RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

30 Jun 2015

SPAD LAGI - LUASKAN KUASA MU HANYA PADA KTMB

RUM boleh katakan bahawa kenyataan dari SPAD tidak menyenangkan warga KTMB, kami melakukan yang terbaik untuk rakyat memastikan nikmat yang dicurahkan oleh kerajaan kepada rakyat melalui perkhidmatan keretapi sebagai perkhidmatan sosial tapi terlalu banyak birokrasi yang dilakukan.

Kehadiran Tuan Haji Sarbini Bin Tijan sebagai Presiden KTMB telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan, harapan kami kepercayaan dari mana-mana pihak perlu diberikan kepada Presiden KTMB agar kebangkitan KTMB dapat dipacu kearah kecemerlangan.

Suka dijelaskan keselamatan melalui dasar yang terdapat dalam keretapi adalah terbaik kerana semua peraturan yang sedia ada tetap dipatuhi.

Apakan daya KTMB seperti dianaktirikan, maka perkhidmatan yang boleh dilaksanakan pada 1 Julai 2015 akan terbantut, terima kasih SPAD, luaskan kuasa mu hanya pada KTMB.


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

23 Jun 2015

SUARA RASMI RUM

RUM suka menjelaskan bahawa SUARA RASMI RUM atau MEDIA RASMI RUM adalah "SUARA RUM" yang diiktiraf dan telah diluluskan oleh Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali.

Mana-mana individu yang mengunakan nama selain dari "SUARA RUM" seperti KPPKTMB NORTH atau RUM CAWANGAN atau KPPKTMB atau apa jua nama yang berkaitan dengan RUM yang tidak mendapat sebarang kelulusan dari Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan atau Majlis Eksekutif RUM adalah "PALSU".

Pihak kesatuan tidak akan teragak - agak mengambil tindakan undang-undang mana-mana pihak mengunakan nama RUM nama KPPKTMB untuk kepentingan peribadi atau apa jua kepentingan yang boleh merosakkan "IMEJ RUM".

Adalah dinasihatkan semua pemilik akaun ini menghentikan dengan kadar segera sebelum satu lapuran Polis dibuat dan tindakan susulan akan diambil.

Terima kasih

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

SENYAP

SUARA RUM "senyap", sebab dah tak de isu, kemelut kan dah selesai.



Kalau ada isu... semua isu boleh diselesaikan di meja rundingan.

Hubungan RUM dengan Tuan Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB sangat baik, keharmonian perusahaan terjalin dengan sungguh harmoni.

Maka tak de isu untuk dibangkitkan dalam Suara RUM, andai ada pihak nak mewujudkan provokasi melaga - lagakan RUM dengan Presiden KTMB itu adalah langkah silap.

RUM kini lebih menumpukan pembuatan Perjanjian Bersama yang ke 8, kerana kehendak ahli-ahli perlu diutamakan.

Bulan Ramadhan, Bulan Mulia, maka kita tumpukan amal ibadah kita.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

16 Jun 2015

PEMULIHAN KERJA

Hari ini 3 pekerja iaitu seorang Pegawai dan 2 orang ahli RUM yang dibuang kerja dalam kemelut RUM telah melaporkan diri untuk memulakan tugas.
Iaitu :-


Tahniah pada ketiga - tiga pekerja ini dalam menghadapi satu cabaran yang hebat dalam kemelut RUM, kesabaran mereka terbukti keberhasilan dalam perjuangan kesatuan sekerja.
Terima kasih kepada isteri dan keluarga ketiga - tiga pekerja ini yang terus memberi sokongan dan dorongan kepada suami mereka.

RUM menghargai pengorbanan saudara-saudara.

Saudara adalah "HERO RUM"!

Selamat kembali bertugas.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

15 Jun 2015

PANTAI TIMUR

Pekerja KTMB berusaha gigih membaiki landasan keretapi Pantai Timur.

Sdr semua terbaik.

Demi KTMB yang disayangi.




Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

14 Jun 2015

TAHNIAH

RUM merakamkan tahniah kepada Tuan Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB atas hasil usaha beliau dan semua yang terlibat maka Landasan Pantai Timur akan dipulihkan secara berperingkat.



Dalam tempoh kurang lebih 40 hari kejayaan ini ditinta oleh Presiden KTMB yang baru bermula.
RUM sentiasa yakin dengan keupayaan Warga KTMB, kenyataan RUM menolak Mantan Presiden KTMB telah membuktikan kebenaran awal.

