10 Jun 2015

Virgin Group beri cuti bergaji setahun kepada pekerja baru bergelar bapa

BRANSON
ANTARA syarikat yang biasa dilabel sebagai 'mesra ibu bapa' ialah Facebook dan Google. Dan kini syarikat Virgin Group juga mengikuti jejak langkah untuk menjadikan syarikat berkenaan lebih bertimbang rasa dengan mereka yang bergelar ibu bapa.

Jika sebelum ini hanya ibu yang diberi cuti bersalin, nampaknya bapa juga kini diberi kelebihan yang sama.

Isnin lalu, pengasas Virgin, Sir Richard Branson dan Ketua Pegawai Eksekutif Virgin Management, Josh Bayliss, mengumumkan polisi syarikat berkenaan untuk memberi cuti bergaji sehingga setahun kepada pekerja lelaki yang baru menimang cahaya mata.

"Ini mencerminkan ketelusan syarikat dalam mengambil kira hal-hal berkaitan kesihatan dan kesejahteraan pekerja-pekerja kami," kata Bayliss.

Dalam polisi baru ini, pekerja yang berkhidmat dengan syarikat tersebut untuk tempoh kurang dua tahun akan menerima gaji sebanyak 25 peratus sepanjang tempoh bercuti, manakala mereka yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat tahun akan menerima gaji penuh.

Polisi ini turut membabitkan mereka yang mengambil anak angkat.

"Jika anda menjaga pekerja anda dengan baik, mereka akan menjaga perniagaan anda dengan baik juga.

"Saya juga seorang bapa dan seorang datuk, saya faham bagaimana sibuk dan pentingnya tahun pertama sebagai ibu bapa. Kerana itu, kami di Virgin sangat berbesar hati untuk menghadiahkan polisi ini supaya pekerja-pekerja kami dapat menikmati saat-saat indah sebagai ibu bapa," kata Branson. [AWANI]

Related Posts:

  • TERBARU UGUTAN PADA PERWAKILAN RUM (Part 2) Saya menyeru semua Perwakilan dan ahli-ahli RUM terus bersatu, jangan berpecah, tindakan ini adalah 100% salah dari segi undang-undang negara dan antarabangsa, sebagai Presiden RUM yang telah diamanahkan akan mengambil tangg… Read More
  • Nyata dan Jelas PERUNDANGAN PERJANJIAN BERSAMA Kenyataan telah jelas... PERATURAN KESATUAN Kenyataan telah jelas... AKTA KESATUAN SEKERJA Kenyataan telah jelas... AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN Kenyataan telah jelas... … Read More
  • TERBARU UGUTAN PADA PERWAKILAN RUM (Part 1) Saya telah menerima maklumat bahawa Presiden KTMB telah mengarahkan Pihak Pengurusan TMOD iaitu mengeluarkan Notis Tunjuk Sebab akan dikeluarkan kepada semua Perwakilan RUM yang telah meluluskan media rasmi Kesatuan Pekerj… Read More
  • SEMINAR RUM DI PORT DICKSON Seminar yang dijalankan baru-baru ini di Port Dickson dengan kehadiran penceramah hebat dalam mendekatkan diri mengenal erti Perjuangan Kesatuan Sekerja serta memahami hala tuju RUM. Ceramah ini mengunakan kos yang besa… Read More
  • "TUAN MOHAN" yang hebat Hebat "TUAN MOHAN" Pegawai TMOD yang menghasut pegawai-pegawai RUM samada dengan berjumpa atau menghubungi dengan telefon. Cakap macam bijak... sorry lah.. u bukan standard saya kalau nak menterjemahkan Peraturan Kesatu… Read More