RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

Memaparkan catatan dengan label pak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pak. Papar semua catatan

01 Jun 2016

JAWAPAN BALAS KEPADA RAC








RUM telah menerima screenshot dalam group Whatsapp yang telah tersebar meluas kononnya jawapan balas dari pihak RAC, oleh kerana ianya ada logo RAC maka RUM beranggapan jawapan itu adalah jawapan rasmi RAC, justeru itu bagi mengelakkan keraguan, maka di bawah ini jawapan balas dari RUM.

RUM juga berharap pihak RAC membaca jawapan balas dari RUM.

Jawapan Balas

1. RUM tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan RAC seolah-olah akan mengambil kontrak pengurusan KTMB seperti Marak Unggul. Sila kemukakan bukti kenyataan bahawa RUM telah mengeluarkan kenyataan tersebut?

2. Pernyataan RUM adalah membantah sebarang pengambilalihan aset keretapi dan memulangkan kembali kepada KTMB melalui pindaan Akta Keretapi 1991 maksudnya isu ini tiada kena mengena dengan RAC sebaliknya dengan pembuat dasar dengan mengemukakan rayuan.

3. Isu Multiple Operator dan pengambilalihan OMC apakah ianya kenyataan yang tidak berasas? RUM nak bagitau kepada penulis tersebut, isu ini bukan RAC yang perlu jawab, seperti RUM katakan ianya tiada kena mengena dengan RAC, yang perlu menjawab kepada RUM ialah Kementerian Pengangkutan.

4. Melihat dari sudut pengambilalihan aset keretapi sepeti lokomotif dan lain2, boleh atau tidak? apakah kemampuan RAC untuk mengendalikan pembaikpulihan loko dan sebagainya? Tidak mustahil kewujudan outsource berdasarkan RAC tidak mempunyai kepakaran hanya sekadar dari sudut pentadbirannya boleh ditafsirkan sebagai pemegang amanah sahaja. Isu ini juga tiada kena mengena dengan RAC, yang perlu menjawab ialah Kementerian Pengangkutan.

5. RUM tidak pernah menafikan aset di bawah RAC seperti mana termaktub dalam Akta Keretapi 1991, surat RUM kepada YAB Dato Seri Perdana Menteri, sesalinan kepada MoF, Mot dan juga sesalinan kepada Pengurus Besar RAC telah menjelaskan. (Mungkin admin yang menjawab kenyataan ini tidak membaca surat berkenaan)

6. Apa kena mengena CA 8 dengan RAC? RUM tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa CA 8 ada kene mengena RAC. Sila kemukakan bukti yang RUM ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Kesimpulan

Harap jawapan ini telah menjelaskan, RUM juga tidak tahu siapakah bagi pihak RAC yang menulis kenyataan @ jawapan yang berkemungkinan ada seseorang yang kemukakan, apa yang boleh diperkatakan individu yang bertanyakan soalan adalah seorang yang "cetek pengetahuan @ buta isu", manakala penulis yang menjawab bagi pihak RAC ini seorang yang tidak cukup berpengetahuan untuk menjawab bagi pihak RAC malah tidak mengetahui isu sebenar sehingga mengeluarkan jawapan balas sedemikian.

Andai ini jawapan yang diberikan oleh RAC maka kita boleh menilai tahap dan kemampuan RAC, sungguh memalukan "kecetekan kemampuan".

Satu ulasan dari pihak RAC yang jauh menyimpang.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


19 Mei 2016

RAC tu tolong hentikan

Kepada

Yb Dato Aziz Karpawi
Tim Menteri
Kementerian Pengangkutan

Esuk Majlis Konvekesyen SLDN...

I know u...
U know me...

Harap Majlis berjalan dengan sukses...

Hidup Dato Aziz Karpawi
Yang banyak membantu RUM.

RAC tu tolong hentikan... hehe...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


22 April 2016

TINGGAL TULANG PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC)

RUM selalu menekankan mengenai nasib MAS, kerana ianya berlaku didepan mata, hanya bertindak setelah "nasi menjadi bubur" sehingga 6000 pekerja dibuang kerja. Banyak pihak yang menyokong majikan kononnya menyalahkan kesatuan sekerja MAS yang dikatakan kesatuan "meminta" (demand) atau faedah yang tinggi, tapi sebenarnya itu tidak, faedah yang diterima oleh pekerja MAS adalah rendah.

Cuma cara tindakan Kesatuan MAS perlahan menunggu "dah terantuk baru tergadah" atau "nasi dah jadi bubur", kerana situasi begini lebih menyakinkan pekerja bahawa kepimpinan kesatuan sekerja telah mengambil tindakan. (Maaf bukan nak menyalahkan kenalan kepimpinan Kesatuan Mas) tapi strategi begini adalah terlambat ibarat "strategi politik".

