memerintah mampu melakukan sesuatu  bagi memenangi hati golongan pekerja yang berpendapatan rendah, kerana kami sedar bahawa sistem sebelum ini lebih kelangkah sistem kapitalis dan tidak mungkin kerajaan memerintah juga mengikut sistem lama berlandaskan sistem kapitalis.

Justeru itu RUM "MERAYU" Kerajaan Memerintah mempertimbangkan semula gaji minima yang telah diumumkan semalam kearah yang lebih munasabah, RUM yakin Kerajaan Memerintah mendengar keluhan pekerja, jangan biarkan pekerja berpendapatan rendah terus hidup dengan bebanan kos sara hidup dengan kehidupan "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


06 September 2018

GAJI MINIMA YANG DIUMUMKAN OLEH KERAJAAN RM 1050.00

DARI KACAMATA RUM
GAJI MINIMA YANG DIUMUMKAN ADALAH TIDAK MUNASABAH

Pada pandangan RUM kenaikan gaji yang diumumkan oleh kerajaan adalah berdasarkan peratusan (%),  bukannya pada penilaian jumlah wang Ringgit Malaysia (RM), maka kenaikannya hanyalah 5% sahaja.

RUM juga melihat keputusan yang dibuat oleh kerajaan tidak berdasarkan kepada kos sara hidup atau kos kehidupan harian maupun kos kehidupan bulanan  setiap individu pekerja yang sudah berkahwin maupun bujang.

RUM juga menilai bahawa bahawa teknik kenaikan ini seperti teknik sistem Perjanjian Bersama (Collective Aggrement) yang mengunakan faktor customer prize index (CPI) yang dikira dua (2) tahun kebelakang berdasarkan kenaikan gaji minima yang terakhir adalah 2016, kadar CPI dianggarkan sekitar lima peratus (5%)

Apa yang RUM lihat kemungkinan kekangan dari sudut kehendak majikan yang mana Management Employers Federation (MEF) menentang kuat kenaikan gaji minima, seperti biasa kerajaan terpaksa tunduk dengan MEF, RUM beranggapan satu kemenangan MEF dan dari sudut lain kekalahan dari pihak MTUC sebagai badan induk mewakili kaum pekerja.

RUM tidak nafikan bahawa kenaikan ini ada buruk dan baiknya.

Buruknya ialah pekerja tidak mampu menanggung kos sara hidup yang kian meningkat.

Baiknya ialah syarikat-syarikat yang tidak berdaya saing atau menghadapi masalah kewangan tidak akan ditutup @ bankrap, kerana kalau syarikat tutup @ bangkrap maka implikasinya pembuangan pekerja berlaku malah menghakibatkan kadar pengangguran meningkat.

Namun dalam hal ini RUM melihat kepada skop yang lebih luas kepada statik sekiranya kenaikan lima peratus (5%) berapa banyak syarikat akan bungkus, andai sepuluh peratus (10%) berapa banyak syarikat akan bungkus begitu juga seterusnya, begitu juga jumlah pekerja yang terlibat berapakah jumlahnya, statik ini perlu dijelaskan bagi menyakinkan kami kepimpinan kesatuan sekerja agar tidak mempertikaikan kenaikan gaji minima sebanyak lima peratus (5%) yang diumumkan oleh kerajaan, kerana alasan kerajaan kenaikan ini adalah berdasarkan kemungkinan kenaikan gaji minima yang tinggi akan menghakibatkan syarikat bungkus.

Pada pandangan RUM kenaikan lima peratus (5%) yang diumumkan oleh kerajaan adalah amat rendah berbanding dengan nilai kos sara hidup bagi seorang individu pekerja yang berkahwin atau bujang, kenaikan ini memberi pengertian bahawa ianya bukan satu suntikan bagi meringankan bebanan kos sara hidup yang tinggi.

