TMO adalah sebuah jabatan yang merangka Plan Transformasi KTMB, sudah tentu skop peranan dalam merangka Plan Transformasi khususnya Kerani Kaunter dalam mencari penambahbaikan dengan idea-idea "inovatif" yang mampu membawa kecemerlangan dari sudut peranan Kerani Kaunter.
Bila Jabatan Transformasi mencetuskan kajian untuk menilai dan mengkaji kos perbelanjaan pekerja khususnya Pengurusan/Pekerja Kerani Kaunter, RUM melihat bahawa cetusan ini sebagai "MISKIN IDEA" telah menyimpang jauh dari tafsiran TRANSFORMASI, mungkin setengah pihak beranggapan ianya sebahagian TRANSFORMASI, RUM beranggapan Transformasi ini mengambarkan bahawa Jabatan Transformasi tidak mampu mencetuskan idea yang lebih "inovatif" sebaliknya "ambil mudah".
Sifat "ambil mudah" yang dicetuskan adalah sangat merugikan KTMB sebaliknya boleh mencetuskan pembaziran yang ketara melalui kewujudan Jabatan Transformasi yang sepatutnya sebagai sebuah jabatan pencurahan idea yang inovatif atau tempat kajian yang mampu membawa keluar dari kemelut kejatuhan.
Justeru itu RUM berharap Jabatan Transformasi perlu berubah sikap dari bekerja "ambil mudah" kepada kerja yang "lebih serius", perlu melihat kehendak manusia (pekerja) syarikat (KTMB) jangka pendek dan panjang.
Sewajarnya Jabatan Transformasi perlu berfikaran jauh merancanakan KTMB sebagai sebuah organisasi pengangkutan tertua malah mampu bersaing dengan hebat sehingga mencapai kejayaan.
RUM menasihatkan Jabatan Transformasi baca kembali sejarah KTM sejak tahun 1885 bagaimana ianya sebuah pengangkutan rel dengan perniagaan yang cukup luas malah sepatutnya KTMB bukan dikecilkan tapi menjadi sebuah perniagaan yang hebat malah lebih besar berbanding sejarahnya.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
15 Ogos 2016
Home »
» KERANI KAUNTER OUTSORCE (PT 4)
TRANSFORMATION MANAGEMENT OFFICE (TMO)
KERANI KAUNTER OUTSORCE (PT 4) TRANSFORMATION MANAGEMENT OFFICE (TMO)
Isnin, Ogos 15, 2016
Related Posts:
DOKUMEN SURAT/ PEKELILING & WARTA KERAJAAN 1992 PERBADANAN ASET KERETAPIDi bawah ini dipetikkan kandungan surat yang akan dihantar hari ini kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia dan semua yang berkaitan dengan KTMB, antara fakta melalui dokumen yang tersimpa… Read More
TAHNIAH RUM rakamkan ucapan TAHNIAH kepada Ybhg Dato' Sarbini Tijan Presiden KTMB, Encik Kholel Pengurus Besar Komuter, Jurutera-jurutera, semua pegawai kanan EMU dan khususnya pekerja-pekerja EMU yang berjaya 'RE-ENGINEERING set ko… Read More
SEMUA GRED SAMASejujurnya RUM simpati dengan penyelenggara landasan, walaupun RUM berjaya upgrade mereka dari Penyelenggara Am ke Penyelenggara Landasan pada CA 2, tapi mereka masih bergaji rendah, gaji minima RM 900.00. Ramai yang tidak pa… Read More
SEMUA GRED SAMA KITA IBARAT KELUARGA Part 2Semua GRED ADALAH SAMA, tiada beza, tiada kurang, tiada lebih, mereka semua dengan satu matlamat memajukan KTMB, dari peringkat atas sampai ke bawah, kita ibarat satu keluarga, kita adalah "warga KTMB". KTMB dalam keada… Read More
SIAPA RUMSiapa RUM? RUM adalah nama timang-timangan dan nama sebenarnya ialah Railwaymens Union of Malaya atau bahasa Malaysianya Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB. Kenapa bahasakan diri RUM? Sebab tulisan yang tertulis dalam Suara RUM me… Read More