RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

Memaparkan catatan dengan label PERFECT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERFECT. Papar semua catatan

23 Mei 2014

PERFECT 8 (akhir)

Bakal Pemimpin RUM

Kenyataan yang dikeluarkan ini hanya sebahagian pengetahuan untuk dikongsi dengan pemimpin RUM cawangan yang bakal memegang jawatan yang sebaik sahaja diumumkan pada Mesyuarat Agung Cawangan RUM yang dijadualkan pada 18 - 22 Jun 2014.

Mudah-mudahan saudara yang terpilih akan memahami sedikit pengetahuan untuk memacu RUM kearah kecemerlangan.

Pengetahuan selanjutnya akan diberi penekanan pada kursus-kursus yang akan dianjurkan oleh RUM.

RUM

PERFECT 7

Semua Perfect adalah asas untuk menjadi pemimpin Kesatuan, namun dalam pergerakan kesatuan, bukan menjadi tujuan utama kita untuk mewujudkan pertikaian. Matlamat ialah memberi kebaikan kepada ahli-ahli dan syarikat, prinsip mewujudkan keharmonian perusahaan adalah matlamat utama.

Justeru sekiranya wujud pertikaian adalah berpunca dari pihak yang lagi satu iaitu majikan dan bukannya Kesatuan.

RUM

PERFECT 6

Dalam semua yang diperkatakan melalui "PERFECT - PERFECT 5" maka perlu ada sikap bagi seorang pemimpin kesatuan sekerja ialah "GILA". Pelengkap "GILA" ini akan menjadi "BULLET" pada kesatuan sekerja, kerana kalau tak cukup "GILA", maka Kesatuan Sekerja yang diterajuinya akan kecundang.

RUM

PERFECT 5

"MUNASABAH" juga tidak cukup, kerana dalam sesuatu isu, permainan perlu bijak, tanpa permainan yang bijak juga akan kecundang, contoh permainan yang baik ialah "TEMPOH". "TEMPOH" memainkan peranan penting bukan saja dari aspek penyelesaian, tapi dari aspek "TIDAK BOLEH DIPERSALAHKAN".

RUM.

PERFECT 4

Dalam memahami pengetahuan undang-undang dan keberanian, apakah ianya masih mencukupi, masih juga tidak.

Ianya perlukan juga dari aspek mengenai "MUNASABAH", tanpa "MUNASABAH" dalam satu tindakan, maka kita akan kecundang, bila kita kecundang maka yang menjadi mangsa ialah ahli-ahli dan menjejaskan imej Kesatuan Sekerja.

RUM

PERFECT 3

Adakah keberanian itu mencukupi melalui kenyataan "PERFECT 2"?

Sebenarnya ianya masih tidak mencukupi, kerana apa pun keberanian juga perlu pengetahuan, pengetahuan dari seluk beluk undang-undang, seperti " PERJANJIAN BERSAMA, AKTA KERJA, AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN, AKTA KESATUAN SEKERJA DAN LAIN-LAIN AKTA berkaitan pekerja.

RUM

PERFECT 2

Bila "PERFECT & PERFECT 1" digabungkan maka ianya akan menjadi pelengkap.

Pelengkap ini akan menjadi satu kekuatan, namun kekuatan ini perlu ditambah dengan keberanian, keberanian akan memberi output bukan sahaja pada ahli-ahlinya tapi Kesatuan Sekerja yang diterajui.

RUM

PERFECT 1

Bila menjadi pegawai kesatuan, satu yang perlu ditetapkan pendirian ialah jangan mengejar pangkat.

Pangkat akan datang dari aspek kerja hakiki yang "PERFECT", tidak perlu mengunakan platform Kesatuan, kerana mengunakan platform Kesatuan akan melemahkan kekuatan.

Maksudnya ialah menolak unsur-unsur kepentingan diri.

RUM

PERFECT

Bila kita menjadi pegawai Kesatuan, selalu perlu diingatkan ialah "PERFECT", maksudnya bila jadi pegawai Kesatuan kerja hakiki mesti "PERFECT", kerana bila kita "PERFECT" baru kita mampu bersuara, kalau kita tidak "PERFECT", bila ditangkap oleh majikan "KITA MAMPUS" dan yang teruknya kita jadi "YES BOSS" maka "AHLI PULA MAMPUS" kerana kita tak berani bersuara.

RUM