Kewujudan RAC pada tafsiran RUM adalah hanya sebagai "PEMEGANG AMANAH" harta atau aset KTMB sahaja.
Kewujudannya tidak untuk menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi mencari pendapatan @ keuntungan (profitable), ianya sebagai sebuah entiti yang diberi amanah bagi pihak kerajaan sebagai menjaga kepentingan aset KTMB supaya tidak berlaku penyalahgunaan.
Sebaliknya hari ini, RAC telah menyalahtafsir atau meluaskan skop tafsiran kononnya semua harta @ aset KTMB dimiliki dan dibolehkan menjana pendapatan melalui usaha pengambilalihan semua aset KTMB kemudian menyewa/pajak/ jual dll kepada mana-mana pihak termasuk KTMB.
Justeru itu RUM telah melihat ianya satu "kegagalan" RAC melalui dasar atau di bawah pindaan Akta Keretapi 1991, peranan yang dimainkan tidak menepati tafsiran yang sebenar sehingga berniat meruntuhkan KTMB sebagai khazanah negara untuk kepentingan rakyat.
Justeru itu RUM bertegas bahawa RAC hendaklah "DIBUBARKAN" dikembalikan hak/pemilik sebenar iaitu KTMB, demi SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
14 April 2016
PEMEGANG AMANAH PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC)
Khamis, April 14, 2016
pak
Related Posts:
PINDAAN AKTA KERETAPI 1991 SIAPAKAH GERANGANNYA?RUM akan terus menulis sehingga siapakah gerangannya yang perlu dipertanggungjawabkan sehingga RUM menyatakan Pengswastaan KTMB adalah gagal hanya semata-mata bertujuan untuk mengadaikan tanah keretapi. DALILNYA BANYAK TANAH … Read More
PERBADANAN ASET KERETAPI AKAN MENGAMBILALIH SEMUA ASET KERETAPI BERDASARKAN PINDAAN AKTA KERETAPI 1991RUM ingin menekankan kepada semua Warga KTMB khususnya Ahli-ahli RUM bahawa isu ini adalah isu "BESAR & KRITIKAL". RUM juga boleh katakan bahawa isu ini antara "HIDUP & MATInya KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB)" Jus… Read More
PERBADANAN ASET KERETAPI PENGALAMAN PEKERJA (DIKONGSI BERSAMA RUM) Pada pengalaman saya yg lepas. Dalam isu perlupusan aset2 yg dilupuskan. Jika sesuatu aset yg di BOS (lupus) sebelum wujudnya RAC, Sebarang aktiviti perlupusan perlu ada Wakil jabatan yg melupuskan barang yg hendak dilu… Read More
SIAPA LAGI NAK PERTAHANKAN KTMB? 135 tahun kewujudannya... Apakah saat kemusnahan akan berlaku... Apakah KTMB hanya jadi BAHAN SEJARAH, rujukan pelajar masa depan... Adeiiiiiiiiiii.... Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB… Read More
PERBADANAN ASET KERETAPI SALAH TUN MAHATHIR MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI, MALAYSIARUM melahirkan kenyataan terbuka meletakkan kesalahan ini kepada YABhg Tun Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia, atas prinsip organisasi, perjuangan dan selamatkan KTMB maka hari ini, RUM melahirkan kenyataan ter… Read More