16 Ogos 2016

KENYATAAN@KOMEN DALAM MEDIA SOSIAL (FACEBOOK)

RUM ingin menasihatkan sekali lagi pada semua ahli-ahli RUM jangan sesekali mengeluarkan kenyataan atau komen yang menyentuh Pengurusan KTMB atau KTMB. RUM telah berulangkali menasihatkan ahli-ahli RUM, dukacitanya masih ada yang membuat sedemikian.

Tindakan sedemikian boleh diambil tindakan tatatertib sehingga DIBUANG KERJA.

Setiap rungutan atau rasa tidak kepuasan hati atau ingin mendapatkan penjelasan boleh menghubungi pegawai-pegawai RUM atau saya sendiri melalui inbox atau beri nama atau no perkhidmatan untuk saya masukkan dalam group whatsapp ahli RUM, di group whatsapp ahli RUM setiap aduan, rungutan kita akan bagi penjelasan yang lebih tepat secara tertutup.

Justeru itu RUM mengulangi JANGAN membuat kenyataan atau komen secara terbuka dalam mana-mana media sosial.

Setiap ahli yang berhasrat membuat KOMEN dalam Suara RUM perlu kearah lebih bijaksana tanpa ada cetusan yang boleh menjejaskan Imej Syarikat. RUM lebih galakkan "LIKE & SHARE" sahaja.

Hanya RUM melalui SUARA RUM sahaja yang dibenarkan melalui peruntukan undang-undang, SUARA RUM  penandatangan jawatan dalam RUM, pegawai-pegawai RUM mempunyai imuniti seperti mana tertakluk dalam Akta.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB