22 April 2016

TINGGAL TULANG PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC)

RUM selalu menekankan mengenai nasib MAS, kerana ianya berlaku didepan mata, hanya bertindak setelah "nasi menjadi bubur" sehingga 6000 pekerja dibuang kerja. Banyak pihak yang menyokong majikan kononnya menyalahkan kesatuan sekerja MAS yang dikatakan kesatuan "meminta" (demand) atau faedah yang tinggi, tapi sebenarnya itu tidak, faedah yang diterima oleh pekerja MAS adalah rendah.

Cuma cara tindakan Kesatuan MAS perlahan menunggu "dah terantuk baru tergadah" atau "nasi dah jadi bubur", kerana situasi begini lebih menyakinkan pekerja bahawa kepimpinan kesatuan sekerja telah mengambil tindakan. (Maaf bukan nak menyalahkan kenalan kepimpinan Kesatuan Mas) tapi strategi begini adalah terlambat ibarat "strategi politik".

RUM telah dihubungi kenalan RUM dari kesatuan MAS meminta pandangan, RUM telah memberi pandangan dan teguran sebelum berlaku pembuangan 6000 pekerja, tapi itu pun dah terlambat, anggapan RUM seolah-olah strategi majikan MAS tidak dapat dihidu.

RUM lebih gemar mengunakan pendekatan "sediakan payung sebelum hujan", kerana RUM telah menghidu lebih awal dan RUM sedar bahawa langkah yang cuba dilakukan adalah tidak betul malah sekiranya mereka berjaya lakukan, mereka telah berjaya mengancurkan KTMB dan meletakkan KTMB 50 tahun kebelakang.

Ramai yang tidak sedar, malah mereka kini berada di "zon selesa", maka mereka ambil tidak endah, sikap berada di "zon selesa" dan "ambil mudah" boleh mendatangkan "bala" bukan sahaja kepada KTMB malah semua warga KTMB.

Wahai Warga KTMB bangkit dan sedarlah, sebelum "nasi menjadi bubur", samada suka atau tidak dengan "Railway Network Access Agreement" (RNAA) yang bakal diwujudkan menghakibatkan KTMB tinggal tulang!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB