21 Ogos 2016

SEKSYEN 500 KANUN KESEKSAAN (FITNAH) PT2 MAJLIS BERSAMA PUSAT

Kesahnya mungkin bermula melalui Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Majlis Bersama Pusat pada 24 Nov 2015

Majlis Bersama Pusat adalah Badan Perundingan Peringkat Tertinggi antara Pekerja dan Pengurusan Tertinggi KTMB, Pekerja diwakili oleh RUM dan SOA.

Pengerusi Majlis Bersama Pusat adalah Presiden KTMB manakala Naib Pengerusi Bersama Pusat adalah Presiden RUM manakala Setiausaha Bersama adalah seorang dari pengurusan dan seorang lagi Setiausaha Agung RUM.

Kertas Kerja yang dibentangkan oleh pegawai RUM pada Mesyuarat Majlis Bersama Pusat telah diperakukan oleh Presiden KTMB dan semua pengurusan KTMB tanpa ada bantahan.

Berdasarkan perakuan tanpa bantahan ianya boleh membawa maksud Kertas Kerja itu diterima oleh semua pihak, makanya tuduhan yang dikatakan fitnah adalah tidak berasas, sekiranya ada bantahan, maka perdebatan akan berlaku berdasarkan hujah kedua-dua pihak bagi menilai kebenaran, dukacita tertuduh tidak hadir mungkin untuk mengelak berhujah dengan pihak RUM.

Berdasarkan juga perakuan yang diberi maka Kertas Kerja itu telah menjadi satu keputusan untuk pihak pengurusan KTMB mengambil tindakan kerana ianya telah menjadi hak persetujuan bersama, maka kertas kerja itu secara rasminya adalah hak milik KTMB, apatah lagi ianya keputusan Majlis Bersama Pusat.

Maka mana-mana pegawai kanan KTMB yang mengangkat dokumen ini sebagai bukti untuk membuat lapuran polis secara otomatis mencabar Presiden KTMB dan KTMB itu sendiri.

Justeru tindakan tatertib sehingga "DIBUANG KERJA" hendaklah diambil kerana menolak, meragui dan hilang kepercayaan dan menjejaskan imej  Presiden KTMB dan KTMB

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB