10 Ogos 2016

KERANI KAUNTER OUTSOURCE PT 2 SALAH SIAPA?

Adakah RUM bersetuju dengan cadangan "mengoutsourcekan" kerani kaunter, pasti TIDAK! Kalau RUM bersetuju, RUM tidak akan mengeluarkan kenyataan secara terbuka dengan tujuan untuk memaklumkan kepada ahli-ahli RUM.

Bila RUM mengeluarkan kenyataan SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA, sampai kepimpinan RUM kena buang kerja untuk apa? Untuk selamatkan KTMB, dasar RUM untuk selamatkan KTMB adalah bertujuan Pekerja mempunyai kerja, sekiranya RUM tidak lakukan maka akan menjadi lambakan pekerja "suplus", bila ini berlaku maka berkemungkinan pekerja boleh ditamatkan perkhidmatan (buang kerja).

RUM menyalahkan pengurusan KTMB dan mempertahankan pekerja untuk memberitahu kelemahan KTMB atau kegagalan KTMB adalah disebabkan oleh Pengurusan KTMB itu sendiri dan bukannya pekerja, pekerja hanya bekerja menerima arahan berdasarkan arahan yang dikeluarkan.

RUM memperjuangkan kewujudan "peluang perniagaan", mendesak pengurusan KTMB berusaha mencari peluang-peluang perniagaan,  tujuannya agar kita ada kerja, kalau "peluang perniagaan" kita diberi kepada orang lain, maka kita akan hilang kerja disinilah mesej SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA.

Pihak pengurusan KTMB dilihat tidak mengolah dan mencari peluang kerja atau peluang perniagaan (business opportunity), hanya sekadar menjalankan aktiviti "rutin", melaksanakan apa yang ada, inilah yang dilakukan ketika zaman Mantan Presiden KTMB, justeru itu KTMB tidak berkembang, kedudukan lokomotif, koc, wagon dan sebagainya makin berkurangan, kita terjebak dalam situasi pengurusan KTMB "miskin idea", atau idea "inovatif" tidak mampu diwujudkan oleh pengurusan KTMB itu sendiri.

Hari ini kelemahan itu masih terwujud, dalilnya kita hanya menerima "proposal" cadangan dari pihak kontraktor kononnya ia lebih efiksyen, lebih inovatif dan memberi keyakinan kononnya kita mampu menjimatkan wang dengan mengunakan idea atau cadangan melalui proposal yang dikemukakan. Maka idea "mengoutsorcekan" kerani kaunter dilakukan.

Pihak kontraktor luar sentiasa mengemukakan idea bagaimana mewujudkan peluang perniagaan dengan mengunakan KTMB sebagai sasaran, kerana pihak kontraktor nampak kelemahan-kelemahan (sekiranya wujud) maka kesempatan itu diambil.

Manakala pihak pengurusan seolah-olah menerima dengan menadah "stadium bukit jalil", kononnya ini idea inovatif yang boleh dilakukan dan menjadi pemangkin kepada kemampuan KTMB. Akibat dari beranggapan, kononnya idea inovatif maka malapetaka yang berlaku implikasi besarnya adalah kepada pekerja, pekerja jadi mangsa.

RUM nak ingatkan kepada pengurusan pertengahan KTMB, tuan/puan juga jangan rasa selesa, kerana tuan/puan juga akan terlibat secara serius dengan perlakuan ini, tuan/puan juga akan terpalit secara serius.

RUM sedar ada kemungkinan kewujudan "paksa rela" yang RUM tidak boleh sebut disini, jawapan tersirat boleh rujuk topik " PERANCANGAN KARGO (PT 9), namun kalau ini benar maka pihak pengurusan harus berani "MENONGKAH ARUS", sekiranya tidak maka masalah besar akan berlaku diantara KESATUAN & PENGURUSAN KTMB.

Pada semua ahli-ahli RUM diingatkan! ini adalah penyakit yang sangat merbahaya, satu virus yang perlu dihentikan, tiada masa untuk takut, tiada masa untuk merungut, tiada masa untuk gelak ketawa, kalau sdri/sdri juga seperti pengurusan KTMB "ambil mudah", maka JANGAN SALAHKAN RUM, tepuk dada tanya selera.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB