20 Ogos 2016

PERSEPSI @ TAFSIRAN YANG BERBEZA

Bukan mudah nak menulis sesuatu, setiap penulisan secara terbuka perlu berhati-hati, kadang-kadang tersilap juga, walaupun draf dibaca berulangkali bagi mengelakkan kesilapan.

Niat dihati maksudnya lain, pembaca yang membaca membuat kesimpulan lain, ini yang boleh mewujudkan masalah.

Malah RUM jarang sekali nak menjawab komen-komen secara terbuka, sebaliknya akan menjawab secara tertutup (inbox) kerana ada perkara yang boleh dijawab secara terbuka, ada perkara tidak boleh, tambahan kenyataan RUM ada yang berunsur tersirat atau kenyataan hanya bersifat "umum" tidak specifik atau bersifat andaian bagi mengelak tuduhan.

Setiap olahan ayat yang melibatkan dengan pihak yang tiada kaitan dengan RUM, perlu sangat berhati-hati, bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil, kecuali pihak-pihak yang dibenarkan melalui undang-undang.

RUM juga banyak menasihatkan ahli-ahli berhati-hati mengeluarkan kenyataan atau komen secara terbuka yang boleh menimbulkan implikasi kepada diri sendiri.

Justeru setiap kenyataan Suara RUM lebih berunsur kenyataan yang berkait dengan kenyataan sebelumnya, setiap kenyataan perlu dibaca sepenuhnya disamping mengikuti setiap penulisan RUM, maka bila baca sekerat-kerat boleh menimbulkan persepsi yang tidak sihat, malah setiap kenyataan yang agresif yang dikeluarkan berdasarkan "fakta dan tempoh" sesuatu isu sehingga terpaksa dikeluarkan dalam Suara RUM.

Jadi nasihat RUM pada ahli-ahli RUM samada nak keluar sebarang kenyataan maupun komen perlulah berhati-hati kerana ianya penulisan "black n white" yang boleh menimbulkan persepsi atau tafsiran yang berbeza sehingga boleh diambil tindakan undang-undang, menunjukkan kebodohan diri sendiri @ "menjerat tengkuk" malah menjerumuskan kehancuran kepada organisasi yang dianggotai atau dipimpin.

Sebaiknya elakkan membuat kenyataan atau sebarang komen yang boleh menimbulkan implikasi kepada diri sendiri kecuali ianya menguntungkan organisasi atau pekerja keseluruhan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.


Related Posts:

  • Kacang Lupa KulitSalam satu Malaysia.. Salam Sayang buat warga KTMB.. Baru memangku, dah memuat komen sebegini.. Jelas, selaku warga KTMB, ANDAI TIDAK PANDAI MENJAGA SENSITIVITI ORANG LAIN, saya rasa lebih baik "TUTUP MULUT".. Itu lebih MOLEK… Read More
  • DALAM SETANDAN KELAPA TAK SEMUANYA BAIKRUM akui dalam setandan kelapa tak semuanya baik, walaupun dihati kecil RUM mahukan semua terbaik, waima pengurusan sehingga pekerja, kerana tak semua baiklah maka kerana nila setitik rosak susu sebelanga. RUM merayu pada sem… Read More
  • SIAPA KTMB?SIAPA KTMB? KTMB terdiri dari:- 1. Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB 2. Semua Lembaga Pengarah KTMB 3. Semua Pengurusan KTMB dari Pengurus Besar hingga Eksekutif 4. Semua Bukan Eksekutif. Maka yang akan mempertahankan KTMB itu … Read More
  • PROTON GAGAL PROJEK TUN RNAARUM tertarik dengan kenyataan ini satu keberanian kerajaan menyatakan bahawa Proton atas usaha Kerajaan telah dikatakan "GAGAL" dan ia adalah cetusan idea Tun Mahathir, RUM sangat mengalu-alukan kenyataan ini. Bukan sesuatu y… Read More
  • PERMOHONAN MAAF WAN AHMADRUM sangat berbesar hati dengan permohonan maaf secara terbuka oleh Sdr Wan Ahmad terhadap  komen beliau dalam Astro Awani, pihak RUM menyedari bahawa umum tidak mengetahui masalah yang berlaku dalam KTMB semenjak KTMB d… Read More