Inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh Penjawat Awam MoT... "TANPA BANTUAN KERAJAAN DIMANA KTMB... BERSYUKURLAH", maklumat ini diterima oleh RUM.
PERSOALANNYA?
Bantuan kerajaan untuk siapa?
Adakah untuk KTMB semata-mata?
Banyak lagi individu Penjawat Awam ini nak belajar rupanya... adeiiii..
JAWAPANNYA
KTMB untuk RAKYAT
Pekerja KTMB menjalankan perkhidmatan sosial dengan "gaji ciput", sebagai wakil kerajaan memberi perkhidmatan yang baik dan selamat seperti motto KTMB iaitu "MERAKYATKAN KTMB"
Nak ke RUM tafsirkan apa tu "MERAKYATKAN KTMB?", eh... tak payahlah... andakan mempunyai jawatan tertinggi sebagai Individu Penjawat Awam MoT pasti anda lagi bijak mentafsirkan dari kami golongan kurang terperlajar.
RUM tetap bertegas bahawa perancangan yang dibuat oleh RAC bukan niat nak membantu KTMB tapi nak mengancurkan KTMB.
RUM berhujah berdasarkan fakta dan hujah, kalau tiada fakta dan hujah, RUM pun lari malam, kalau berjaya patahkan hujah RUM, RUM bersedia dan akur dengan kehendak RAC maupun Kementerian Pengangkutan.
Justeru itu dengan lapang dada Individu Penjawat Awam berkenaan boleh menghubungi RUM bila-bila masa atau melalui Encik Afzar Zakaria, Pengurus Besar Transformasi KTMB atau Puan Normah Jabatan Hartanah untuk mengadakan perbincangan umum @ terbuka atau debat bila-bila masa, RUM bersedia menurunkan Belia RUM untuk tujuan tersebut.
THIS IS RAILWAYMENS UNION OF MALAYA
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB
17 April 2016
TO: INDIVIDU PENJAWAT AWAM MoT PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC)
Ahad, April 17, 2016
pak
Related Posts:
PERBADANAN ASET KERETAPI AKAN MENGAMBILALIH SEMUA ASET KERETAPI BERDASARKAN PINDAAN AKTA KERETAPI 1991RUM ingin menekankan kepada semua Warga KTMB khususnya Ahli-ahli RUM bahawa isu ini adalah isu "BESAR & KRITIKAL". RUM juga boleh katakan bahawa isu ini antara "HIDUP & MATInya KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB)" Jus… Read More
PERBADANAN ASET KERETAPI PINDAAN AKTA KERETAPI 1991 (PENYEWAAN @ PAJAKAN TANAH)Penyewaan @ Pajakan tanah pernah dilaksanakan oleh Jabatan Hartanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) sebelum pengswastaan dan selepas pengswastaan Keretapi Tanah Melayu Berhad pada 1.8.1992. Gambar di bawah ini adalah contoh… Read More
RUM & SOA MEMBANTAH PENGAMBILALIHAN ASET-ASET KTMB OLEH PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC)Buat pertama kali dua (2) Kesatuan Sekerja yang terdapat dalam KTMB iaitu RUM & SOA akan bergabung tenaga MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA pengambilalihan aset-aset KTMB diambilalih oleh RAC. Kedua-dua Kesatuan Sekerja RUM dan … Read More
PLAN TRANSFORMASI PERBADANAN ASET KERETAPI (PAK)Mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang bersidang pada 25.3.2016 memutuskan "MEMBANTAH PLAN TRANSFORMASI PERBADANAN ASET KERETAPI" antara lain hasrat PAK adalah untuk mengambilalih semua jentera (Lokomotif, ETS, SCS, OMC dll), hasr… Read More
Sidang Akhbar: Membantah pengambilan aset2 keretapi oleh RAC RUM & SOA dalam Sidang Akhbar baru sebentar tadi Membantah Pengambilan Aset-Aset Keretapi oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan memohon Kerajaan semua Aset yang dikendalikan oleh Perbadanan Aset Keretapi dikembalikan … Read More