Cuba lihat apa yang berlaku di Sentul Pasar, pembangunan tanah keretapi, mana dia RAILWAY VILLAGE? sampai sekarang tak naik-naik.. semua pekerja yang mendiami kuarters diarah keluar..
Rumah kuarters yang tinggal di Sentul (tak banyak lah) datang penghuni baru terus mendiami kuarters tersebut... dah jadi setinggan, dia orang tak keluar-keluar, macam-macam usaha dilakukan.. tetap tak keluar, hanya baru-baru ini sahaja dia orang bersetuju nak keluar (tak pasti) selepas 20 tahun.. pekerja KTMB pula senang-senang diarah keluar dari rumah kuarters... adeiiii....
Sekarang ingat nak sesenang itu..? main arah-arah keluar... ingat apa...? RUM wujud lagi... RUM belum mati.. jangan main langgar...
Duk bincang eluk-eluk... datang berdepan dengan RUM, itu pun cadangan pengurusan KTMB nak jemput JKR, RAC n Kontraktor yang terlibat, RUM mengalu-alukan kehadiran semua pihak, kenapa mesyuarat yang baru ni tak datang... adeiiii...
Saya dah lama tak datang Mesyuarat semua dah serah kepada pegawai utama yang lain... kali ni saya benar-benar nak datang... nak berkenalan... datang dengan baik... akan disambut dengan sangat baik... kalau datang macam perompak.. RUM bersedia nak jadi Perompak.
Usik ahli-ahli RUM... itu maksudnya usik RUM... siapa RUM... RUM adalah KITA... siapa KITA... Pemimpin dan ahli-ahli RUM.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
18 Ogos 2016
Home »
» PERBADANAN ASET KERETAPI LAGI..
RUMAH KUARTERS SENTUL PASAR
PERBADANAN ASET KERETAPI LAGI.. RUMAH KUARTERS SENTUL PASAR
Khamis, Ogos 18, 2016