RUM telah dihubungi kenalan RUM dari kesatuan MAS meminta pandangan, RUM telah memberi pandangan dan teguran sebelum berlaku pembuangan 6000 pekerja, tapi itu pun dah terlambat, anggapan RUM seolah-olah strategi majikan MAS tidak dapat dihidu.

RUM lebih gemar mengunakan pendekatan "sediakan payung sebelum hujan", kerana RUM telah menghidu lebih awal dan RUM sedar bahawa langkah yang cuba dilakukan adalah tidak betul malah sekiranya mereka berjaya lakukan, mereka telah berjaya mengancurkan KTMB dan meletakkan KTMB 50 tahun kebelakang.

Ramai yang tidak sedar, malah mereka kini berada di "zon selesa", maka mereka ambil tidak endah, sikap berada di "zon selesa" dan "ambil mudah" boleh mendatangkan "bala" bukan sahaja kepada KTMB malah semua warga KTMB.

Wahai Warga KTMB bangkit dan sedarlah, sebelum "nasi menjadi bubur", samada suka atau tidak dengan "Railway Network Access Agreement" (RNAA) yang bakal diwujudkan menghakibatkan KTMB tinggal tulang!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


20 April 2016

BOLEHKAH SAYA/KITA BERSETUJU? MESYUARAT EXCO 20.4.2016 AKAN BUAT DECISION

Ikut maklumat yang diterima Individu Penjawat Awam meminta RUM & SOA bersetuju dengan idea pengambilan aset keretapi oleh Perbadanan Aset Keretapi.

Sejujurnya, saya sendiri telah diminta bersetuju oleh Pihak Tertinggi MoT untuk menerima idea ini melalui pertemuan peribadi sebagai kenalan baik, namun saya tidak memberi jawapan balas, sebaliknya saya menukar topik perbualan.

Saya maklumkan kepada Jawatankuasa Kerja RUM, kerana saya tidak mempunyai kata putus dalam membuat keputusan, Jawatankuasa RUM telah mengambil ketetapan untuk menolak usaha ini, selaku Presiden RUM saya juga bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Kerja RUM.

Saya mampu mendiamkan diri, saya mampu untuk menyorokkan cerita ini, biarlah apa pun berlaku, itu bukan masalah saya, saya bila-bila boleh ambil "bersara pilihan atau option"  (seperti kata banyak pihak aku bila-bila boleh ambil option), tapi mampukah saya buat begitu, hancurnya KTMB didepan mata saya, nasib ahli-ahli RUM entah kemana.

TIDAK.. saya tak mampu membenarkan, melihat kehancuran ini, betapa sakitnya hati, bila ada pihak yang merancang sebegini rupa, malah secara peribadi saya tau hasrat mereka, kini saya bersama kepimpinan RUM akan berjuang abis-abisan, In Syaa Allah.. Mesyuarat Exco Khas akan diadakan hari ini 20.4.2016, turut hadir semua Pengerus/Setiausaha Cawangan, keputusan selanjutnya terserah kepada Majlis Exco, selaku Presiden RUM, saya akur dengan setiap keputusan, andai keputusan itu mengistiharkan "PERANG"  saya sedia berperang sehingga ketitisan darah yang terakhir, andai keputusan sebaliknya, saya akan akur, kerana keputusan mutlak adalah keputusan Majlis Eksekutif.

Saya tak reti nak bercakap belakang, kenyataannya berdasarkan fakta, bukan dengar dan terus percaya, buatlah kaji selidik, jangan fikir untuk hari ini sahaja, fikirlah untuk esuk, tahun depan atau 5 hingga 10 tahun akan datang, malah mereka yang berkata itu belum tentu ada kerja sekiranya semua ini menjadi kenyataan, tambah-tambah jantung KTMB iaitu OMC, masa tu dongak dagu ler... melopong... lepas tu nak kata apa pula... macam tipu semua orang sebelum kemelut... adeiiiii... owh... tak pe... saya nak ambil option...  janganlah penting diri sendiri... fikirkan... ramai lagi yang nak kerja puluhan tahun... fikirlah untuk generasi baru... fikirlah untuk KTMB yang puluhan tahun bagi kita rezeki...

Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


18 April 2016

HENTIKAN IDEA PENGAMBILAN ASET KERETAPI TO: INDIVIDU PENJAWAT AWAM MoT PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) Akhir

RUM menaruh harapan yang tinggi kepada Individu Penjawat Awam MoT agar menghentikan hasrat ingin mengambil aset KTMB serta mewujudkan idea yang boleh memusnahkan KTMB.

RUM tidak mahu perkara ini terjadi, sehingga melibatkan tindakan perusahaan diambil, malah mengharapkan MoT mencari penyelesaian yang lebih baik seterusnya bersama pengurusan KTMB memacu KTMB ke arah sebuah industri perkeretapian yang maju kalau tidak didunia tapi mungkin di Asia Pacifik.

Banyak langkah yang boleh diambil demi memberi perkhidmatan yang baik kerana rakyat marhaen menagih sebuah perkhidmatan yang murah, selesa dan selamat, mereka akan gembira kalau ini berjaya dilakukan.

Bantu KTMB bukan sahaja dari sudut menyediakan jentera yang berkualiti, faciliti yang baik malah bersama memastikan KTMB yang sudah 135 tahun lebih luas skop perkhidmatannya malah melampaui bidang pembuatan.

Kita yakin bahawa kerajaan sangat prihatin dengan kehendak rakyat, maka itu idea-idea yang baik boleh dipelopori asalkan setiap penyumbang idea itu ikhlas demi memajukan industri perkeretapian, kerana hasrat ini walaupun cabarannya besar tapi tidak mustahil dengan kemahiran yang ada dicampur dengan percambahan teknologi luar maka  industri perkeretapian mampu berkembang dengan pesat bukan sahaja di dalam negara tapi diluar negara.

"Think positif" tiada yang mustahil, andai kita mahu jadikan negara kita satu langkah kedepan, Kementerian Pengangkutan (MoT) sebagai badan yang bertanggungjawan dengan "operasi" mampu melakukan dan RUM yakin KTMB bersedia melaksanakan.

Justeru itu hentikanlah pengambilan aset, maju setapak lagi bagi menjadikan KTMB yang telah 135 tahun sebagai pemangkin industri keretapi di negara ini.

Kalau negara China mampu melakukan (walaupun gred kualiti kurang dari negara eropah) tak mustahil KTMB mewakili Malaysia mampu melakukan malah mengatasi kebolehan Negara China.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

CC

YB Dato Ir Nawawi Ahmad
Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB

YBhg Dato Haji Sarbini Tijan
Presiden KTMB


BUKTI KEMARAHAN PENUMPANG TERHADAP KTMB, ADAKAH KTMB JUGA DIPERSALAHKAN? TO: INDIVIDU PENJAWAT AWAM MoT PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) Part 5

Inilah nasib KTMB, RUM tidak menyalahkan penumpang (nitizen) dalam hal ini yang menyalahkan KTMB, kerana mereka tidak tau "punca" kenapa berlaku begini.

Demi "keselamatan" penumpang maka berlakulah "kelewatan" disebabkan masalah teknikal.

Seperti biasa, RUM lebih fokus kepada "PUNCA" tapi tidak boleh highlight secara umum, namun RUM yakin Individu Penjawat Awam MoT menyedari "PUNCANYA", dan seperti kebiasaan KTMB jadi "KAMBING HITAM!"

Walaubagaimanapun proses Klang Valley Double Track (KVDT) baru bergerak, In Syaa Allah semua akan dapat diatasi dalam tempoh 2-5 tahun akan datang.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


PEMIKIR DILUAR KOTAK TO: INDIVIDU PENJAWAT AWAM MoT PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) Part 4

Alangkah bijaknya bila Individu Penjawat Awam MoT cuba@usaha membantu YBhg Dato Sarbini Tijan Presiden KTMB dan YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dalam memberi penekanan terhadap Plan Transformasi KTMB, malah melalui platform beliau di MoT menekankan apa yang terkandung dalam Plan Transformasi disegerakan serta menambahbaik idea Plan Transformasi KTMB dengan mengembangkan KTMB melalui hasrat "DEMI KEMAJUAN INDUSTRI KERETAPI NEGARA" dengan menjadikan Negara China sebagai Pemangkin atau Idola yang mampu membuat Industri Perkeretapiannya bersaing dengan negara-negara Eropah.

Sekiranya ini beliau lakukan semua kesilapan lampau yang mengswastakan KTMB dapat diperbetulkan, kerana melalui kuasa yang beliau ada mampu mempengaruhi pihak atasannya bahawa KTMB boleh menjadi sebuah syarikat bukan sahaja operator tetapi mampu mengeluarkan jentera keretapi.

Pemikiran diluar kotak mampu menjadikan KTMB sebagai sebuah syarikat yang menjadi negara pengeluar jentera keretapi, inilah sepatutnya dimainkan oleh Individu Penjawat Awam MoT, tak mungkin mereka tiada golongan "PEMIKIR" @ CENDIKIAWAN" untuk melontarkan idea yang melampaui bagi menjadikan KTMB @ Malaysia pengeluar jentera keretapi dari mewujudkan operator-operator baru melalui cedukan cetusan idea RUM, sedangkan idea penambahbaikan idea RUM melalui MoT bersama RAC yang diwujudkan boleh dianggap idea yang terkebelakang dan merugikan Industri Keretapi Negara.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB


JIWA KERETAPI TO: INDIVIDU PENJAWAT AWAM MoT PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) Part 3

Encik Afzar Pengurus Besar Korporat memang tiada jiwa keretapi, beliau hanya hadir selepas KTMB di swastakan, beliau juga antara yang menjadi dalang dalam pembuangan kerja Presiden dan 96 pemimpin dan ahli RUM dalam kemelut RUM.