Terima kasih juga kepada YB Menteri Pengangkutan yang memberi keyakinan ini kepada Presiden KTMB, Tuan Haji Sarbini Bin Tijan.

Pada RUM matlamat ahli-ahli RUM yang terlibat di Pantai Timur tidak dipindahkan melalui usaha pembaikpulihan landasan menjadi kenyataan di samping perkhidmatan tren di Pantai Timur dapat memberi faedah kepada rakyat setempat.

"Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja"

Terima kasih kepada Presiden KTMB, Terima kasih dari kami Warga RUM dan Seluruh Warga KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

11 Jun 2015

PESERTA BENGKEL CA 8 DI BUKA UNTUK PENYERTAAN AHLI-AHLI RUM

Pihak RUM ingin memberi ruang pada ahli-ahli yang berminat untuk menyertai sebagai peserta Bengkel Perjanjian Bersama yang ke 8, dijadualkan akan diadakan pada bulan Ogos 2015.

Tujuan adalah memberi ruang pada ahli-ahli RUM untuk menyertai serta mendedahkan bagaimana Draf Perjanjian Bersama di perbuat selain ahli-ahli RUM boleh bersama menyumbangkan idea - idea baru termasuk penambahan hujah dalam menyediakan cadangan - cadangan untuk Draf Perjanjian Bersama yang ke 8.

Ahli-ahli yang berminat boleh inbox dengan mengemukakan :-

Nama :
Jawatan :
No Perkhidmatan :
Depoh :
Alamat Rumah :
No Telefon :

Pihak kesatuan akan menghubungi sdr/i sekiranya terpilih, pihak RUM akan memilih 5 peserta dari gred jawatan yang berbeza dari kalangan ahli-ahli RUM.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PENARIKAN KES MAHKAMAH PERUSAHAAN

Pihak RUM telah memfailkan kes ke Mahkamah Perusahaan di bawah aduan perlanggaran Seksyen 4 & 5.

Dengan ini pihak RUM mengumumkan pada 28.5.2015 di hadapan Hakim Mahkamah Perusahaan menarik balik kes di bawah Seksyen 4 & 5.

Penarikan ini berdasarkan kemelut RUM telah pun selesai.

Begitu juga Seksyen 20 atas nama Abdul Razak Md Hassan telah menarik balik kes pembuangan kerja di hadapan Hakim Mahkamah Perusahaan hari ini 11.6.2015 setelah dipulihkan kerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

NUFAM GANGSTER (Keratan Akhbar)

Ini yang dikatakan oleh MASEU

Tapi bagaimana perasaan sedih salah seorang dari 6000 pekerja yang dibuang kerja, apa peranan Kesatuan Sekerja MASEU?

Maka jadilah union angguk2... THIS IS YELLOW UNION!

Tidak berhasrat campurtangan tapi terpanggil kerana ianya adalah penyakit yang boleh merebak... 

THIS IS VIRUS!

PEMIMPIN UNION SEJATI!

Pemimpin sanggup terbakar dari membiarkan ahli-ahlinya sengsara... pemimpin dapat merasakan kesedihan di hati ahli-ahlinya... pemimpin akan memastikan nasib ahli-ahlinya terbela... pemimpin sanggup dipenjarakan asal perjuangan demi untuk kepentingan kaum pekerja.

Pemimpin sanggup jadi gangster, gangster yang bersebab demi mempertahankan ahli-ahlinya, ini dasar union... fahami union... bila union di pimpin pemimpin Yellow Union... maka ahli-ahlinya akan jadi mangsa.

SOLIDARITY 

NUFAM WE WITH U

Terus berjuang pasti menang.... In Syaa Allah

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

10 Jun 2015

Virgin Group beri cuti bergaji setahun kepada pekerja baru bergelar bapa

BRANSON
ANTARA syarikat yang biasa dilabel sebagai 'mesra ibu bapa' ialah Facebook dan Google. Dan kini syarikat Virgin Group juga mengikuti jejak langkah untuk menjadikan syarikat berkenaan lebih bertimbang rasa dengan mereka yang bergelar ibu bapa.

Jika sebelum ini hanya ibu yang diberi cuti bersalin, nampaknya bapa juga kini diberi kelebihan yang sama.

