04 Ogos 2016

PERANCANGAN KARGO (PT 10) IDEA

Kalau YBhg Dato Abdul Radzak Abdul Malek boleh mencetuskan idea "LAND BRIDGE", maka pasti ada seseorang yang boleh juga mencetuskan idea.

Mungkin kenyataan RUM ada yang tersinggung dari sudut negatifnya, tapi dari sudut positif maka sambut cabaran RUM, buktikan kita mampu merubah keadaan, masih belum terlambat walaupun kita kehilangan 7 tahun di bawah dua (2) mantan Presiden KTMB.

Idea yang terbaik ialah sambut cabaran RUM, buat perancangan dan strategi yang baik, bagaimana mampu memperolehi lokomotif, bagaimana meningkatkan peluang perniagaan, selami syarikat yang ingin mencadangkan "SECOND OPERATOR", jadi sebagai seorang ahli perniagaan, bagaimana memperkembangkan perniagaan, jadikan KTMB pengangkutan Kargo utama di negara ini. RUM yakin kalau kita ikhlas maka KTMB mampu merubah keadaan dari bergantung dengan kerajaan, KTMB mampu berdikari.

Bayangkan KTMB pengangkutan Kargo di negara ini... wow.. hebatnya.. alangkah menariknya... KTMB maju.. semua warga KTMB boleh berasa bangga, tika itu pengurusan KTMB yang berjuang 15% kenaikan gaji yang dianugerahkan oleh Mantan Presiden KTMB yang telah ditarik balik... boleh menuntut 100% kenaikan gaji.

Bukan sahaja KTMB maju dan cemerlang tapi semua warga KTMB mendapat faedahnya... malah kita mampu mengatasi kehebatan Keretapi Indonesia..

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • PERANCANGAN KARGO (PT 7) TRANSFOMASI KTMBRUM sangat tertarik Transformasi KTMB antara lain pihak KTMB akan berusaha gigih untuk mempertingkatkan pendapatan Kargo, antara perancangannya ialah meminta kerajaan membeli 30 buah lokomotif baru. Hasrat ini masih belum dip… Read More
  • PERANCANGAN KARGO (PT 5) PELUANG PERNIAGAAN (BUSINESS OPPORTUNITY)Syarikat luar yang berminat untuk "Multiple Operator" atau "second operator", sanggup mengeluarkan modal sebanyak 1.5B - 2 B Ringgit Malaysia. Bukan sikit-sikit duit... Kenapa mereka mampu keluar duit sebanyak itu? Kerana mer… Read More
  • PERANCANGAN KARGO (PT 6) MODAL BESARSyarikat luar yang cuba mewujudkan (SECOND OPERATOR) betul ke ada wang sebanyak 1.5B - 2B Ringgit Malaysia? kalau ada dalam tangan itu luar biasa, kalau tiada maka ianya melalui PINJAMAN BANK. Maka yang boleh diandaikan ialah… Read More
  • PERANCANGAN KARGO (PT 4) SEBUKMungkin ada orang kata, apa lah RUM sebuk-sebuk, biarkanlah.. syarikat luar ni buat multiple operator, peluang kerja pun ada, boleh jadi saingan yang sihat... Mungkin kenyataan di atas ada kebenarannya, tapi siapa yang untung… Read More
  • PERANCANGAN KARGO (PT 3) MAKLUMAT BARUMengikut maklumat yang baru diterima semalam (belum dapat disahkan) ada syarikat yang telah memberi "proposal" kepada pihak berkuasa, antara lain hasrat syarikat berkenaan hendak membeli 50 buah lokomotif dan membawa masuk 20… Read More