04 April 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KESELAMATAN, KESIHATAN, PERSEKITARAN DAN PEKERJAAN (OSHEN)

Hari ini jam 9.30 Mesyuarat Oshen diadakan akan di Pengerusikan oleh YBhg Dato Haji Sarbini Tijan, Presiden KTMB manakala di pihak pekerja akan diketuai oleh Sdr Mokhtar Timbalan Presiden RUM.

Saya tak dapat hadir, akibat makan mee "goreng basah pedas giler" di pantai dalam malam tadi, memang sedap, tapi perut dah second hand, apa lagi keluar masuk bilik kecil...adeiiii...

Apa pun dengan ketiadaan Presiden, Timbalan Presiden akan mengambilalih tugas, maka pada saya, saya amat menyakini Timbalan Presiden RUM yang mempunyai pengetahuan yang baik, beliau seorang yang cukup berdedikasi dalam menjalankan tugas-tugasnya.

Topik utama yang RUM bawa ada dua (2) isu penting

1. Kebakaran Lokomotif
2. Keselamatan Stesen Utama yang kebelakangan ini banyak menerima ugutan.

Selain itu akan membincangkan perkara-perkara berbangkit dan beberapa isu yang telah dimaklumkan oleh cawangan kepada ibu pejabat RUM, In Syaa Allah mesyuarat berjalan dengan lancar.

Saya sekarang dah ok sikit, tapi ada satu temujanji sebentar lagi dengan pihak keselamatan, lebih kepada perbincangan mengenai keselamatan stesen-stesen yang terima ugutan, pihak RUM sentiasa bekerjasama dengan pihak keselamatan demi hartabenda KTMB, pengguna, warga KTMB dan khususnya ahli-ahli RUM. Keselamatan tidak boleh "dicompromise" ini ketegasan RUM.

RUM sentiasa berusaha yang terbaik untuk semua khususnya ahli-ahli RUM

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.