Syarikat luar yang berminat untuk "Multiple Operator" atau "second operator", sanggup mengeluarkan modal sebanyak 1.5B - 2 B Ringgit Malaysia. Bukan sikit-sikit duit...
Kenapa mereka mampu keluar duit sebanyak itu? Kerana mereka nampak peluang perniagaan (business opportunity), mereka sedar bahawa perniagaan kargo boleh meraih keuntungan.
Kenapa KTMB tidak nampak? atau KTMB tidak sedar? kat sinilah perlu diteliti dan dikaji, kalau orang luar nampak, RUM sendiri mengeluarkan proposal cadangan pada tahun 2012 cadangan mewujudkan multiple operator, manakala Kementerian Pengangkutan "ceduk @ ciplak" idea RUM sedangkan KTMB masih terkapai-kapai mencari hala tuju...
Mesejnya mudah kalau orang luar nampak boleh buat untung dan mampu buat untung... mengapa KTMB tidak mampu lakukan? jawapannya KTMB mampu lakukan...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
# Semua siri Perancangan Kargo akan terus bersambung sehingga dikatakan TAMAT, oleh kerana ayat "KTMB masih terkapai-kapai mencari hala tuju..." mungkin akan menimbulkan persepsi, pihak RUM belum mengolah lagi, justeru itu elakkan persepsi.
02 Ogos 2016
PERANCANGAN KARGO (PT 5) PELUANG PERNIAGAAN (BUSINESS OPPORTUNITY)
Selasa, Ogos 02, 2016
kargo
Related Posts:
PERANCANGAN KARGO (PT 8) (KELEMAHAN DALAMAN)RUM tidak berniat untuk "menghighlightkan" Kelemahan Dalaman secara terbuka walaupun semenjak RUM menulis mengenai topik KARGO, ramai yang inbox RUM memaklumkan kelemahan yang berlaku, RUM sendiri mengakui dan tidak menolak K… Read More
PERANCANGAN KARGO (PT 11) KEYAKINANRUM memberi keyakinan sepenuhnya kepada YBhg Dato Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB dalam mengorak langkah memajukan perniagaan Kargo. RUM yakin bahawa YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB akan mempertahankan Kargo d… Read More
PERANCANGAN KARGO (PT 9) KELEMAHAN LUARANRUM tidak berniat menyatakan kelemahan luaran secara terbuka dan terperinci, biarlah ianya secara rambang, terserah pada mereka memikirkan persepsi, samada persepsi itu positif maupun negatif. Kelemahan luaran ini cukup luas … Read More
PERANCANGAN KARGO (AKHIR)Cukup sampai disini penulisan RUM mengenai KARGO, tulisan RUM diharapkan pihak Pengurusan KTMB dan semua yang berkaitan faham mesej RUM, ianya tidak secara detail, tapi secara tersiratnya mungkin membawa maksud mendalam. RUM … Read More
PERANCANGAN KARGO (PT 10) IDEAKalau YBhg Dato Abdul Radzak Abdul Malek boleh mencetuskan idea "LAND BRIDGE", maka pasti ada seseorang yang boleh juga mencetuskan idea. Mungkin kenyataan RUM ada yang tersinggung dari sudut negatifnya, tapi dari sudut posit… Read More