RUM memang tidak percaya dengan beliau, tiba-tiba terlihat wajahnya dalam gambar bersama dengan RAC mewakili KTMB, rasa terbakar, teori RUM bahawa beliau pasti akan mengikut kehendak RAC, kononnya nak menyelamatkan KTMB, RUM tak tau nak cakap apa, tapi dari mesej yang diterima oleh RUM, cukup menyakitkan hati.

Wahai ahli-ahli RUM dan semua warga KTMB yang mempunyai jiwa keretapi, andai kita tidak pertahankan KTMB, bukan saya, bukan pemimpin RUM, tapi ANDA semua belum tentu selamat, kepimpinan RUM sedaya upaya akan bangkit melawan, sekiranya ANDA  masih berpeluk tubuh, jangan menyesal satu hari nanti, ketika itu "JANGAN SALAHKAN RUM!"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


TO: INDIVIDU PENJAWAT AWAM MoT PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) Part 2.

Cuba baca mesej pekerja yang dipaparkan di bawah ini, pernah ke Individu Penjawat Awam ini tau tentang peranan pekerja KTMB, mengenai rungutan penumpang (rakyat)..., apa maksudnya? Maksudnya peruntukkan yang kerajaan berikan adalah untuk rakyat, KTMB hanya pelaksana, pekerja KTMB adalah wakil kepada kerajaan.

Apa pulak peranan Individu Penjawat Awan berkenaan untuk menyelesaikan masalah seperti keluhan pekerja di bawah ini? atau hanya menyalahkan pengurusan KTMB/pekerja atau membantu dengan cara:-

"DEMI KEMAJUAN INDUSTRI KERETAPI NEGARA", kami akan membantu KTMB dengan meminta RAC mengambilalih semua aset-aset selaras dengan Pindaan Akta Keretapi 1991"

Adeiiiii... kalau inilah cara nak bantu KTMB, anda telah menjejaskan nama baik Kerajaan Malaysia yang anda juga telah diberi upah berserta amanah untuk menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab, berdedikasi serta patuh syarat-syarat perkhidmatan awam, sumpah kepada Raja dan Negara.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


17 April 2016

TO: INDIVIDU PENJAWAT AWAM MoT PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC)

Inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh Penjawat Awam MoT... "TANPA BANTUAN KERAJAAN DIMANA KTMB... BERSYUKURLAH", maklumat ini diterima oleh RUM.

PERSOALANNYA?
Bantuan kerajaan untuk siapa?
Adakah untuk KTMB semata-mata?

Banyak lagi individu Penjawat Awam ini nak belajar rupanya... adeiiii..

JAWAPANNYA

KTMB untuk RAKYAT
Pekerja KTMB menjalankan perkhidmatan sosial dengan "gaji ciput", sebagai wakil kerajaan memberi perkhidmatan yang baik dan selamat seperti motto KTMB iaitu "MERAKYATKAN KTMB"

Nak ke RUM tafsirkan apa tu "MERAKYATKAN KTMB?", eh... tak payahlah... andakan mempunyai jawatan tertinggi sebagai Individu Penjawat Awam MoT pasti anda lagi bijak mentafsirkan dari kami golongan kurang terperlajar.

RUM tetap bertegas bahawa perancangan yang dibuat oleh RAC bukan niat nak membantu KTMB tapi nak mengancurkan KTMB.

RUM berhujah berdasarkan fakta dan hujah, kalau tiada fakta dan hujah, RUM pun lari malam, kalau berjaya patahkan hujah RUM, RUM bersedia dan akur dengan kehendak RAC maupun Kementerian Pengangkutan.

Justeru itu dengan lapang dada Individu Penjawat Awam berkenaan boleh menghubungi RUM bila-bila masa atau melalui Encik Afzar Zakaria, Pengurus Besar Transformasi KTMB atau Puan Normah Jabatan Hartanah untuk mengadakan perbincangan umum @ terbuka atau debat bila-bila masa, RUM bersedia menurunkan Belia RUM untuk tujuan tersebut.

THIS IS RAILWAYMENS UNION OF MALAYA

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB


16 April 2016

DEMI KEMAJUAN INDUSTRI KERETAPI NEGARA PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Cukup "GAH", Cukup HEBAT"... bunyinya...
Orang baca...
Orang dengar...
Amboiiiii...
Terbaiklah...

Awat selama RAC di wujudkan idea ni tak de...

Mana pi "PEMEGANG AMANAH"

Depa ni tau ke apa dia "PEMEGANG AMANAH" atau terlupa kot...

Pegawai KTMB dari Hartanah pernah menyatakan "saya ikut arahan" untuk menyediakan dokumen secara "legal" untuk mengemaskini aset -aset yang akan diserahkan kepada RAC dalam Mesyuarat Majlis Bersama Pusat tahun lepas.