RUM faham penjawat awam mendapat gaji minima RM 1200.00 malah kini CUEPACS juga telah membuat kenyataan dengan meminta kerajaan untuk meningkatkan kadar gaji semua penjawat awam, RUM tidak mempertikaikan Cuepacs kerana ianya adalah Kesatuan Sekerja Gabungan Penjawat  Awam atau ertikata lain Cuepasc berhak menuntut kerana Cuepacs adalah Badan Perundingan bagi penjawat awam, namun sebaiknya diselaraskan dengan semua pekerja yang berada disektor swasta kerana kita menyedari walaupun niat kerajaan untuk menjadikan contoh kepada sektor swasta agar mengambil pendekatan yang sama dengan kerajaan namun sektor swasta tidak akan berbuat sedemikian maka akan wujudlah rasa ketidakpuasan hati kalangan pekerja yang beranggapan mereka seperti dianaktirikan, justeru itu kuasa menentukan gaji minima yang ada pada kerajaan perlu diambilkira agar disamaratakan seperti mana kerajaan bermurah hati menyamakan gaji minima antara Semenanjung dan Sabah/Sarawak.

RUM pada dasarnya tetap menekankan gaji minima yang wajar adalah RM 1500.00 walaupun ianya masih lagi tidak boleh diertikan sebagai mengimbangi kadar kos sara hidup yang sebenar dan bukannya RM 1050.00 yang diumumkan oleh kerajaan.

Pendirian RUM atas prinsip perjuangan untuk Kesatuan Sekerja yang menyuarakan pandangan bagi pihak kaum pekerja khususnya suara Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


05 September 2018

KELUHAN SEORANG PEKERJA

RUM paparkan mesej seorang pekerja kepada RUM di bawah ini, agar pihak pengurusan membuka mata, betapa keluhan ini perlu diambil perhatian, "kuli" juga insan, perlu perhatian dan pertimbangan, maka dengan kebijaksanaan pengurusan perlu memikirkan kedudukan pekerja bawahannya, berilah peluang, wujudkanlah peluang agar mereka ini tidak rasa dianaktirikan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

[04/09, 23:41]  yang ni sengaja saya tulis macam ni chip... bukan apa chip... kadang2 saya bengang dgn sesetengah pegawai di jabatan saya ni... mereka tahu pekerja boleh buat kerja tapi tak mahu nak memberi peluang pada pekerja.. sedang kan kekosongan itu ada.. mereka tahu saya juga banyak habiskan wang sendiri untuk menyiapkan kerja tanpa saya berkira... bila saya cakap yang kami ni dijabatan ........ boleh pergi jauh setaraf pekerja profesional.. jawapan nya... ko perlu sabar.. ko perlu sabar.. sedangkan selama ini saya sebagai P.A selama tiga tahun telah banyak membantu buat kerja tukang... tak pernah kah mereka terfikir akan pengorbanan saya dan rakan P.A menyenangkan kerja yang diarahkan pegawai atasan... saya tulis begini sebab tak tahan dgn janji manis orang atasan chip..

[04/09, 23:41]  saya mohon maaf chip

[04/09, 23:44] apakah kami ini didisminikasikan sebab kami ini kuli... saya terlalu terkilan chip...

[04/09, 23:44]  bang ...........  juga orang lama pun terasa

[04/09, 23:52] kami dijabatan....... ini bukan buat satu kerja tapi macam2 kerja... kami ini sudah boleh dikategori kan sebagai pekerja kumpulan multi skill setaraf profesional... seharusnya mereka yg diatas ni nampak dan hargai pengorbanan kami.. apatah lagi jika ada antara kami mempunyai sijil sudah tentulah mahu diberi peluang dan dihargai

# Paparan di atas adalah Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB dan tiada kaitan dengan mana-mana individu atau jabatan, paparan ini juga adalah untuk kita menyelami hati dan keluhan seorang insan yang digelar pekerja.


02 September 2018

SALES AND SERVICES TAX (SST)

Terlalu awal nak buat komen, masih tunggu dan lihat, kefahaman yang jelas amat diperlukan, kami kesatuan sekerja perlu mengetahui impilasi kepada golongan pekerja.

Banyak yang viralkan resit-resit hingga menimbulkan kecelaruan sehingga ada dua (2) cukai dikenakan dalam satu (1) resit untuk pengguna iaitu "sales tax" dan "service tax". Kita memahami maksud "sales tax" maupun "service tax" namun bila tenguk resit-resit yang dipaparkan maka seolah-olah ada yang tidak kena, samada kerajaan membuat kesilapan dari sudut percukaian atau SST lebih teruk dari GST atau kurang memberi pencerahan kepada peniaga atau penjual mengambil kesempatan sengaja mengenakan dua (2) kali cas atau penjual tidak memahami sistem SST.

Namun sebagai organisasi kesatuan sekerja kami mengambil berat serta serius mengenai perkara ini kerana kita kuatiri kos harga barang akan meningkat naik dan menimbulkan implikasi kepada pekerja dari segi "take home pay" yang makin mengecil sehingga membebankan kos sara hidup pengguna iaitu pekerja yang berpendapatan rendah dan sewajarnya cas terakhir kepada pengguna tidak dikenakan,  maksud yang kami faham mengenai SST kecuali "service tax" yang bukan di ambil oleh kerajaan tapi ianya adalah untuk peniaga yang menjalankan perkhidmatan (service) mengunakan pekerja contohnya  restoran yang tidak mengunakan pendekatan "layan diri".

Namun kita masih mengharapkan ada sesuatu langkah yang diambil bagi tidak menimbulkan beban kos sara hidup kepada golongan pekerja yang berpendapatan rendah, sesuatu yang baru tetap baru maka sebarang penilaian mengenai SST terlalu awal untuk dibuat penilaian.

Kita tunggu perkembangan selanjutnya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


24 Ogos 2018

DASAR LAMA/ DASAR BARU

ECRL bila baca komen politik kita akan bercelaru... tapi tak kesah, RUM bukan parti politik..  kepentingan RUM adalah menjaga kepentingan pekerja dan KTMB, soal politik kita ketepikan, soalnya KTMB telah lama dianaktirikan, "time" sekarang kita nak tenguk pula sejauh mana kerajaan baru mengambil berat tentang KTMB, berusaha membantu KTMB, malah RNAA pula hendaklah dibatalkan, andai dasar lama diikuti seperti pelaksanaan RNAA, maka tiada bezanya kerajaan lama dan baru.

Kita juga sedar bahawa 100 hari khususnya Kementerian Pengangkutan menumpukan agensi lain terlebih dahulu, mengenai KTMB... RUM belum nampak secara sepenuhnya dalam melaksanakan dasar baru yang mampu molonjakkan KTMB kearah yang lebih baik.. kita masih tunggu dan lihat kearah mana hendak dituju, kita tidak melompat untuk segera , kita tidak melompat untuk tempoh 100hari maupun setengah (1/2) penggal atau pun tahun pertama kerana kita faham dalam sesuatu perubahan yang dilakukan ianya perlu kajian yang mendalam malah pada RUM kita perlu memberi ruang untuk satu tempoh yang munasabah. RUM sentiasa bersabar demi  menaruh "HARAPAN" yang mampu membawa perubahan.

Namun RUM tetap berhati-hati, memantau setiap pergerakan bagi memastikan KTMB mampu diselamatkan dari mereka yang berkepentingan, kerana dasar yang ada KTMB adalah perkhidmatan untuk rakyat, maka pilihan yang ada ialah Kerajaan hari ini perlu melihat kepentingan rakyat dari sudut pengangkutan awam khususnya di bawah "perkhidmatan sosial", justeru itu kami RUM mengharapkan Kementerian Pengangkutan akan melihat dan membantu KTMB secara telus demi pekerja, rakyat dan negara.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


23 Ogos 2018

RUM MENYOKONG ECRL DIBATALKAN

RUM tetap menyokong projek ECRL dibatalkan, KTMB yang perlu diberi perhatian, keutamaan tetap keutamaan, kemudian tetap dikemudiankan, bukan dianak-tirikan, kerajaan yang memerintah perlu membuka lebaran baru dengan mengutamakan KTMB, bukan projek mega yang mempunyai maksud tersirat.

