12 Ogos 2016

ELAK + SABAR = KEHARMONIAN PERUSAHAAN

RUM seboleh-bolehnya akan mengelak sebarang pertikaian, pertikaian sungguh memenatkan dan boleh menimbulkan kepelbagaian persepsi, RUM kini lebih suka berunding dan menyelesaikan masalah sekiranya wujud, bukan sesuatu yang mudah untuk membuat keputusan bagi mewujudkan pertikaian, kerana pertikaian sungguh memenat dan memeningkan.

Desakan demi desakan bertali arus, rayuan demi rayuan dari yang membuat rungutan, tekanan yang banyak menjadikan  kita perlu berfikir bukan sekali... 2 kali... malah ribuan kali untuk mewujudkan sebarang pertikaian, RUM tetap berusaha mengelak sebarang pertikaian masih berpegang bahawa keharmonian perusahaan adalah tunggak utama.

Kesabaran perlu berada ditahap paling tinggi, kesabaran perlu menjadikan kita bijak menganalisis sesuatu tindakan yang bakal diambil, kesabaran ini membuat RUM masih berusaha untuk mengekalkan keharmonian perusahaan bagi mengelakkan pertikaian.

Sejauh mana boleh bersabar, RUM akan terus bersabar, sejauh mana yang boleh, RUM akan pertahankan keharmonian perusahaan, RUM masih mementingkan keharmonian perusahaan, tolonglah.. tolonglah... elakkan pergeseran... elakkan pertikaian.. kerana semua ada penyelesaian... RUM tetap berpegang kepada "win-win situation"... fikirkan tekanan yang RUM hadapi... fikirkan situasi kepimpinan RUM... janganlah menang sebelah pihak... pekerja jadi mangsa... "RUM tidak mahu menang".. RUM hanya mahukan penyelesaian...

Kami tetap kuat dan gagah... untuk terus menegakkan kebenaran demi kepentingan kaum pekerja.

Cuma jangan SALAHKAN RUM, bila tahap kesabaran RUM telah abis... kerana RUM dipimpin oleh semua orang GILER... tak pernah takut demi kepentingan kaum pekerja...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB