04 Ogos 2016

PERANCANGAN KARGO (PT 9) KELEMAHAN LUARAN

RUM tidak berniat menyatakan kelemahan luaran secara terbuka dan terperinci, biarlah ianya secara rambang, terserah pada mereka memikirkan persepsi, samada persepsi itu positif maupun negatif.

Kelemahan luaran ini cukup luas merangkumi Kementerian Kewangan (MoF), Kementerian Pengangkutan (MoT), SPAD, PEMANDU dan lain-lain.

Mereka tidak melihat kepentingan Kargo kepada KTMB, Negara maupun kepada rakyat amnya, kalau ada yang melihat dan berminat kini adalah (MoT), kenapa melihat dan berminat, biasalah KTMB lombong emas.

Sikap biokrasi dikalangan di atas sangat tinggi, kata mereka perlu didengari dan dipatuhi, wahyu akan datang dengan tiba-tiba, kalau tak dengar.. alamatnya "pendek umur". Inilah antara masalah besar yang akan dihadapi oleh semua Pengarah Urusan atau sekarang dikenali Presiden KTMB.

Masalah begini akan menyebabkan siapa sahaja menjawat jawatan Presiden KTMB akan bermasalah, malah Pegawai-pegawai kanan KTMB tidak berani menongkah arus, sebaliknya menerima serta akur dengan kehendak mereka, maka boleh dianggap siapa yang terlibat maka akan jadi "PAK ANGGUK", saya sendiri diminta jadi "PAK ANGGUK", sorrylah saya dilantik oleh ahli-ahli RUM, kuasa saya terhad, kuasa yang ada milik Majlis Exco RUM.

Pandangan RUM sikap "PAK ANGGUK" perlu dikikis dan dibuang terus, perlu berani menongkah arus untuk kepentingan KTMB, kerana inilah tanggungjawab dan amanah yang diberikan, kebenaran tetap kebenaran, pertahankan kebenaran demi mempertahankan hak KTMB, kalau nak MAJU, sekiranya tidak... maka KTMB akan terus kekal begini, terus dipersalahkan malah satu hari KTMB mungkin tersembam di bumi Malaysia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB