21 Ogos 2016

SEKSYEN 500 KANUN KESEKSAAN (FITNAH) IPD DANG WANGI (Cerita Petang Semalam)

Admin dapat satu pelajaran mengenai Seksyen 500 KK ni... maknanya sesiapa yang buat fitnah, pihak polis boleh mendakwa, bagus untuk admin... hehe... admin sentiasa belajar... lepas ni... senang Admin nak buat lapuran polis pulak... hehe

Admin dah kene tuduh kerana membuat fitnah melalui lapuran polis yang dibuat oleh individu pegawai kanan KTMB  berdasarkan melalui Kertas Kerja Bersama Pusat dan Surat-surat Kesatuan yang ditandatangani oleh Admin selaku Presiden RUM. Semalam admin dipanggil oleh IPD Dang Wangi untuk buat keterangan, ditemani oleh Setiausaha Agung Rum.

Admin dah jelaskan kepada Pegawai Penyiasat IPD Dang Wangi berdasarkan peruntukan yang ada, malah Mantan Presiden SOA akan dipanggil kemudian.

Kesian pada yang membuat tuduhan kononnya  Presiden RUM membuat tuduhan peribadi kepada penyandang jawatan (pegawai kanan KTMB), bacalah undang-undang dengan betul, baca dokumen itu sampai abis, faham isi kandungannya, baca sekerat-sekerat, maknanya "hampeh", andai admin menulis dan menandatangani secara  peribadi, maka jawapannya YESS.. boleh buat tuduhan fitnah tapi kalau ada bukti & fakta tetap tidak boleh dikatakan fitnah, tapi kalau atas kapasiti Presiden RUM di bawah PERATURAN KESATUAN, sebahagian dari aktiviti-aktiviti Kesatuan Sekerja, seperti mana tertakluk di bawah Akta 177 & 262,  jawapannya... buat lawak antarabangsa... apatah lagi ianya mempunyai dalil @ fakta.

Kesian deh lu.... hehehe

Nak tanya juga, ada keizinan dari Presiden KTMB ke? sedangkan ianya adalah antara RUM dengan KTMB? sebab dokumen itu telah menjadi milik KTMB, makanya kelulusan Presiden KTMB diperlukan sebelum membuat lapuran polis, andai tanpa kelulusan Presiden KTMB, ianya secara langsung telah menjejaskan imej KTMB dan tindakan tatatertib hendaklah diambil.

Walaubagaimanapun... Admin sambut cabaran, biasalah pemimpin union, "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai" makanya orang dah bagi api... admin nak simbah minyak lagi... tenguk siapa yang tumbang... siapa yang tergadai seluar dalam, sebab admin tak kesah pun tinggal seluar dalam je.. maklumlah atas prinsip perjuangan... apa pun "aku tak kesah"... "ada aku kesah"... "lantak kau lah" hahaha

Admin (PRESIDEN RUM) pantang dicabar... bukan sombong... bukan bongkak.... tapi sebagai seorang "pemimpin kesatuan sekerja" ini semua permainan... macam kecik-kecil dulu... main guli... hahaha...

Mantan Presiden KTMB is nothing to me... U???? hahahaha...

We fight for our "right"...
Just for "workers"..
This our prinsip...
As "UNIONIST"
U KNOW?
WHAT IS UNIONIST?????

"I TAKE THE CHALLENGE!!!"

Kata SAHABAT...
SETIAUSAHA AGUNG RUM
SDR MANIAM

"KITA AKAN GEMBIRA, WALAUPUN DIPENJARA"

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • KENYATAAN TERBUKA (MEDIA)Adalah diingatkan bahawa mana-mana pekerja (khususnya ahli-ahli RUM) yang tertakluk dengan Prosedur Tindakan Tatatertib tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terbuka melalui sebarang media/facebook/komen atau memasukkan sebar… Read More
  • SEMUA GRED SAMASejujurnya RUM simpati dengan penyelenggara landasan, walaupun RUM berjaya upgrade mereka dari Penyelenggara Am ke Penyelenggara Landasan pada CA 2, tapi mereka masih bergaji rendah, gaji minima RM 900.00. Ramai yang tidak pa… Read More
  • DOKUMEN SURAT/ PEKELILING & WARTA KERAJAAN 1992 PERBADANAN ASET KERETAPIDi bawah ini dipetikkan kandungan surat yang akan dihantar hari ini kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia dan semua yang berkaitan dengan KTMB, antara fakta melalui dokumen yang tersimpa… Read More
  • TAHNIAH RUM rakamkan ucapan TAHNIAH kepada Ybhg Dato' Sarbini Tijan Presiden KTMB, Encik Kholel Pengurus Besar Komuter, Jurutera-jurutera, semua pegawai kanan EMU dan khususnya pekerja-pekerja EMU yang berjaya 'RE-ENGINEERING set ko… Read More
  • SEMUA GRED SAMA KITA IBARAT KELUARGA Part 2Semua GRED ADALAH SAMA, tiada beza, tiada kurang, tiada lebih, mereka semua dengan satu matlamat memajukan KTMB, dari peringkat atas sampai ke bawah, kita ibarat satu keluarga, kita  adalah "warga KTMB". KTMB dalam keada… Read More