Kesabaran kita ada batas, selagi boleh berlembut, kita berlembut, selagi kita boleh bersabar kita bersabar, selagi kita boleh mendiamkan diri, kita mendiamkan diri, tapi kalau dah melampau, maaflah sebab ianya dah melampaui batas.
Dalam Mesyuarat Exco semalam isu sebegini ada dibangkitkan oleh Exco, saya menasihatkan, mereka adalah kawan, lagi pun biarlah apa dia orang nak kata, sebab mereka hanya mampu provokasi dan menegakkan benang yang basah. Mereka tidak tau apa yang kita lakukan, biarlah mereka buat fitnah.
Tapi bila cuba merosakkan hubungan antara RUM dan Presiden KTMB ini melampau, sebab ianya boleh menimbulkan persepsi yang tidak sihat kepada pekerja malah boleh menjejaskan produktiviti dan imej KTMB.
Manusia ini, bila kita bergaduh dengan pengurusan KTMB, kata kita tak betul, bila hubungan kita baik, kata takut, apa yang betul pada mereka ini, saya sendiri tidak faham.
Mereka tidak faham apa itu "KEHARMONIAN PERUSAHAAN?" mereka tidak faham apa itu "MEJA PERUNDINGAN", mereka itu tidak faham apa itu "TUTUP PINTU".
Kalau ini... mereka tidak faham, lebih baik tutup mulut, nanti malu! Jangan malukan diri sendiri dengan menunjukkan kurang pengetahuan atau menunjukkan kebodohan!
Sedari "KESABARAN ADA BATASAN!"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
21 April 2016
Home »
» KESABARAN ADA BATASNYA
KESABARAN ADA BATASNYA
Khamis, April 21, 2016
Related Posts:
KERTAS KERJA PELARASAN GAJI Di bawah ini dipaparkan petikan kertas kerja pelarasan gaji dipara 9 untuk Perjanjian Bersama ke 8, Kos Sara Hidup bagi pekerja KTMB. Kadar yang dimasukan dalam ini adalah minima atau anggaran kasar sahaja. Kenyataan … Read More
ERL- GAMIS TAK NAK BANTAH YANG INI? Kenaikan Harga Tambang ERL dari RM 35.00 kepada RM 55.00 Di bawah ini perbezaan harga tambang ERL dengan KTMB sebelum dinaikan harga. Kalau dah naik? Mak oiiiiii.... Tingginya........ _______________________… Read More
PENGIKTIRAFAN KESATUAN KEFAHAMAN UNTUK PEKERJA BUKAN EKSEKUTIF KTMB Mengikut peruntukan undang-undang bahawa pengiktirafan kesatuan sekerja hendaklah mempunyai 50% + 1 dari keseluruhan pekerja bukan eksekutif. Alhamdulillah RUM mempunyai sejumlah kurang lebih 75% dari jumlah keseluruhan… Read More
PERJANJIAN BERSAMA (CA) KE 8(BERCUCUK TANAM) In Syaa Allah perbincangan Perjanjian Bersama (CA) ke 8 akan diadakan pada bulan Disember 2015 sebelum berakhirnya Perjanjian Bersama ke 7 pada 31 Disember 2015. CA ini sangat penting untuk meningkatkan pendapatan semua… Read More
TAMBANG LRT & MONORAIL NAIK RUM kat sini nak minta semua buat penelitian berdasarkan kenaikan PERKM kenaikan. Berapa PERKM yang naik antara KTMB dengan LRT/MONORAIL? Makanya kenaikan harga tambang KTMB adalah sangat rendah tidak menepati harga pa… Read More