17 Ogos 2016

PEBADANAN ASET KERETAPI (RAC) PERTUKARAN PENGURUS KANAN KTMB

RUM rasa lega bila pertukaran Pengurus Kanan yang mengendalikan hal ehwal aset keretapi bagi pihak KTMB.

Pertukaran ini diharapkan berakhir episod "PAK ANGGUK" atau bersetuju sahaja mengenai kehendak RAC tanpa memikirkan keperluan dan kehendak KTMB.

Dalam membuat keputusan mengenai aset keretapi yang digunakan oleh KTMB hendaklah mengikut acuan dan kehendak KTMB, bukan main ikut atau akur apa sahaja kehendak RAC.

Keperluan @ kehendak perlu dilihat dari sudut kepentingan perkhidmatan malah apakah implikasi kepada KTMB dan Pekerja, rujuk warta kerajaan... (sampai sekarang pihak RAC tidak mampu jawab surat RUM)

Masalahnya yang berlaku seolah-olah pengurusan KTMB tiada taring, buat senyap-senyap, kadang-kadang tidak bertanya pada pihak-pihak yang terlibat, kononnya sangat pandai sehingga menghakibatkan pekerja jadi mangsa.

RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada Ybrs Dato' Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB atas pertukaran tersebut, RUM sangat berharap yang mengantikan adalah seorang yang berani mempertahankan keperluan dan kehendak KTMB jangan main angguk sahaja, sekiranya gagal atau bahasa pasarnya tak de teloq, lebih baik bersara awal... tapi kalau bijak bagitau kat RUM... kita bantu ... so isu antara kita tak de.. semua senang kerja...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB