Teringat... bila Mantan Presiden KTMB mengunakan khidmat peguam untuk menyaman kepimpinan RUM atas alasan kenyataan dalam Suara RUM.
Peguam mengarahkan RUM memohon maaf selama 3 bulan berturut-turut dalam Suara RUM melalui "DEFAMATION LETTER" dan hendaklah menjawab surat tersebut dalam tempoh 7 hari.
Pihak RUM menjawab dengan menyatakan bahawa buat masa ini tidak dapat menjawab surat kerana bukan bidang kuasa kepimpinan RUM malah ketika Mesyuarat Exco telah pun berakhir atau tiada lagi Mesyuarat Exco kerana Persidangan Perwakilan telah dijadualkan, pihak RUM menyatakan bahawa jawapan akan diberikan selepas Persidangan Perwakilan kerana pada tika itu kuasa mutlak hanya ada pada Persidangan Perwakilan.
Peguam membalas kembali dengan mengatakan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi kerana tiada dokumen bukti dan memberi tempoh selama 3 hari untuk menjawab.
Yang bestnya... surat ke dua(2) dihantar dirumah pada hari Ahad oleh pengantar surat syarikat peguam tersebut, saya menolak dengan baik dengan alasan hari Ahad hari Cuti, maka saya tidak akan terima dan meminta pengantar surat tersebut mengantar pada waktu pejabat di pejabat RUM, agak kasar juga pengantar surat tersebut dengan mengatakan bahawa ini surat peguam mestilah diterima, saya tetap mengatakan tidak, pengantar surat menelefon seseorang, selepas itu beredar, saya senyum sahaja.
Pihak RUM telah menjawab dan mengepilkan sesalinan perlembagaan dan Notis Persidangan Perwakilan sebagai dokumen bukti seterusnya surat tersebut disesalinankan kepada Majlis Peguam "BAR COUNSIL".
Pihak RUM tersenyum sahaja, kerana sedar peguam berkenaan hanya mengikut kehendak "client", sedangkan pihak RUM yakin peguam tersebut sedar bahawa RUM tidak boleh di SAMAN.
Pada akhirnya tiada sebarang surat dikeluarkan walaupun Persidangan Perwakilan telah tamat.
RUM ketika itu adalah salah seorang Panel Siasatan Dalamam Bar Counsil, maka tak banyak sedikit RUM tau seluk beluk hal ehwal undang-undang mengenai peguam.
Hairan dia orang ingat RUM ni senang-senang je nak "makan"... hehe... tak kecut perut langsung... duk gelak adalah... hehe
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
11 Ogos 2016
Home »
» MEMORI - DEFAMATION LETTER (SAMAN) ZAMAN MANTAN PRESIDEN KTMB
MEMORI - DEFAMATION LETTER (SAMAN) ZAMAN MANTAN PRESIDEN KTMB
Khamis, Ogos 11, 2016
Related Posts:
KEAHLIAN / SIASATAN DALAMAN JOM SERTAI RUMRUM sedar masih ramai yang tidak menjadi ahli samada tidak memahami apa itu Kesatuan Sekerja atau mungkin termakan hasutan @ fitnah dari puak-puak yang tidak gemar dengan RUM. Kepada pekerja "bukan eksekutif" KTMB samada yang… Read More
Happy Deepavali… Read More
BELANJAWANKalau kita baca cara positif maka jawapannya positif, andai kita baca cara negatif maka jawapannya negatif, maka Allah Swt bagi kita akal untuk berfikir.. fikirlah.. ini je komen RUM.… Read More
ITF unions support call for public operation of Seoul Metro Line 9 ITF unions support call for public operation of Seoul Metro Line 9 … Read More
PERASMIAN STESEN ABDULLAH HUKUM SERAH SURAT PADA YB MENTERI PENGANGKUTANRUM merakamkan terima kasih atas kesudian menjemput kepimpinan RUM untuk menghadiri Majlis Perasmian Stesen Keretapi Abdullah Hukum. RUM juga mengambil kesempatan menyerahkan surat kepada Yb Menteri Pengangkutan sendiri dalam… Read More