RUM amat memahami keluh kesah, rintihan pekerja, ada yang dinobatkan, ada yang merasa terpinggir, ada kala seperti dianak tiri, kadang-kadang terasa kecil hati, begitulah luahan individu pekerja.
Bagi RUM semua sama rata, tiada lebih tiada kurang, sama-sama memainkan peranan, sama-sama berganding bahu, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, semua gred adalah sama, sama penting, sama hebat, tiada lebih tiada kurang.
Naluri hati, kata hati begitulah, adakala tak kesah, ada kala redha, adakala aku dapat gaji pun cukup, itu pada mereka yang ambil mudah, pada mereka yang rasa terkilan kerana mereka bekerja sepenuh jiwa, justeru itu bersabarlah... mungkin hari ini kita tidak bernasib baik, siapa tahu esuk.
Namun dalam setiap perkara jangan berhenti berjuang, jangan sesekali berputus asa, tiada perasaan kecewa, kerana prinsipnya terus berusaha.. berusaha sehingga berjaya...
Bagi RUM bukan mudah untuk memuaskan hati semua individu mahupun gred yang ada, tambah dalam organisasi RUM terlalu banyak gred, ibarat ramainya anak, begitulah ragam anak-anak, katanya sini dimanja, sana pula tidak, persepsi memang sukar dielakkan...
Apa pun nawaitu.. perjuangan tidak pernah terhenti, sekali terhenti maka musnah segalanya, kerana bezanya antara MAJIKAN dan PEKERJA... SIAPA MAJIKAN, SIAPA PULA PEKERJA, ANDAI KESATUAN TIADA, PEKERJA ENTAH KEMANA....
Maka terus berjuang... berjuang.. sehingga tercapai apa yang dicita...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
26 April 2016
Home »
» PERASAAN PEKERJA
SEMUA GRED SAMA Part 3
PERASAAN PEKERJA SEMUA GRED SAMA Part 3
Selasa, April 26, 2016
Related Posts:
KENYATAAN AKHBAR: PERTEMUAN DENGAN YB MENTERI PENGANGKUTAN4hb Mei 2017 Pertemuan dengan YB. Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia dengan pihak Kesatuan telah berjalan dengan harmoni, turut hadir bersama dalam pertemuan tersebut ialah YB Datuk Ab Aziz Kaprawi,… Read More
SELAMAT HARI PEKERJA 1 MEI 2017Salam Perjuangan RUM mengucapkan Selamat Hari Pekerja/Buroh pada semua pekerja KTMB dan semua warga pekerja Malaysia. Bagi Pekerja KTMB khabar berita gembira turut diterima pada masa yang sama berada dalam dilema berita buruk… Read More
Selamat Hari Pekerja… Read More
MTUC garis 13 perkara bela pekerja, tuntut dividen KWSP lebih baikDalam memastikan keadilan ekonomi lebih baik, MTUC juga mahu gaji minimum dinaikkan kepada RM1,500 manakala bayaran khas Cola RM300 diperkenalkan bagi pekerja-pekerja dalam kategori pendapatan B40 dan M40. PETALING JAYA: Kong… Read More
SEDARLAH RNAABila kita nak kekal kerja, bila kita kata sayangkan kerja kita, bila kita kata sayangkan KTMB, bila kita kata kita nak Selamatkan KTMB, kita kena cari@wujudkan kerja, kita cetuskan idea kreatif dan inovatif dalam keadaan apa … Read More