Dalam Bengkel antara RAC & KTMB ada gambar siapa yang terlibat malah dipengerusikan oleh Timbalan KSU MoT yang juga Lembaga Pengarah KTMB... RUM tak nak komen... tapi Timbalan KSU MoT adalah antara yang lama menduduki kerusi Lembaga Pengarah KTMB turut berada dalam "presentation RUM" kepada Lembaga Pengarah KTMB mengenai "MULTIPLE OPERATOR" ketika itu di Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB ialah Ybhg Dato Seri Ir Mohd Zin.

RUM hairan apakah tiada lagi "kejujuran"? Tiada lagikah yang sayangkan KTMB? apakah mereka hanya memikirkan sesuatu yang boleh menghapuskan KTMB? Kononnya mengunakan ayat "Demi Kemajuan Industri Keretapi Negara? Adakah RUM percaya dengan ayat sedemikian? Tidakkah mereka berfikir bagaimana nak mengembangkan KTMB setelah 135 tahun wujud dalam negara ini?

Adeiiiiii....

Negara lain... pergilah lihat.. pergilah tenguk... apa yang mereka lakukan... anda semua minat dengan CHINA kan... pergi tenguk Industri mereka... walaupun CHINA kurang berkualiti dari produknya... tapi bagaimana mereka mengembangkan Industri Perkeretapian, pergilah yang paling dekat... kalau CHINA itu jauh... INDONESIA... THAILAND... ahhh.... jauh sikit INDIA...

Kementerian Pengangkutan... tolong bangkit sikit dari tidur.... UTAMAKAN KEPENTINGAN NEGARA!

adeiiiiiii.... letih tenguk... perancangan karut marut ni....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


APA YANG TERSIRAT?

Inilah perancangan yang sedang dilakukan, kononnya "DEMI KEMAJUAN INDUSTRI KERETAPI NEGARA".

Mengikut maklumat yang diterima, sekiranya perancangan ini berjaya, berkemungkinan ianya akan dilaksanakan selepas 6 bulan dari Bengkel ini.

RUM ingin tegaskan pelaksanaan ini diceduk dari idea RUM iaitu "MULTIPLE OPERATOR", kemudiannya diolah dijadikan idea MoT, seterusnya diimplimentasikan oleh RAC, idea cetusan RUM dibuat untuk kepentingan KTMB sebagai sumber pendapatan KTMB, sebaliknya RAC sebagai "PEMEGANG AMANAH" kononnya "menambahbaik" menjadikan RAC entiti perniagaan dengan mengambil hasil KTMB. RUM tetap berpendirian RAC hanya sekadar "UNTUNG ATAS ANGIN"!

Paling mendukacitakan "OMC" jantung KTMB bakal diambil alih oleh RAC, itu jam... KTMB bersaing dengan operator lain, andai 3 operator yang mengunakan landasan keretapi, maka KTMB hanya operator "picisan".

Apa akan terjadi bila KTMB hanya "operator picisan"?

KTMB akan terkubur.... demi masa......

"Wait n See"

Sedarlah... sedarlah... sedarlah...
Sebelum "NASI JADI BUBUR".

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


15 April 2016

PRASARANA VS KTMB

Kalau bandingkan kerugian KTMB dangan PRASARANA... adeiii.. Prasarana lagi teruk, sedangkan hutang KTMB terkumpul keseluruhannya sebelum pengswastaan lagi lebih kurang 2.8 B, Prasarana bila dilahirkan iya?, tetapi KTMB tetap dijadikan "ANAK TIRI" malah "KAMBING HITAM" oleh pihak - pihak tertentu, kononnya KTMB tak pandai meniaga...

Alasan...poorahhhh....

Adeiiiii... Pengurusan KTMB sememangnya tak mampu bersuara, sebab terikat dengan syarat-syarat tertentu, tapi RUM "badan berkecuali" tau... so hati-hati dengan RAILWAYMENS UNION OF MALAYA"!

Pihak-pihak luar sana... RUM nak pesan... usik KTMB maknanya usik RUM!

ADA FAHAM!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB



14 April 2016

PEMEGANG AMANAH PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC)

Kewujudan RAC pada tafsiran RUM adalah hanya sebagai "PEMEGANG AMANAH" harta atau aset KTMB sahaja.

Kewujudannya tidak untuk menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi mencari pendapatan @ keuntungan (profitable), ianya sebagai sebuah entiti yang diberi amanah bagi pihak kerajaan sebagai menjaga kepentingan aset KTMB supaya tidak berlaku penyalahgunaan.

Sebaliknya hari ini, RAC telah menyalahtafsir atau meluaskan skop tafsiran kononnya semua harta @ aset KTMB dimiliki dan dibolehkan menjana pendapatan melalui usaha pengambilalihan semua aset KTMB kemudian menyewa/pajak/ jual dll kepada mana-mana pihak termasuk KTMB.

Justeru itu RUM telah melihat ianya satu "kegagalan" RAC melalui dasar atau di bawah pindaan Akta Keretapi 1991, peranan yang dimainkan tidak menepati tafsiran yang sebenar sehingga berniat meruntuhkan KTMB sebagai khazanah negara untuk kepentingan rakyat.

Justeru itu RUM bertegas bahawa RAC hendaklah "DIBUBARKAN" dikembalikan hak/pemilik sebenar iaitu KTMB,  demi SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


07 April 2016

PENGSWASTAAN KTMB

Samada suka atau tidak, SALAH TETAP SALAH, punca tetap punca, RUM mencari puncanya, puncanya ialah YABHG TUN MAHATHIR MUHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.

RUM sama sekali tidak akan menyalahkan YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA, dasar pengswastaan bukan YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK yang mencetuskan, yang mencetuskanya dan menjadikan KTMB, pekerja menjadi mangsa dan tanah tergadai adalah dasar yang dipelopori oleh YABHG TUN MAHATHIR MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.

JELAS... JELAS DAN JELAS...

Hari ini kami menjadi mangsa atas dasar yang dipelopori, kami dipersalahkan, kami kerugian dari banyak sudut, kini kami kembali untuk membetulkan  kesilapan yang berlaku.

Kami merayu YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh YABHG TUN MAHATHIR MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Kami sentiasa menghargai pertolongan  YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA, dalilnya pertolongan yang diberikan dalam kemelut RUM yang lepas, sehingga kami yang diletakkan di bawah pengaruh majikan telah ditarik balik, berdasarkan surat "KEMAAFAN" yang dikeluarkan oleh YBhg Dato Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB kepada RUM, sehingga semua yang terlibat yang dibuang kerja seramai 97 orang tidak rugi walau satu (1) sen pun. Pertolongan yangdiberikan kepada kami (RUM) sewajarnya kami menyokong kepimpinan DATO SERI PERDANA MENTERI.

Kami tetap yakin bahawa YAB DATO SERI MOHD NAJIB PERDANA MENTERI MALAYSIA akan membantu kami (RUM) untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui Pindaan Akta Keretapi 1991 berdasarkan cetusan idea Tun Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Keyakinan kami tidak pernah putus berdasarkan pertolongan yang diberikan kepada RUM bukan hanya kemelut RUM hadapi tapi banyak lagi, selaku Presiden RUM, saya mengakui YAB Dato Seri banyak membantu RUM semenjak YAB Dato Seri menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Kami akan terus menyokong kepimpinan YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA.

SELAMATKAN KTMB SELAMATLAH PEKERJA.

PRESIDEN RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


06 April 2016

PERBADANAN ASET KERETAPI SALAH TUN MAHATHIR MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI, MALAYSIA

RUM melahirkan kenyataan terbuka meletakkan kesalahan ini kepada YABhg Tun Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia, atas prinsip organisasi, perjuangan dan selamatkan KTMB maka hari ini, RUM melahirkan kenyataan terbuka setelah sekian lama terpendam.

Siapakah yang mengswastakan KTM pada 1.8.1992? yang mengswastakan KTM ialah Tun Mahathir Mohamad, malah kewujudan Perbadanan Aset  Keretapi (RAC) melalui pindaan Akta Keretapi pada tahun 1991 ialah Tun Mahathir Mohamad.

Apakah hasil kejayaan Pengswastaan KTM?

Hasil kejayaan pengswastaan KTM ialah dengan pindaan Akta Keretapi yang membolehkan tanah-tanah di bawah milik KTM di jual, antaranya ialah:-

1. Tanah di Sentul (Sentul Raya)
2. Tanah di Kuala Lumpur (KL Central)
3. Tanah di Bangsar (Uda)
4. Tanah di Perai
5. Tanah di Johor Bharu
6. Tanah di Singapura
7. Semua pengurusan tanah, barangan lupus  di bawah RAC, semua keuntungan hasil pajakan atau sewaan atau jualan barangan lupus dikaut oleh RAC.
8. Kini berhasrat mengambil alih semua jentera, facilities, OMC dll kemudiannya bakal dioutsourcekan.

Selain dari itu kejayaan pengswastaan ialah mengurangkan tenaga kerja dari kurang lebih 8000 pekerja pada 1.8.1992 kini tinggal 5500 pekerja, faedah pekerja tidak setaraf dengan penjawat awam, ini kerugian besar kepada pekerja sedangkan perbezaan awal pengswastaan lebih 10% + 2 matagaji.

Pengswastaan memberi kebebasan dari sudut perniagaan seperti menentukan harga tambang penumpang dan kargo, malangnya tambang keretapi tidak boleh dinaikkan walaupun kos perbelanjaan melebihi dari pendapatan operasi. KTMB akan tetap kekurangan pendapatan untuk menampung kos perbelanjaan kerana subsidi kepada penumpang terus diberikan dengan kadar murah berbanding dengan  pengangkutan rel di bawah pasarana dan ERL yang lebih tinggi, perbezaan tambang yang diberi subsidi tidak dibayar oleh kerajaan malah suntikan kewangan juga tidak diberikan, kalau ada ianya tidak memadai.

