Ramai pihak mahupun segelintir Lembaga Pengarah KTMB masih tidak memahami peranan KTMB serta pekerjaan pekerja KTMB.
RUM telah berhempaspulas berusaha menerangkan pekerjaan pekerja KTMB, beban dan tanggungjawab mereka, tapi mereka seolah-olah lebih melihat kepada "kewangan", tak dinafikan kewangan penting, namun mana lebih penting antara "kewangan" dengan "netizen"? lupakan mereka kepada "SUARA NETIZEN"?
"SUARA NETIZEN" sangat penting! kerana "KTMB adalah PERKHIDMATAN SOSIAL", maka "NETIZEN" berhak marah kerana mereka perlu perkhidmatan yang baik, selesa dan selamat.
Kementerian Pengangkutan seolah-olah memandang sepi juga, bila mencadangkan pengambilalihan aset keretapi kononnya "DEMI KEMAJUAN INDUSTRI KERETAPI NEGARA", tidak memandang secara dalaman mengapa dan dimana puncanya, pada RUM setiap yang berlaku perlu mengenai pasti puncanya maka dari situ kita mampu atasi setiap kelemahan yang ada, mereka hanya sekadar "mahu untung atas angin" tanpa memperdulikan "SUARA NETIZEN".
Kementerian Kewangan pula tidak membantu "MENYUNTIK KEWANGAN" sehingga KTMB terumbang ambing bila "cash flow" nipis... apa yang ada itu sahaja yang diguna.... mereka lebih nampak "PRASARANA" maka itu "PRASARANA" mampu mendapat suntikan RM 600juta untuk menampung kos perbelanjaan tahunan. Sedangkan keperluan tambahan perbelanjaan tahunan KTMB kurang lebih RM 300juta.
Kerugian Prasarana dalam tempoh 20 tahun kurang lebih RM 20B manakala kerugian KTMB semenjak 1948 RM 2.8B - RM 3 B. Fikirlah...
Pekerja KTMB adalah wakil kerajaan, kegagalan pekerja KTMB secara langsung menjejaskan imej kerajaan, maka disini perlu dilihat bagaimana ianya perlu ditingkatkan bagi memuaskan hati netizen.
Pekerja KTMB bergaji rendah, harapan bergantung kepada Perjanjian Bersama, tapi Sub Board Lembaga Pengarah pula tidak melihat ini semua maka pekerja KTMB bukan sahaja tidak dinilai kerjanya, malah rasa terpinggir ibarat anak tiri.
Inilah nasib kami...
Kiri kena, kanan pun kena..
Almaklumkan kami..
KTMB & PEKERJA adalah ANAK TIRI...
Namun kami bangga sebagai Pekerja KTMB, khidmat bakti kami tidak kira masa akan kami curahkan demi KTMB yang kami sayangi.
Kami merayu kepada Lembaga Pengarah KTMB (bukan semua, ada juga yang memahami), Kementerian Pengangkutan dan Penjawat Awam Kementerian Kewangan tolonglah ikhlas bantu KTMB demi....
Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
Cc
YB Dato Ir Nawawi Ahmad
Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB
YBhg Dato Haji Sarbini Tijan
Presiden KTMB
19 April 2016
Home »
» SEDIH/ANAK TIRI
THIS IS KTMB
SEDIH/ANAK TIRI THIS IS KTMB
Selasa, April 19, 2016
Related Posts:
yang bertanya... Ada yang bertanya... Apa itu RUM? RUM itu adalah nama manja atau nama timang-timangan atau singkatan dari RAILWAYMAN UNION OF MALAYA atau Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB. Siapa Adminnya? Adminnya adalah Abdul Razak Md Hassan y… Read More
DEPOH KL CENTRAL (BARANG LUSUH)Maklumat diterima, beberapa syarikat sedang meninjau Depoh KL Central untuk menilai pembelian barang-barang lusuh selepas penutupan Depoh KL Central. Punah! Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB … Read More
TINJAUAN KEPADA PESARA KTMB (BERSARA SELEPAS KTMB DISWASTAKAN PADA 1.8.92)Tinjauan ini bertujuan untuk memudahkan pihak kesatuan membuat kajian untuk mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan "PENCEN MINIMA" bagi bekas penjawat awam yang terlibat dengan pengswastaan KTMB pada 1.8.92. Pihak… Read More
PERBINCANGAN PENCEN MINIMA UNTUK KAKITANGAN AWAM YANG DISWASTAKAN.Satu Mesyuarat pagi tadi telah diadakan Jabatan Perkhidmatan Awam setelah diarahkan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar oleh Majlis Rangkaian Kesat… Read More
PERBINCANGAN PENCEN MINIMA UNTUK KAKITANGAN AWAM YANG DISWASTAKAN.Satu Mesyuarat pagi tadi telah diadakan Jabatan Perkhidmatan Awam setelah diarahkan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar oleh Majlis Rangkaian Ke… Read More