Isnin lalu, pengasas Virgin, Sir Richard Branson dan Ketua Pegawai Eksekutif Virgin Management, Josh Bayliss, mengumumkan polisi syarikat berkenaan untuk memberi cuti bergaji sehingga setahun kepada pekerja lelaki yang baru menimang cahaya mata.

"Ini mencerminkan ketelusan syarikat dalam mengambil kira hal-hal berkaitan kesihatan dan kesejahteraan pekerja-pekerja kami," kata Bayliss.

Dalam polisi baru ini, pekerja yang berkhidmat dengan syarikat tersebut untuk tempoh kurang dua tahun akan menerima gaji sebanyak 25 peratus sepanjang tempoh bercuti, manakala mereka yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat tahun akan menerima gaji penuh.

Polisi ini turut membabitkan mereka yang mengambil anak angkat.

"Jika anda menjaga pekerja anda dengan baik, mereka akan menjaga perniagaan anda dengan baik juga.

"Saya juga seorang bapa dan seorang datuk, saya faham bagaimana sibuk dan pentingnya tahun pertama sebagai ibu bapa. Kerana itu, kami di Virgin sangat berbesar hati untuk menghadiahkan polisi ini supaya pekerja-pekerja kami dapat menikmati saat-saat indah sebagai ibu bapa," kata Branson. [AWANI]

DASAR

Semua proses melibatkan dasar, selaras dengan Perjanjian Bersama akan dibetulkan kembali secara berperingkat.

Maksudnya semua perkara yang bertentangan dengan Perjanjian Bersama yang telah dilaksanakan oleh Mantan Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir akan diperbetulkan dan kembali seperti asal.

KTMB & RUM saling menghormati hak Perjanjian Bersama serta menjalinkan kerjasama dengan baik selaras dengan prinsip Keharmonian Perusahaan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

TINJAUAN PELARASAN GAJI CA 8

Alhamdulillah Ahli Jawatankuasa Kerja telah pun menyiapkan draf Perjanjian Bersama peringkat awal yang akan dibentangkan di Bengkel CA yang akan diadakan dalam bulan Ogos 2015.

Bagi berkongsi pandangan, maka RUM ingin pendapat ahli-ahli berapakah tuntutan peratusan (%) yang sesuai dan munasabah untuk dimasukkan dalam draf Perjanjian Bersama yang ke 8.

Sdr/i boleh mencadangkan apa saja jumlah bersekali dengan alasan secara terbuka.

RUM amat mengalu-alukan setiap pandangan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

09 Jun 2015

'Henti buang pekerja atau kami henti buat kerja'

Krew darat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan berhenti melakukan kerja masing-masing sekiranya MAS tidak menarik balik semua surat penamatan perkhidmatan dalam tempoh 48 jam, kata Kesatuan kebangsaan Atendan Penerbangan Malaysia (Nufam).

Presiden Nufam Ismail Nasaruddin, bagaimanapun tidak mau memberikan butiran lanjut mengenainya.

"Tunggu dan lihat. Beri kami 48 jam," katanya dalam sidang media hari ini.

Sekiranya MAS tidak memperdulikan protes itu, Nufam akan menerajui protes yang lebih besar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau di luar ibu pejabat Khazanah Nasional.

Khazanah Nasional adalah pemilik syarikat penerbangan negara tersebut.

Selain itu, Nufam juga meletakkan dua syarat bagi MAS untuk mengelak berdepan dengan gangguan kerja.

Pertama, MAS juga perlu berunding semula syarat-syarat kontrak dengan kesatuan yang berkaitan, termasuk Nufam, untuk memastikan pekerja tidak dieksploitasi.

Kedua, semua pekerja MAS yang dipecat mesti diambil bekerja semula dan ditawarkan skim pemisahan sukarela dan bukannya ditamat perkhidmatan.

Katanya, mereka akan terus mengadakan bantahan sehingga mereka dapat keputusan yang mereka mahu.

MAS sedang dalam proses penyusunan semula yang akan mengakibatkan kira-kira satu pertiga kakitangannya dipecat dalam usaha untuk mengurangkan kos.

Dua pekerja MAS yang ditamatkan perkhidmatan mereka yang tidak mhu disebut nama, turut hadir dalam sidang akhbar itu untuk berkongsi pengalaman mereka.

Seorang daripadanya berkata dia baru sahaja kehilangan suaminya yang sakit tujuh bulan dan kini perlu menyara anak perempuan berusia lapan.

Sehari selepas dia pulang dari penerbangan pada 3 Jun, beliau menerima panggilan telefon memberitahu dia telah ditamatkan perkhidmatan serta me
rta.

Apabila dia bertanya mengapa perkhidmatannya ditamatkan, dia tidak diberi jawapan.

Beliau telah bekerja dengan MAS selama 18 tahun, tetapi mengambil cuti tanpa gaji selama satu setengah tahun baru-baru ini untuk menjaga suami yang sakit.

"Saya hanya mahu kerja saya balik untuk masa depan anak perempuan saya dan masa depan saya," katanya sambil menangis. [MK]

06 Jun 2015

6000 DI BUANG KERJA


Hari ini hari dia..
Esuk mungkin hari kita..
Hari ini kita tolong dia...
Esuk dia tolong kita..
Hari ini kita rasa selesa..
Kita tak perlu fikir mereka..
Bila kena batang hidung kita..
Baru kita rasa dukacita mereka..
Jom kita turun sama-sama..
Susah sama susah..
Senang sama senang..
Jangan lupa...
Kita kuli sahaja..
Hanya kita bantu diri kita..
Jom kita bersama mereka..
Ruang sedikit masa...
Bagi sokongan pada mereka..

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

05 Jun 2015

MASALAH & RUNGUTAN

Ahli-ahli yang ada masalah maupun rungutan atau ingin khidmat nasihat atau ingin mengemukakan pertanyaan boleh terus inbox Suara RUM atau telefon ibu pejabat RUM no 0322741107 atau Pemangku Setiausaha Agung RUM Sdr R.Subramaniam no telefon 0322745354 atau inbox Facebook Subramaniam Rum atau untuk belia boleh inbox Facebook Sdr Faizal  tora tora Tora-Tora Nak Mintak Izin

Sdr/i boleh juga meninggalkan pesanan dengan meninggalkan no telefon untuk dihubungi kembali.
In Syaa Allah kami berusaha untuk membantu.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

PERJANJIAN BERSAMA KE 8

Kini Ibu Pejabat RUM sedang membuat penelitian dan kajian untuk menyediakan draf Perjanjian Bersama (CA) yang ke 8.

Usaha gigih untuk menyediakan cadangan cadangan baru serta meningkatkan faedah yang sedia ada kepada lebih baik.

Kita mengambil kira pandangan yang diterima dari cawangan (sekiranya ada) dan usul yang dibentangkan dalam Persidangan Perwakilan.

Malah kita juga sedang menilai CA rakan Kesatuan Sekerja untuk kita pertimbangkan sekiranya bersesuaian dengan kehendak ahli-ahli RUM dan KTMB.

In Syaa Allah, Bengkel CA bagi merumus dan membuat keputusan oleh Majlis Exco akan diadakan pada bulan Ogos 2015, In Syaa Allah kita berharap akan menyerahkan Draf Perjanjian Bersama yang ke 8 kepada pihak pengurusan pada 1 Oktober 2015 seperti mana yang termaktub dalam CA iaitu penyerahan seawal 1 Oktober 2015.

RUM akan sentiasa berusaha yang terbaik untuk ahli-ahlinya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

04 Jun 2015

KEMELUT RUM DAH SELESAI

Sebelum ini RUM memberi tumpuan sepenuhnya kepada kemelut RUM, sehingga tidak dapat mengembelengkan tenaga atau menulis untuk isu - isu lain melibatkan pekerja atau melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja gabungan, kalau ada pun yang melibatkan dasar atau yang penting sahaja.



Alhamdulillah isu RUM selesai, maka ruang masa yang banyak yang ada boleh dikembangkan dengan membantu rakan-rakan kesatuan lain yang menghadapi dilema kemelut dalam arena kesatuan sekerja di samping tumpuan tetap tidak dilupakan menjalankan tanggungjawab seperti kini sedang membuat persiapan rapi untuk menyediakan draf Perjanjian Bersama yang ke 8.

RUM akan membantu rakan-rakan kesatuan sekerja atas sifat solidarity, masa RUM susah sedang menghadapi kemelut sahabat-sahabat RUM melalui rakan-rakan gabungan turun membantu, ini masanya pula dalam mereka menghadapi kesusahan, RUM pula membantu, RUM akan bersama mereka.

