08 April 2016

CABARAN... AYUH BANGKIT...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

CABARAN... AYUH BANGKIT...

Memanglah pahit, sukar sangat getir, berat mulut nak bicara, terlalu banyak persepsi, tapi mereka tidak tahu, bagaimana nak menghadapi situasi, kerana lebih mudah untuk bicara tapi yang paling sukar ialah mencari solusi.

Dalam keadaan kritikal, dalam keadaan pelbagai andaian yang timbul, peranan yang penting ialah mencari penyelesaian bijak untuk menyelesaikan masalah, kalau setakat bercakap, komen semua orang boleh, semua orang bijak, tambah-tambah yang nak tunjuk pandai.

Tapi yang nak menghadapinya ialah RUM, dalam keadaan yang sangat-sangat sukar, tambah lagi Sub Board pandai buat keputusan, tapi membantu tak langsung... letih macam ni...

Ahli-ahli RUM kena sedar, kalau terus leka, selesa, lepas tu hanya pandai merungut tapi tak nak bangkit... jangan salahkan RUM, ialah kata seseorang rezeki kat mana pun ada... kalau itu pendirian... redha je lah... gaji lambat pun jangan bising... gaji tak naik jangan merungut... CA tak ada apa-apa... ketawa je tau... gi klinik kena bayar sendiri pun jangan ngeluh, kalau sewa kuarters naik pun, jangan ambil kesah.. kena outsorce... kena jual... kena buang kerja... kita senyum je... apa salahkan jadi seperti MAS... hehe...

Tapi kalau rasa nak selamat, nak jaga periuk nasi,  jom berjuang sama-sama, kita lawan, kita gempur... untuk Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja. Ini periuk nasi kita.

Sedarlah... bangkitlah... ayuh kita bersama berjuang...

THIS IS RAILWAYMENS UNION OF MALAYA(RUM)

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • PERANCANGAN KARGO (PT 9) KELEMAHAN LUARANRUM tidak berniat menyatakan kelemahan luaran secara terbuka dan terperinci, biarlah ianya secara rambang, terserah pada mereka memikirkan persepsi, samada persepsi itu positif maupun negatif. Kelemahan luaran ini cukup luas … Read More
  • Arahan Yang Bertentangan Dengan Peraturan.Salam Sejahtera. Arahan Yang Bertentangan Dengan Peraturan. Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB Difahamkan ada segelintir pegawai pegawai operasi yg cuba untuk meng "kucar kacir"kan Aturan Peraturan yang sedia ada, tindakan pegawai… Read More
  • PERANCANGAN KARGO (PT 11) KEYAKINANRUM memberi keyakinan sepenuhnya kepada YBhg Dato Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB dalam mengorak langkah memajukan perniagaan Kargo. RUM yakin bahawa YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB akan mempertahankan Kargo d… Read More
  • PERANCANGAN KARGO (PT 10) IDEAKalau YBhg Dato Abdul Radzak Abdul Malek boleh mencetuskan idea "LAND BRIDGE", maka pasti ada seseorang yang boleh juga mencetuskan idea. Mungkin kenyataan RUM ada yang tersinggung dari sudut negatifnya, tapi dari sudut posit… Read More
  • PERANCANGAN KARGO (PT 8) (KELEMAHAN DALAMAN)RUM tidak berniat untuk "menghighlightkan" Kelemahan Dalaman secara terbuka walaupun semenjak RUM menulis mengenai topik KARGO, ramai yang inbox RUM memaklumkan kelemahan yang berlaku, RUM sendiri mengakui dan tidak menolak K… Read More