03 Ogos 2016

PERANCANGAN KARGO (PT 7) TRANSFOMASI KTMB

RUM sangat tertarik Transformasi KTMB antara lain pihak KTMB akan berusaha gigih untuk mempertingkatkan pendapatan Kargo, antara perancangannya ialah meminta kerajaan membeli 30 buah lokomotif baru.

Hasrat ini masih belum dipenuhi oleh kerajaan (Part 2 telah dinyatakan).

Kerajaan perlu membantu KTMB dengan kadar segera kerana buat masa ini KTMB  amat memerlukan lokomotif baru untuk mengerakkan Plan Transformasi KTMB.

Perlu disedari langkah awal pembeliaan ini akan mengorak langkah kepada memperluaskan skop perniagaan Kargo malah sebagai bukti KTMB mampu meningkatkan peluang-peluang perniagaan sedia ada.

Sebagai contoh Keretapi Indonesia pada awalnya membeli lokomotif baru adalah melalui pembiayaan dari kerajaan, Kerajaan Indonesia sangat prihatin dan membantu dalam Plan Transformasi yang cuba dilakukan manakala pembeliaan selanjutnya Keretapi Indonesia mampu menambah dan membeli lokomotif baru yang kini telah memiliki 200 buah lokomotif baru melalui pembiayaan Bank.

Keretapi Indonesia sebagai jiran tetangga Malaysia mampu melakukan perancangan yang baik tanpa kewujudan Multiple Operator, mengapa KTMB tidak, malah CEO Keretapi Indonesia yang memulakan Transformasi Keretapi Indonesia telah pun menjawat jawatan Menteri Pengangkutan Indonesia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB