29 November 2018

PENCEN MINIMA PEKERJA SYARIKAT KERAJAAN YANG DISWASTAKAN

Sebentar tadi berlangsung pertemuan dengan  Tun Daim Zainuddin Penasihat Kerajaan mengenai rayuan dari Uni-Glc yang diketuai oleh Ybhg Dato Haji Shafiee Mammal, Sdr Roszeli dari Kesatuan Pekerja-Pekerja TNB dan saya dari RUM mengenai pencen minima untuk pekerja diswastakan.

Pertemuan ini adalah dengan tujuan mengemukakan rayuan kepada kerajaan agar dapat dipertimbangkan gaji minima pada semua pekerja syarikat yang telah diswastakan, perjuangan mewujudkan pencen minima ini bermula sejak tahun 2010 lagi.

Usaha dan terus berusaha itulah prinsip kami dikalangan pemimpin kesatuan sekerja tanpa ada putus asa, kerana kami amat memahami kedudukan pekerja khususnya yang dibersarakan atas sebab penswastaan kerana ada pesara yang hanya menikmati pencen serendah RM 150.00.

Terima kasih  Tun Daim Zainuddin yang sudi berjumpa dengan kami, Terima Kasih kepada Dato Shafiee Mammal Presiden Uni-Global yang tidak pernah berhenti berusaha untuk membantu pekerja yang telah dibersarakan atas sebab pengswastaan serta mengajak kami bersama untuk terus berusaha berjuang demi mereka yang hanya bergantung dengan pencen yang amat rendah untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • BAJU Saya tak pakai baju "INDIVIDU"... Saya tak pakai baju "KTMB"... Saya tak pakai baju "MTUC"... Saya tak pakai baju "WFTU"... Saya tak pakai baju "POLITIK"... Saya pakai baju "RAILWAYMENS UNION OF MALAYA (RUM)" Presiden RU… Read More
  • SELAMI PERASAAN PEKERJA Bila baca kenyataan atau perkara yang diviralkan oleh banyak pihak samada benar atau tidak, selaku organisasi pekerja, RUM cukup terkilan. Cuba anda bayangkan anda ditempat pekerja, ketika itu pelanggan terkejut dengan … Read More
  • MOHON KERJASAMA 1. RUM mohon semua warga KTMB atau Mantan Warga KTMB yang masih sayangkan KTMB jangan keluarkan sebarang kenyataan, gambar,  komen yang memburuk atau menjejaskan imej KTMB atau mengviralkan sebarang jenis yang sengaja… Read More
  • CADANGAN RUM ingin mencadangkan kepada Sdr Armand Azha melalui Pemuda UMNO Malaysia memperjuangkan KTMB di kembalikan kepada Sektor Awam, kerana ini bukan sahaja harga tambang komuter murah malah boleh Selamatkan KTMB Selamatlah Peke… Read More
  • PUBLIC TRANSPORT TERHAKIS(PANAS) RUM ingin mengesyorkan mana-mana pihak yang membantah kenaikan tambang komuter (KTMB) mendesak kerajaan mengembalikan semua aset KTMB kepada pentadiran KTMB. Aset KTMB kini di bawah Perbadanan Aset Keretapi (PAK) iaitu … Read More