Aku pada tahun 1991, baru berusia 28 tahun, kiranya cukup matang tapi bukanlah seorang yang cukup pandai. Hanya seorang pekerja biasa malah hanya menjadi ahli biasa RUM atau tanpa sebarang jawatan dalam RUM, masa itu RUM pun aku tak tau, just suruh masuk, aku pun masuk, aku tak kesah, aku menjadi ahli RUM pada tahun 1984.
Pada awal bulan januari tahun 1991 semua pekerja diberi makluman KTMB akan diswastakan dan di beri borang pilihan (option) pilih A, B atau C, aku pilih B iaitu pengswastaan dengan menikmati tambahan faedah melalui gaji 10 % + 2 kenaikan tahunan, ada yang pilih A kekal dalam kerajaan dan C bersara awal.
Pilihan yang saya ada ialah untuk bekerja, so saya tiada pilihan lain, selain ikut pilihan majoriti rakan pekerja KTMB dengan menyertai pengswastaan.
Persoalan masa depan KTMB kami tak pasti, apa yang ada ialah kenyataan manis bahawa masa depan saya yang menyertai sektor swasta akan lebih baik dari kakitangan awam dalilnya peningkatan gaji 10% dan 2 kenaikan tahunan, ini memberi keyakinan kepada saya dan semua pekerja bahawa KTMB akan lebih maju dan gaji akan lebih dari kakitangan awam.
Tahun demi tahun berjalan, pekerja yang menduduki kuarters KTMB di Sentul Pasar diarahkan pindah kerana YTL sudah ambilalih tanah, Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan yang dikini dikenali Fleet n Maintenance pula diambilalih oleh RTI, RTI pula bermasalah, masalah pada semua pekerja, masa itulah saya bangkit, saya melihat ada yang tak kena, baru saya sedar bahawa inilah hasil pengswastaan, tambahan kemasukan Marak Unggul, KTMB berkecamuk dan haru biru, dilihat dari perkara ini saya sudah menyedari pengswastaan KTMB adalah GAGAL.
Pengalaman demi pengalaman saya lalui, semua perkembangan diperingkat atasan saya mengetahui, tapi saya tidak mampu menghighlightkan siapakah puncanya yang menjahanamkan KTMB, lidah terkelu, sukar berbicara, hati terbuku.
Saya menawarkan diri menjawat jawatan Setiausaha Cawangan Sentul dan Timbalan Presiden RUM dengan menang bertanding dalam pilihanraya RUM 1996 kemudian saya menjawat jawatan sebagai Presiden RUM pada tahun 1998 dalam usia 35 tahun, fokus utama singkirkan Encik Che Khalid Mohd Noh Pengerusi Exco KTMB (MARAK UNGGUL), kerana kedudukan KTMB yang sangat teruk, pekerja diletakkan sebagai "suplus", RUM berperang abis-abisan sehingga Pengerusi Exco meletakkan jawatan, RUM berjaya lakukan dan digantikan Dato Mohd Nor Idrus sebagai Pengerusi Exco yang juga dari Marak Unggul keadaan KTMB kembali aman, Dato Mohd Nor Idrus lebih memahami bahasa keretapi, maka RUM memberi sokongan.
Pada tahun 2002, RUM mengerakkan langkah "KEMBALI KE SEKTOR AWAM", pelbagai usaha dilakukan dari menghantar memorandum sehingga mengadakan RALLY besar-besaran dengan dihadiri semua pemimpin tertinggi MTUC, sayang seribu kali sayang SUARA RUM tidak didengari, maka usaha berterusan itu boleh dianggap gagal. Manakan mungkin mahu jilat ludah kembali, saya faham.
Kini setelah 18 tahun menjawat Presiden RUM, saya cukup masak dengan pengalaman yang ditempuhi, tak pernah abis-abis dengan masalah, dari masalah kecil, masalah dalaman, masalah luaran, masalah dasar sehingga yang terbaru PLAN TRANSFORMASI RAC, menjadi satu cabaran besar buat saya.
18 tahun dalam RUM sebagai Presiden RUM serta 20 tahun sebagai Pemimpin RUM saya dah cukup berpengalaman, kata orang "cukup masak" saya telah melalui tempoh pengswastaan KTMB, Pengswastaan KTMB sebenarnya GAGAL, lihat kelliling KTMB tiada satu apa pun lagi, tahun demi tahun yang berlalu KTMB makin menjunam, tanah keretapi tergadai, kini semua jentera dan fasiliti pula bakal diambilalih oleh RAC, KTMB tinggal sebagai operator dan menyewa kembali kepada RAC semua jentera, fasiliti, tanah, bangunan dan lain-lain.
Untuk tempoh akan datang, saya percaya dan yakin bahawa KTMB sebagai operator akan dijual kepada syarikat luar dan akhirnya KTMB akan tinggal dalam lipatan sejarah selepas 135 tahun bermula pada tahun 1885 bertapak di negara ini.
Sedih rasa hati bila KTMB dijadikan begini, kini satu cabaran besar bakal saya hadapi samada menang atau kalah, tak menjadi isu, saya tetap dengan barisan pemimpin RUM berjuang abis-abisan MENYELAMATKAN KTMB.
Justeru itu....
Saya selaku PRESIDEN RUM ingin menegaskan bahawa:- "PENGSWASTAAN KTMB ADALAH GAGAL"
Saya selaku Presiden RUM ingin menyatakan bahawa:-
"PENGSWASTAAN KTMB SEMATA-MATA MENGADAIKAN TANAH KERETAPI
Saya selaku Presiden RUM ingin menyatakan bahawa:
INI ADALAH CETUSAN IDEA TUN MAHATHIR MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.
PRESIDEN RUM
KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB
05 April 2016
Home »
» PENGSWASTAAN KERETAPI 1.8.1992
CETUSAN IDEA TUN MAHATHIR MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.
PENGSWASTAAN KERETAPI 1.8.1992 CETUSAN IDEA TUN MAHATHIR MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.
Selasa, April 05, 2016