Susah sama susah... senang sama senang...

Cubit peha kiri... peha kanan terasa sakit...

Kami Gabungan Kesatuan Sekerja Saling Bantu Membantu....

WE ARE UNITY!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

SOLIDARITY


Tanda sokongan dan simpati pada pekerja MAS...

RUM menggalakkan ahli-ahli RUM menyertai candlelight anjuran NUFAM.



Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

03 Jun 2015

PETIKAN KOMEN DALAM SUARA RUM (di highlightkan)


Apa nak cakap lagi?
Kita pekerja... Kita kuli...
Kita tenguk sahaja...
Bukan kita yang kena....
Tadi ada seorang mesej saya sebut ayat "prihatin"..
Adakah ayat "prihatin" ini "valid" lagi zaman ini?
Sosial sudah terhakis...
Zaman jauh berubah...
Ayat zaman sekarang...
"Ada aku kesah"...
Adoiiiiiiiiii......
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

What is MTUC for?

Tertarik dengan desakan ini yang di hantar dalam group Whasapp!

What is MTUC for?

MTUC please...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

02 Jun 2015

PEMBANTU RUMAH INDONESIA TUNTUT GAJI RM 1200.00

Bila pembantu rumah Indonesia tuntut gaji RM 1200.00 ramai buka mata..
MTUC minta gaji minima seawal tahun 1998 iaitu RM 1200.00 hanya selepas 15 tahun... itu pun RM 900.00.

Cukup ke gaji minima RM 900.00?

Maka yang sesuai dalam peredaran semasa bukan lagi tuntutan RM 1200.00 tapi adalah RM 1500.00.

Dalilnya pembantu rumah Indonesia menuntut RM 1200.00 sedangkan pembantu rumah Indonesia ditanggung serba serbi... kalau dicampurkan dengan kos keseluruhan iaitu penginapan, makanan, utiliti dll maka tuntutan keseluruhan sebenarnya ialah RM2,000.00.

Maka kerajaan perlu meningkatkan gaji minima pekerja sebanyak RM 1500.00 melalui pindaan Akta Kerja bagi memastikan pekerja di negara ini mengimbangi perbelanjaan yang kian meningkat sesuai dengan tuntutan MTUC semenjak tahun 1998 iaitu gaji minima RM1200. 00 dan selepas 18 tahun maka tuntutan yang sewajarnya ialah RM 1500.00.

MTUC digesa terus berjuang meningkatkan gaji minima untuk pekerja di negara ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

MAS (PEMBUANGAN KERJA)

Apa perasaan anda...


Perasaan saya rasa sedih n sebak bila membaca kenyataan ini...
Kata orang... dapat 150K boleh meniaga... latihan diberikan... untuk faedah hospital dapat setahun... maka dia akan ambil tawaran ini...

Mungkin itu 1...2...3... 100... tapi ini 6000 pekerja... tak dapat bayangkan masa depan mereka...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

01 Jun 2015

PEMBUANGAN PEKERJA "MAS"

6000 pekerja MAS dibuang kerja mulai hari ini, sebenarnya tidak ramai... maka tak hairanlah Khazanah dan Syarikat Baru yang bakal ditubuhkan ini boleh buang kerja.

6000 pekerja MAS ini selepas dibuang kerja tak kesah sangat... sebab kerja kat luar banyak.. kalau yang dah kerja lebih 20 tahun tu... kerjaya pengawal keselamatan banyak.. (agaknya)

6000 pekerja ni tak kesah di buang kerja sebab mereka tiada keluarga... seorang diri...

6000 pekerja ni memang tiada perasaan... sbb mereka adalah robot...

Nasib seorang kuli.... siapa peduli...

Biarkan.... biarkan...

Adoiiiii....

Sedihnya.... Dimanakah perasaan kita sebagai seorang insan.... tidak kah kita terbayang kalau kita salah seorang dari mereka....

Semoga semua pekerja MAS tabah menghadapi cabaran ini... RUM simpati dan berdoa semoga masih ada jalan untuk mengatasi masalah ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Buang pekerja

Latest Info...
6,000 pekerja MAS telah menerima surat pemecatan hari ini...
Masalah setiap surat surat ada yang berlainan..sungguh memeningkan pekerja... kata Presiden Nufam...
-----------------------------------------------------------------------------------
RUM melahirkan rasa simpati dengan pekerja MAS!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB