Kenyataan akhbar RAC lebih berunsur kebudak-budakan, berdasarkan jawapan balas kenyataan yang dikeluarkan.
Kenyataan RAC lebih kepada mengakui kenyataan RUM mengenai hasrat untuk mengambilalih semua aset-aset seperti yang dihighlightkan dengan mengunakan peruntukan yang ada dalam Akta Keretapi.
Selama 24 tahun apa yang RAC lakukan? Apa yang RAC bantu KTMB? selain mengaut pendapatan dari hasil hak milik KTM sebelum KTMB diswastakan pada 1.8.1992. Usaha mengatakan untuk mengambilalih aset lain seperti jentera, landasan dll adalah meleset ibarat angan-angan kerana RAC tidak mempunyai kemahiran Industri Perkeretapian. RUM berkeyakinan berdasarkan andaian RUM bahawa RAC tidak mempunyai kemahiran Industri perkeretapian, jalan mudah setelah mengambil aset-aset KTMB yang ada sekarang ialah outsorce dan peranan RAC ialah kerja mudah dan untung atas angin.
RAC yang wujud dari pindaan akta keretapi sebenarnya adalah peranan yang telah dimainkan oleh KTM sebelum pengswastaan, melalui JABATAN HARTANAH KTMB, malah peranan itu terus dimainkan ketika zaman KTMB dan sewajarnya RAC melalui Akta Keretapi di pinda kembali dan diserahkan kembali kepada pentadbiran KTMB, kerana di KTMB Jabatan Hartanah masih wujud.
RAC perlu dibubarkan kerana ianya tidak memberi sebarang faedah kepada Rakyat serta Negara, ianya merupakan satu pembaziran kos dari segi operasi keseluruhan perbelanjaan mengendalikan RAC. Kementerian Pengangkutan perlu memikirkan kembali kedudukan RAC dengan mencadangkan pindaan Akta dengan membubarkan RAC dan mengembalikan hak sebelum terwujud RAC dikembalikan kepada KTMB.
Kementerian Pengangkutan perlu membaca sejarah awal KTM serta membantu KTMB mengembalikan kegemilangan KTMB dengan meluaskan skop perniagaanya serta menyegerakan pembelian set-set lokomotif, pembaikpulihan jentera yang ada. Kementerian Pengangkutan perlu bertindak lebih telus dengan Tender Terbuka dan bukannya melalui penawaran (direct nego) seperti pembelian Six Car Set (SCS), Electric Tren Set (ETS) dan terbaru Diesel Multiple Set (DMU) melalui satu Syarikat sahaja dari Negara China, kerana melalui pengalaman kami jentera-jentera ini tidak berkualiti dan bermasalah. Ini sepatutnya dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan berbanding tumpuan yang diberikan kepada RAC.
Penekanan Kesatuan ialah KTMB mampu mengendalikan RAC dan bersedia mengendalikan RAC berdasarkan RAC hanya setaraf dengan Jabatan Hartanah KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja -Pekerja KTMB
01 April 2016
KENYATAAN PERBADANAN ASET KERETAPI - JAWAPAN BALAS RUM
Jumaat, April 01, 2016
pak
Related Posts:
PLAN TRANSFORMASI PERBADANAN ASET KERETAPI (PAK)Mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang bersidang pada 25.3.2016 memutuskan "MEMBANTAH PLAN TRANSFORMASI PERBADANAN ASET KERETAPI" antara lain hasrat PAK adalah untuk mengambilalih semua jentera (Lokomotif, ETS, SCS, OMC dll), hasr… Read More
PERBADANAN ASET KERETAPI PINDAAN AKTA KERETAPI 1991 (PENYEWAAN @ PAJAKAN TANAH)Penyewaan @ Pajakan tanah pernah dilaksanakan oleh Jabatan Hartanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) sebelum pengswastaan dan selepas pengswastaan Keretapi Tanah Melayu Berhad pada 1.8.1992. Gambar di bawah ini adalah contoh… Read More
SIAPA LAGI NAK PERTAHANKAN KTMB? 135 tahun kewujudannya... Apakah saat kemusnahan akan berlaku... Apakah KTMB hanya jadi BAHAN SEJARAH, rujukan pelajar masa depan... Adeiiiiiiiiiii.... Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB… Read More
PERBADANAN ASET KERETAPI AKAN MENGAMBILALIH SEMUA ASET KERETAPI BERDASARKAN PINDAAN AKTA KERETAPI 1991RUM ingin menekankan kepada semua Warga KTMB khususnya Ahli-ahli RUM bahawa isu ini adalah isu "BESAR & KRITIKAL". RUM juga boleh katakan bahawa isu ini antara "HIDUP & MATInya KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB)" Jus… Read More
PERBADANAN ASET KERETAPI PENGALAMAN PEKERJA (DIKONGSI BERSAMA RUM) Pada pengalaman saya yg lepas. Dalam isu perlupusan aset2 yg dilupuskan. Jika sesuatu aset yg di BOS (lupus) sebelum wujudnya RAC, Sebarang aktiviti perlupusan perlu ada Wakil jabatan yg melupuskan barang yg hendak dilu… Read More