Maka itu RUM amat menyokong pendirian kerajaan membatalkan projek ECRL, malah kenyataan Yb Menteri Pengangkutan untuk menaiktaraf landasan Pantai Timur amat kami alu-alukan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


22 Ogos 2018

Selamat Hari Raya Haji


21 Ogos 2018

KERJA DENGAN CEMERLANG ITU "BULLET"

RUM selalu mengharapkan semua pekerja tidak kira apa gred menunjukkan komitmen kerja 100%, tiada kecuaian, malas, disiplin yang baik, berdedikasi, bekerja melintasi job speck atau luar biasa, ini akan membuktikan kita bersungguh-sungguh untuk berkhidmat demi KTMB malah memberi "bullet" pada RUM yang pekerja KTMB bekerja dengan sepenuh hati dan layak menerima faedah yang terbaik.

Namun RUM akan rasa amat dukacita@demam sekiranya ada pekerja yang melakukan kesilapan@kecuaian, ianya akan menjejaskan nama baik RUM serta akan menghakibatkan implikasi kepada pekerja secara keseluruhan, kita tidak mahu hanya kerana "nila setitik rosak susu sebelanga".

Justeru itu, RUM menyeru semua pekerja terus berbakti dan berkorban bukan sekadar "makan gaji" tapi beranggapan bahawa KTMB ini "milik kita" kerana kita harus berjuang dalam semua bentuk demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Mari kita bersama membangun seterusnya memajukan KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


17 Ogos 2018

100 HARI TEMPOH PEMBAHARUAN

RUM amat memahami dari sudut logik mana-mana janji dalam tempoh 100 hari tidak mungkin dapat dilaksanakan berdasarkan dalam usaha mana-mana peneraju untuk membetulkan organisasi yang organisasinya berada dalam keadaan "TENAT".

Dalam KTMB contohnya, RUM melihat bukan sahaja 100hari, setengah (1/2) penggal maupun tiga suku (3/4) penggal bagi menilai perancangan maupun perubahan yang dilakukan malah setiap tahun yang berlalu, RUM tetap buat penilaian dari semua sudut untuk menentukan apakah perubahan yang telah dilakukan.

Namun dalam memastikan tempoh-tempoh ini, kita juga perlu melihat apakah organisasi ini sememangnya mempunyai masalah yang kritikal yang sukar untuk dipulihkan atau memakan masa yang lama atau kedudukan kewangan yang kritikal atau tidak dapat bantuan yang diperlukan, terlalu banyak aspek perlu dinilai namun tetap perlu melihat berapa peratus (%) perubahan dapat dilakukan dalam tempoh-tempoh kebiasaannya dipantau.

Pada RUM sesuatu yang mustahil untuk mengharapkan sesuatu perubahan dapat dilakukan dalam tempoh 100hari, RUM amat memahami apatah lagi bahasa mudah "mencuci tahi", ianya sesuatu yang sukar untuk dilakukan, malah apatah bila berjanji pada satu ketika sebelum melihat kedudukan sebenar sebuah organisasi, maka janji itu biasanya tidak boleh diharap sangat, malah janji-janji sebegini perlu diteliti dan tidak boleh dianggap sebagai "percaya" kerana kita mampu berfikir agar tidak mudah diperdaya.

Pokoknya dalam usaha untuk memulihkan tetap ada tempoh yang munasabah untuk ditunaikan, sebaiknya jangan mengunakan perkataan "JANJI" ayat yang lebih sesuai "BERUSAHA" paling tepat "IN SYAA ALLAH".

RUM sendiri dalam sebuah organisasi yang mengadakan pemilihan setiap tiga (3) tahun tidak pernah mengunakan perkataan "JANJI" kerana RUM sedar kuasa "BUDIBUCARA MUTLAK" adalah "HAK MAJIKAN".

Kita hanya berusaha dan terus berusaha memberi kebaikan dan meningkatkan faedah yang lebih baik kepada semua ahli-ahli RUM kerana kita sedar bahawa kalangan pekerja yang berpendapatan rendah dengan kos sara hidup yang tinggi, maka perjuangan secara berterusan tanpa mengenal erti putus asa perlu diterapkan dalam jiwa, kerana kami tahu tanpa perjuangan yang kental kami golongan kuli mudah diperkotak-katikkan.

Semuanya berdasarkan pada "tempoh-tempoh yang munasabah", kegagalan "mengenal tempoh" maka sudah sampai "satu tempoh" untuk bertindak, maka ketika itu jangan salahkan kami kerana tempoh yang munasabah telah diberikan, maksudnya "tempoh dah matang".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB