03 Ogos 2016

PERANCANGAN KARGO (PT 6) MODAL BESAR

Syarikat luar yang cuba mewujudkan (SECOND OPERATOR) betul ke ada wang sebanyak 1.5B - 2B Ringgit Malaysia? kalau ada dalam tangan itu luar biasa, kalau tiada maka ianya melalui PINJAMAN BANK.

Maka yang boleh diandaikan ialah melalui Pinjaman Bank, maka syarikat ini sangat berani mengeluarkan proposal untuk membuat "second operator" malah dengan yakin @ percaya pihak BANK mampu memberi pinjaman sebanyak itu. Makanya ahli perniagaan ini sangat bijak mencari peluang perniagaan dan mampu memperoleh keyakinan BANK untuk mendapatkan pinjaman.

Adakah KTMB tidak mampu melakukan seperti mana syarikat berkenaan lakukan? Ini persoalan...

Perlu disedari tujuan KTMB diswastakan dengan hasrat mengembangkan perniagaannya dengan lebih luas berkonsepkan "PENGSWASTAAN", sehingga hari ini, KTMB dilihat gagal malah mengalami kerugian setiap tahun kerana tidak mampu mengolah perniagaan yang sedia ada sebaliknya bergantung kepada Kerajaan semata-mata.

Dari kacamata RUM, persoalan yang dibangkitkan di atas perlu dikaji secara mendalam untuk menilai kelemahan dari sudut dalaman dan luaran, dengan tujuan memperbetulkan langkah dan mengembalikan arah ke landasan yang betul.

Pada RUM, andai syarikat luar itu mampu menyakinkan pihak BANK untuk mendapatkan pinjaman mengapa KTMB tidak? Tiada yang mustahil, RUM yakin KTMB mampu lakukan...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • PERANCANGAN KARGO (PT 3) MAKLUMAT BARUMengikut maklumat yang baru diterima semalam (belum dapat disahkan) ada syarikat yang telah memberi "proposal" kepada pihak berkuasa, antara lain hasrat syarikat berkenaan hendak membeli 50 buah lokomotif dan membawa masuk 20… Read More
  • PERANCANGAN KARGO (PT 6) MODAL BESARSyarikat luar yang cuba mewujudkan (SECOND OPERATOR) betul ke ada wang sebanyak 1.5B - 2B Ringgit Malaysia? kalau ada dalam tangan itu luar biasa, kalau tiada maka ianya melalui PINJAMAN BANK. Maka yang boleh diandaikan ialah… Read More
  • PERANCANGAN KARGO (PT 4) SEBUKMungkin ada orang kata, apa lah RUM sebuk-sebuk, biarkanlah.. syarikat luar ni buat multiple operator, peluang kerja pun ada, boleh jadi saingan yang sihat... Mungkin kenyataan di atas ada kebenarannya, tapi siapa yang untung… Read More
  • PERANCANGAN KARGO (PT 2) (PEMBELIAAN LOKOMOTIF DAN WAGON)Kita menyedari bahawa KARGO boleh dianggap sebagai punca pendapatan utama KTMB, maka usaha mengerakkan pengangkutan Kargo melalui REL perlu digerakkan secara intensif, purata pengangkutan Kargo melalui REL hanya sekitar 3%, m… Read More
  • PERANCANGAN KARGO (PT 5) PELUANG PERNIAGAAN (BUSINESS OPPORTUNITY)Syarikat luar yang berminat untuk "Multiple Operator" atau "second operator", sanggup mengeluarkan modal sebanyak 1.5B - 2 B Ringgit Malaysia. Bukan sikit-sikit duit... Kenapa mereka mampu keluar duit sebanyak itu? Kerana mer… Read More