Berjayakah pengswastaan KTMB atas cetusan idea Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad?

Semenjak diswastakan KTMB tidak berupaya untuk menjadikan sebuah syarikat berorientasikan perniagaan kerana kekangan yang ditentukan oleh kerajaan sendiri.

Banyak usaha pihak tertentu untuk mengambilalih KTMB, tapi bukan untuk meningkatkan perniagaan KTMB melalui operasi tren tapi lebih kepada tanah-tanah keretapi yang wujud.

Apa sebenarnya kepentingan Keretapi?

Kepentingan keretapi adalah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan kos tambang yang murah bagi meringankan beban kos sara hidup, maka atas sebab ini KTMB sengsara selepas pengswastaan, kerana tambang yang sukar dinaikkan, sebaliknya pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan hanya pandai menunding jari dan mengatakan KTMB hanya pandai minta duit tapi tak pandai mewujudkan peluang perniagaan, sedangkan peluang-peluang yang ada kadang kala di sekat, kini bantuan kewangan kepada KTMB juga tidak disuntik, hanya menyatakan pengurusan KTMB gagal mencari peluang perniagaan.

RUM pernah melahirkan bahawa KTMB sebagai ANAK TIRI dalilnya "PASARANA" mampu dapat suntikan RM600 juta, tapi KTMB nak dapat 30 juta sangat susah ibarat sepert "pengemis" sedangkan keperluannya ialah suntikan RM300 juta maka KTMB mampu stabil malah melalui Plan Transformasi KTMB jangkaan boleh mencapai keuntungaan, al maklumlah peninggalan hutang Mantan Presiden KTMB lebih kurang RM160 juta maka Presiden KTMB hari ini berhempaspulas dengan cashflow yang lemah untuk memperbetulkan perkhidmatan KTMB.

Penjawat awam yang ada kini lebih meletakkan kesalahan tanpa membantu, lupakah mereka kepada "asas" atau mereka tidak mahu belajar dari mana puncanya atau mereka sengaja buat tak tahu, yang mereka tahu hanya menunding jari, tidak seperti 10 tahun yang lampau Penjawat Awam dari MoT dan MoF amat memahami masalah yang dihadapi oleh KTMB.

Penumpang @ Rakyat marahkan KTMB, KTMB lewat kerana masalah teknikal salahkan pengurusan dan pekerja KTMB, tapi mereka tidak tahu perkara sebenar, hanya lontaran maki hamun kepada KTMB.

Sedarkan mereka pembelian set-set tren sejak zaman berzaman bukan atas permintaan KTMB, semua atas keputusan pihak atasan tanpa Tender, hanya "direct nego" membeli barang yang tidak berkualiti, bukan sahaja dari keperluan teknikal mahupun komersial, contoh hari ini KTMB dilambakkan dengan jenama yang sama dari Negara China cantik dari luaran, semua beri pujian tapi "asal boleh pakai" itu belum lagi pertukaran teknologi, lantaran lambakan benda yang tidak berkualiti inilah menghakibatkan pengurusan dan pekerja jadi mangsa tomahan, malah usaha-usaha terus berjalan dengan pembelian dari jenama yang sama tanpa "TENDER TERBUKA".

Apa pun asasnya atau puncanya ialah pengswastaan KTMB, hancurnya KTMB kerana idea pengswastaan KTMB.
RUM lebih menjerumuskan kepada cetusan idea atau asas atau punca menyebabkan pengswastaan KTMB, Justeru itu RUM tetap berpendirian bahawa cetusan idea Tun Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri yang perlu diletakkan kesalahan.

Maka penjawat awam peringkat atasan yang tak tahu apa benda, syok sendiri terikut-ikut jalan mudah, mencari salah, menutup kelemahan sendiri dan mengambil kesempatan maka jalan mudah ialah menyalahkan pengurusan serta pekerja malah imej KTMB tercalar, sedangkan merekalah yang patut dipersalahkan juga.

Apa pun punca kesalahan ini tetap pada YABhg Tun Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia, kerana cetusan idea pengswastaan KTMB, maka hari ini pegawai dikalangan penjawat awam dah jadi lemah dan menjejaskan imej kerajaan memerintah itu sendiri, mereka ini sepatutnya digantikan dengan lebih berkelayakan dan berpengetahuan mengenai punca @ asas maka baru mampu diperbetulkan kembali KTMB.

Justeru itu RUM amat berharap YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia campurtangan dan membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh YABhg Tun Mahatir Mohamad, Mantan Perdana Menteri dengan mengembalikan KTMB ke Sektor Awam atau setidak-tidaknya Pindaan Akta Keretapi 1991 mengenai Perbadanan Aset Keretapi dikembalikan kepada urustadbir KTMB, aset-aset ini mampu menjanakan pendapatan KTMB tanpa pergantungan suntikan kewangan dari kerajaan malah dengan Plan Transformasi KTMB yang sedang giat diusahakan mampu menjadikan KTMB berdikari.

SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


05 April 2016

PINDAAN AKTA KERETAPI 1991 SIAPAKAH GERANGANNYA?

RUM akan terus menulis sehingga siapakah gerangannya yang perlu dipertanggungjawabkan sehingga RUM menyatakan Pengswastaan KTMB adalah gagal hanya semata-mata bertujuan untuk mengadaikan tanah keretapi.

DALILNYA BANYAK TANAH KERETAPI TELAH PUN TERGADAI...

Ada sesiapa boleh tolong jawabkan?

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


04 April 2016

PERBADANAN ASET KERETAPI PENGALAMAN PEKERJA (DIKONGSI BERSAMA RUM)

Pada pengalaman saya yg lepas. Dalam isu perlupusan aset2 yg dilupuskan. Jika sesuatu aset yg di BOS (lupus) sebelum wujudnya RAC,  Sebarang aktiviti perlupusan perlu ada Wakil jabatan yg melupuskan barang yg hendak dilupuskan Contoh Muj, polis bantuan, wakil RAC dan kontraktor.

Apa yg saya terjadi baru2 nie.

RAC membuat Pemeriksaan keatas stor simpanan barang lama di ........., Surat dari RAC kepada Ktmb tentang status barang lama tersebut dihantar dan belum sempat dibalas, RAC telah ambil barang tersebut tanpa surat perlupusan dari Ktmb.

Bila ditanya, jawapan dari RAC kami mempunyai hak mutlak keatas sesuatu aset jika dalam masa 2 bulan Ktmb tidak membalas surat kami.

Pengambilan barang dilupus di lokasi, sy mendapat maklumat hanya antara 2 pihak. Seorang wakil RAC dan kontraktor.

Bukankah Perlu melibatkan wakil Ktmb dan polis bantuan. Adakah urusan berjalan dengan telus. Itu yg menjadi persoalan.

Permohonan RAC utk sy buka stor tidak dilayan, kerana sy beranggapan tiada kebenaran dari wakil majikan sy. Tiada surat dan email kepada sy untuk urusan tersebut. Last sekali RAC call sy diorg ada kuasa utk pecah stor sy. Manakala sy diugut jika sy menghalang kerja penjawat awam boleh didakwa.

Pengalaman saya dalam pengurusan aset. Bertapa besarnya kuasa RAC.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


PERBADANAN ASET KERETAPI PINDAAN AKTA KERETAPI 1991 (PENYEWAAN @ PAJAKAN TANAH)

Penyewaan @ Pajakan tanah  pernah dilaksanakan oleh Jabatan Hartanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) sebelum pengswastaan dan selepas pengswastaan Keretapi Tanah Melayu Berhad pada 1.8.1992.

Gambar di bawah ini adalah contoh Tanah yang disewa atau pajak oleh RAC kepada pengendali Midtown Kampung Batu berdekatan Stesen Keretapi Kampung Batu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Bayangkan hasil sewaan ini di bayar kepada RAC, apakah faedahnya? Adakah ianya membantu KTMB? Sedangkan KTMB perlu pendapatan sampingan untuk menseimbangkan perbelanjaan KTMB dari segi operasi tren. Dan ianya mampu menanggung kos subsidi yang diberikan kepada penumpang tetapi pemberian tanah dan hasil kutipan sewa @ pajakan tanah hanya menguntungkan RAC semata-mata. Ini hanya satu contoh gambar yang "dihighlightkan", sebenarnya banyak tanah-tanah lain disewa @ dipajakan.

Jelas sebutan dasar yang mengatakan membantu KTMB adalah meleset sekali kerana ianya tidak memberi sebarang faedah @ keuntungan kepada KTMB sebaliknya memberi pendapatan kepada RAC.

Pada dasarnya RAC sekadar "untung atas angin" dan satu pembaziran kepada negara kerana kewujudan RAC melalui Pindaan Akta Keretapi 1991.

RUM akan terus menulis sehingga siapakah gerangannya yang perlu dipertanggungjawabkan sehingga RUM menyatakan Pengswastaan KTMB adalah gagal hanya semata-mata bertujuan mengadaikan tanah keretapi.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


PERBADANAN ASET KERETAPI AKAN MENGAMBILALIH SEMUA ASET KERETAPI BERDASARKAN PINDAAN AKTA KERETAPI 1991

RUM ingin menekankan kepada semua Warga KTMB khususnya Ahli-ahli RUM bahawa isu ini adalah isu "BESAR & KRITIKAL".

RUM juga boleh katakan bahawa isu ini antara "HIDUP & MATInya KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB)"

Justeru itu jangan anggap ianya perkara "MUDAH" tanpa "MENGAMBILBERAT" tentang perkara ini.

RUM & SOA akan berjuang "ABIS-ABISAN" mempertahankan KTMB, andai RUM dan SOA kecundang, anda semua "KECUNDANG".

"BERSAMA" atau just "REDHA"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja- Pekerja KTMB