Seperti kenyataan yang lepas (PT 2), proposal masuk dengan mencadangkan peluang-peluang perniagaan yang boleh diambil oleh Syarikat luar, pihak pengurusan KTMB terus menerima, apatah lagi ada "remark" dari "wahyu" maka lagi laju terima.
Sepatutnya pengurusan KTMB "menolak" semua proposal berkenaan, berdasarkan kemampuan dan keupayaan yang telah dilakukan oleh pekerja, pihak pengurusan sendiri sewajarnya boleh menilai tahap kemampuan dan kebolehan pekerja dalan sesuatu tugas yang diberikan samada dari sudut operasi maupun teknikal.
Berdasarkan kemampuan dan kebolehan yang ada, kita mampu melakukan, waima dari sudut teknikal kecuali kerja-kerja yang memerlukan teknologi tinggi yang pekerja belum lagi terdedah atau kekurangan experties dalam sesuatu kerja.
Dari "track record" yang ada pekerja-pekerja KTMB sangat berkebolehan dan berkemampuan malangnya seolah-olah kebolehan dan kemampuan ini tidak diiktiraf sehingga terwujudnya idea "mengoutsorcekan", malah kerja-kerja yang dilakukan samada di bawah operasi maupun teknikal adalah kerja "rutin" dan bukan sesuatu yang baru atau berteknologi tinggi.
Sekiranya ada kekurangan ianya terletak kepada pengurusan itu sendiri, kalau pengurusan itu lemah, maka ianya hendaklah ditukarkan dengan digantikan yang lebih baik. Sekiranya tiada maka keluarkan iklan kepada orang luar untuk mengambilalih tempat atau membawa masuk "experties" yang boleh mengurus dengan baik samada dari sudut operasi maupun teknikal.
Pengurusan KTMB perlu melihat jauh kehadapan dengan menyambut setiap cabaran yang ada, bukannya mengambil mudah sehingga "mengoutsorcekan" kerana implikasinya ialah "memasukkan pasir keperiuk nasi pekerja".
Sikap "makan gaji" perlu dibuang jauh-jauh, sebaliknya tanam sifat "KTMB NI BAPAK AKU YANG PUNYA", jangan sesekali menjual KTMB.
Mesy EXCO RUM sendiri telah memutuskan akan mempertahankan KTMB, justeru itu sebarang usaha "mengoutsorcekan" mana-mana jabatan dalam KTMB akan mendapat tentangan dari RUM.
RUM akan menghantar MEMORANDUM kepada YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA mengenai perkara ini.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
16 Ogos 2016
Home »
» KERANI KAUNTER OUTSORCE (AKHIR)
KELEMAHAN/TENTANGAN DARI RUM
KERANI KAUNTER OUTSORCE (AKHIR) KELEMAHAN/TENTANGAN DARI RUM
Selasa, Ogos 16, 2016
Related Posts:
PERJUANGAN BELUM SELESAI! RUM tidak pernah berdiam diri, Presiden KTMB adalah "SETERU UTAMA" RUM, perlu disingkirkan dari KTMB! Tidak berfaedah sama sekali menyimpan seorang "yang berniat jahat", terus berada dalam KTMB! Penindasan dan Kezalima… Read More
Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja Kita (RUM) sentiasa berusaha menjalinkan hubungan yang baik, prinsip "KEHARMONIAN PERUSAHAAN" menjadi pegangan, dalilnya zaman mantan-mantan Pengarah Urusan KTMB dan semua Pengerusi KTMB saling hormat menghormati, sentiasa… Read More
PROGRAM KELUARGA KTMB 2014 Satu usaha yang baik, sangat di alu-alukan bagi merapatkan hubungan di antara Majikan dan Pekerja. Namun RUM banyak menerima rungutan bila mana Hari Pekerja KTMB pada 22 Disember 2014 hanya untuk pekerja yang bergaj… Read More
CERITA PAGI TADI Pagi tadi aku berborak dengan seseorang, yang nak jumpa aku, kiranya "breakfast appointment" lah.... Bila dia bercerita, aduh... rupanya ramai lagi CEO bermasalah, termasuk seseorang yang sangat besar jawatannya dalam .… Read More
LAWATAN ITF KE IBU PEJABAT RUM Terima kasih kepada Bro Mahendra Sharma Setiausaha Agung International Transport Federation Asia Pacific Regional yang hadir ke Ibu Pejabat RUM untuk mendapatkan lapuran tentang "kemelut RUM". Pihak RUM telah memberi pe… Read More