Penyewaan @ Pajakan tanah pernah dilaksanakan oleh Jabatan Hartanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) sebelum pengswastaan dan selepas pengswastaan Keretapi Tanah Melayu Berhad pada 1.8.1992.
Gambar di bawah ini adalah contoh Tanah yang disewa atau pajak oleh RAC kepada pengendali Midtown Kampung Batu berdekatan Stesen Keretapi Kampung Batu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Bayangkan hasil sewaan ini di bayar kepada RAC, apakah faedahnya? Adakah ianya membantu KTMB? Sedangkan KTMB perlu pendapatan sampingan untuk menseimbangkan perbelanjaan KTMB dari segi operasi tren. Dan ianya mampu menanggung kos subsidi yang diberikan kepada penumpang tetapi pemberian tanah dan hasil kutipan sewa @ pajakan tanah hanya menguntungkan RAC semata-mata. Ini hanya satu contoh gambar yang "dihighlightkan", sebenarnya banyak tanah-tanah lain disewa @ dipajakan.
Jelas sebutan dasar yang mengatakan membantu KTMB adalah meleset sekali kerana ianya tidak memberi sebarang faedah @ keuntungan kepada KTMB sebaliknya memberi pendapatan kepada RAC.
Pada dasarnya RAC sekadar "untung atas angin" dan satu pembaziran kepada negara kerana kewujudan RAC melalui Pindaan Akta Keretapi 1991.
RUM akan terus menulis sehingga siapakah gerangannya yang perlu dipertanggungjawabkan sehingga RUM menyatakan Pengswastaan KTMB adalah gagal hanya semata-mata bertujuan mengadaikan tanah keretapi.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
04 April 2016
PERBADANAN ASET KERETAPI PINDAAN AKTA KERETAPI 1991 (PENYEWAAN @ PAJAKAN TANAH)
Isnin, April 04, 2016
pak
Related Posts:
PINDAAN AKTA KERETAPI 1991 SIAPAKAH GERANGANNYA?RUM akan terus menulis sehingga siapakah gerangannya yang perlu dipertanggungjawabkan sehingga RUM menyatakan Pengswastaan KTMB adalah gagal hanya semata-mata bertujuan untuk mengadaikan tanah keretapi. DALILNYA BANYAK TANAH … Read More
PERBADANAN ASET KERETAPI PENGALAMAN PEKERJA (DIKONGSI BERSAMA RUM) Pada pengalaman saya yg lepas. Dalam isu perlupusan aset2 yg dilupuskan. Jika sesuatu aset yg di BOS (lupus) sebelum wujudnya RAC, Sebarang aktiviti perlupusan perlu ada Wakil jabatan yg melupuskan barang yg hendak dilu… Read More
PERBADANAN ASET KERETAPI PINDAAN AKTA KERETAPI 1991 (PENYEWAAN @ PAJAKAN TANAH)Penyewaan @ Pajakan tanah pernah dilaksanakan oleh Jabatan Hartanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) sebelum pengswastaan dan selepas pengswastaan Keretapi Tanah Melayu Berhad pada 1.8.1992. Gambar di bawah ini adalah contoh… Read More
SIAPA LAGI NAK PERTAHANKAN KTMB? 135 tahun kewujudannya... Apakah saat kemusnahan akan berlaku... Apakah KTMB hanya jadi BAHAN SEJARAH, rujukan pelajar masa depan... Adeiiiiiiiiiii.... Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB… Read More
PERBADANAN ASET KERETAPI AKAN MENGAMBILALIH SEMUA ASET KERETAPI BERDASARKAN PINDAAN AKTA KERETAPI 1991RUM ingin menekankan kepada semua Warga KTMB khususnya Ahli-ahli RUM bahawa isu ini adalah isu "BESAR & KRITIKAL". RUM juga boleh katakan bahawa isu ini antara "HIDUP & MATInya KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB)" Jus… Read More