27 Ogos 2016

MAINTENANCE, REPAIR & OVERHAUL(MRO)

Menarik sekali kenyataan YBhg Datuk Seri Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan.

"MOT nak buat MRO supaya KTMB untung, KTMB sebagai Operator"

"Pengurusan KTMB tidak mampu menjana pendapatan KTMB, peluang telah diberi"

RUM telah pun jelaskan bahawa dalam soal ini, RUM sentiasa memantau pengurusan, menyedarkan betapa pentingnya meningkatkan pendapatan dengan mencari peluang-peluang perniagaan, malah sanggup berperang dengan dua (2) mantan Presiden KTMB sehingga 97 pemimpin dan ahli kesatuan sekerja dibuang kerja kerana dalam hal ini pekerja tidak bersalah dan tidak sewajarnya pekerja jadi mangsa.

KTMB mampu melakukan sesuatu untuk memulihkan KTMB, tetapi KTMB sentiasa jadi mangsa keadaan berdasarkan pembelian set-set keretapi yang tidak berkualiti.

YBhg Dato Sarbini Tijan Presiden KTMB sedang berusaha kearah itu, beri peluang, cuma jangan banyak campur tangan dari pihak luar khususnya kontraktor yang sangat berminat memberi proposal untuk ambil jabatan tertentu atau mengwujudkan "second or third operator", walaupun dianggap saingan itu baik, tetapi dengan landasan yang ada hanya dua (2) hala akan menganggu operasi tren malah akan menyebabkan KTMB diperkecilkan.

Pekerja juga akan kehilangan faedah yang ada khususnya apa yang terkandung dalam CA sekiranya ia diserapkan dalam syarikat-syarikat tertentu malah belum tentu syarikat berkenaan mengambil mana-mana pekerja berkemungkinan pembuangan kerja akan berlaku.

Sewajarnya kajian perlu dibuat bagaimana skop perniagaan KTMB lebih berkembang, andai sejarah KTMB cukup bagus satu ketika dulu, kenapa hari ini, kita tidak mampu melakukan sebaliknya mencetuskan idea pengecilan sehingga KTMB hanya sebagai operator.

RUM hanya nampak bahawa teknik yang dilakukan ini adalah untuk kepentingan pihak tertentu tetapi bukan untuk kepentingan rakyat dan negara.

Dalam pertemuan semalam, YBhg Datuk Seri Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan boleh digambarkan amat memahami apa yang telah dijelaskan, malah RUM juga bagi sedikit contoh bahawa pemulihan dapat dilakukan sekiranya pihak pengurusan KTMB  bersungguh-sungguh melakukan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • yang bertanya... Ada yang bertanya... Apa itu RUM? RUM itu adalah nama manja atau nama timang-timangan atau singkatan dari RAILWAYMAN UNION OF MALAYA atau Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB. Siapa Adminnya? Adminnya adalah Abdul Razak Md Hassan y… Read More
  • BELANDA DAPAT TANAHMacam nilah... apa nak ckp... berlagak semacam.... pusing kiri... pusing kanan.. kira sana.. kira sini... ukur sana... ukur sini... pacak sana... pacak sini... "INI AKU YANG PUNYA"... hahaha... Bila-bila masa boleh debat deng… Read More
  • KETEGASAN RUMINGATAN KEPADA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN PIKET Nak bagitau kat SEMUA AHLI-AHLI RUM.. tenguk Depoh KL Central... dah kena tutup... lepas ni Gemas... ugutan nak tutup Tumpat... dengar citer Depoh KL Central nak sewa kat satu sya… Read More
  • Menjana Pendapatan KTMBUtk info sebenarnye da 11tahun keadaan stsen komuter btg benar ni aku peratikan.. Setakat yg aku kerja ni ade dua kali cubaan company luar utk amik amik business parking kat sini.. Td merupakan kali kedua..so mksdnye dgn kerj… Read More
  • TAKUTAku pernah bagi ceramah mengenai "TAKUT", takut itu mainan... takut itu perasaan...  takut itu hanya gembar gembur pada mereka yang kononnya berani, tapi kecut didalam. Dalam perjuangan tiada perasaan "takut", kalau taku… Read More