Semua set-set tren yang dibeli tanpa tender terbuka dari China ialah SIX CAR SET (SCS) ELECTRIC TRAIN SET (ETS) DIESEL MULTIUNIT (DMU) di bawah ini disertakan gambar carta pembelian jumlah, tahun dan harga.
Strategi Syarikat Keretapi dari China pada tahun 2015 pula telah menawarkan secara pinjaman dua (2) unit Elektrik Lokomotif (E- Loko) bilamana Lokomotif Elektrik yang telah dipinjamkan kepada KTMB secara percuma selama dua (2) tahun telah berakhir dan kemudiannya membuat tawaran kepada kerajaan pada tahun 2017 untuk membekal seterusnya menjual kepada KTMB sebanyak tiga puluh (30) unit Elektrik Loko telah mendapat bantahan bukan sahaja dari RUM tetapi juga dari KTMB kerana ianya masih belum sampai masanya untuk digunakan, sekiranya dibeli, ia ibarat "gajah putih" iaitu pengunaan Electrik Loko ini adalah "terhad" berbanding dengan Diesel Lokomotif malah kalau KTMB beli juga Elektrik Loko ini maka KTMB perlu menaiktaraf sistem ekektrifikasi melibatkan peruntukan sekurang-kurangnya RM 100 juta.
Namun usaha masih diteruskan sehingga sekarang dengan memujuk agar dua (2) unit Elektrik loko yang dipinjamkan dapat dijual kepada KTMB atau dengan teknik penyewaan kepada KTMB, usaha ini juga telah ditolak, semuanya kerana secara bernasib baik PRU 14 bertukar kerajaan.
Alasan yang digunakan oleh Kementerian Pengangkutan terdahulu untuk membeli Elektrik Loko ialah mengenai Alam Sekitar, tapi mereka terlupa beribu lori, bas malah jutaan kereta bergerak di atas jalanraya, alasan mereka bukan sahaja tidak logik tapi tidak masuk akal belum lagi dari sudut perniagaan yang berorientasikan pendapatan (ravenue).
Melalui lawatan Yb Menteri Pengangkutan ke CRRC di Batu Gajah, pihak Syarikat berkenaan telah mengunakan strategi pemasaran yang hebat dengan berusaha untuk memasarkan produknya, persoalannya apakah strategi pemasaran itu akan memikat kerajaan memerintah hari ini melalui kehadiran Yb Menteri Pengangkutan? Namun melalui kenyataan akhbar yang dibuat oleh Yb Menteri seolah-olah ianya kearah positif atau kearah terpikat dengan pemasaran yang telah dibuat oleh Syarikat tersebut tambahan kehadiran Duta Besar China ke Malaysia itu telah mengambarkan bahawa kerajaan China tidak berputus asa selepas kerajaan lama tiada masih tetap berusaha memikat kerajaan baru dengan pelbagai usaha terutama melalui goverment to goverment (G TO G).
RUM sejak dulu sememangnya menolak pembelian set-set tren dari China berdasarkan track rekodnya seperti Lokomotif Dallian dan Six Car Set yang diketahui banyak masalah apatah lagi pembeliaan tren-tren dari China ini semuanya melalui pembelian cara rundingan terus.
Rum tetap berpendirian Kerajaan Baru hari ini hendaklah lebih telus dan terbuka dalam merencanakan kebaikan khususnya pembeliaan set-set tren yang berkualiti dan secara telus melalui Tender Terbuka khususnya untuk kepentingan KTMB dan jangan lagi membuat lambakan tren-tren set dari China atau berqiblat ke China kerana bantahan bukan sahaja dari RUM Kesatuan Sekerja Keretapi dari Malaysia malah banyak Kesatuan Sekerja diperingkat antarabangsa menghadapi masalah yang sama juga membuat bantahan.
RUM berharap khususnya Kementerian Pengangkutan, amnya kerajaan memerintah berpegang kepada janji untuk lebih telus dan terbuka.
Jangan sebelum PRU 14 kata lain, selepas PRU 14 buat lain, nanti rakyat kata "pi mai.. pi mai tang tu juga".
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
04 Januari 2019
Home »
» LAWATAN YB MENTERI PENGANGKUTAN KE CRRC BATU GAJAH, KOMEN RUM MENGENAI LAMBAKAN TREN CHINA DI KTMB DENGAN PEMBELIAN TANPA TENDER
LAWATAN YB MENTERI PENGANGKUTAN KE CRRC BATU GAJAH, KOMEN RUM MENGENAI LAMBAKAN TREN CHINA DI KTMB DENGAN PEMBELIAN TANPA TENDER
Jumaat, Januari 04, 2019
Related Posts:
TERIMA KASIH - PRA PIKET RUM BERJAYA! Bagi pihak RUM merakamkan terima kasih kepada semua peserta sambutan Hari Pekerja yang diadakan di Dataran Petaling Jaya dan Dewan TWU. Saudara-saudara telah menunjukan kekuatan RUM seterus menyemarakkan semangat perjuanga… Read More
Cerita disebalik gambar Seronok tenguk gambar ini, seolah-olah satu perarakan.... Benar-benar menaikan semangat... rasa penat hilang begitu saja... rasa puas... itu yang dikecapi.... tak dapat gambarkan kegembiraan.... bahawa perjuangan itu seben… Read More
SEMANGAT RUM!!!! Sedikit punya jauh jalan, kira boleh mengah tau.... tp apa ada pada mengah, apa ada pada penat.... perjuangan tidak pernah kenal mengah n penat, semangat juang yang tinggi dan kental telah diterap dalam sanubari, perjuanga… Read More
Tugas dan tanggungjawab, 'watchdog' tiada krompomiINGATAN Perlu diingat RUM adalah "watchdog", memerhati n memantau pergerakan Presiden KTMB, setiap Presiden KTMB perlu menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Tanggungjawab dan amanah ini b… Read More
SEMANGAT Presiden RUM yg pertama (DONALD UREN) sedang memberi ucapan pada ahli-ahli RUM di hadapan bangunan KTM pada bulan Disember 1962, ketika mogok KTM terbesar dalam sejarah Malaya selama 23hari yang melumpuhkan pengangkutan ke… Read More