01 November 2018

PERASMIAN STESEN ABDULLAH HUKUM SERAH SURAT PADA YB MENTERI PENGANGKUTAN

RUM merakamkan terima kasih atas kesudian menjemput kepimpinan RUM untuk menghadiri Majlis Perasmian Stesen Keretapi Abdullah Hukum.

RUM juga mengambil kesempatan menyerahkan surat kepada Yb Menteri Pengangkutan sendiri dalam Majlis Perasmian untuk memohon temujanji, surat yang dihantar hari ini adalah surat yang ketiga (3) kepada Yb Menteri untuk memohon temujanji.

Surat 1 bertarikh :- 1 Jun 2018

Surat 2 bertarikh :- 26 Jun 2018
Surat 3 bertarikh :- 1 November 2018

Harapan kita Yb Menteri sudi bertemu dengan kita dan memberi ruang untuk kita berbicara mengenai Railway Network Access Aggrement (RNAA).

Kita sentiasa mengunakan pendekatan keharmonian perusahaan dengan tujuan menjaga hubungan baik diantara Kesatuan dan Kerajaan Memerintah, kita harap hubungan baik terus disemai dan dibaja agar terus kekal harmoni, janganlah bila kita menundukan kepala, kita tidak dilayan, kerana itu mengambarkan kurang sopan.

Namun kami yakin Yb Menteri Pengangkutan hari ini bukanlah seperti Yb Menteri Pengangkutan yang lepas, kerana kami sentiasa berfikiran "positif" dengan mengunakan pendekatan "menarik benang dalam tepung", pendirian kami jelas bahawa cara yang paling berhemah ialah melalui rundingan, kerana kami juga insan yang memegang pada janji seperti mana janji yang telah dibuat oleh Barisan Ahli Parlimen Pembangkang sebelum PRU 14, cuma pada pertemuan yang terdahulu dengan barisan ahli parlimen pembangkang Yb tidak ada ketika itu.

Sekali lagi kami berharap pertemuan dapat diadakan demi mendengar keluhan kami dari RUM yang juga  sebagai rakyat Malaysia.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • No 7 punya cerita.... No perkhidmatan aku bermula No 7, Aku dah tukar ganti keta 7 x Masa nak bertanding RUM tahun 1996 aku guna slogan 7k, iaitu kumpulan 7k, alhamdulillah bertapaklah kumpulan 7K dalam RUM. No keta aku pun pangkal 7, Kiranya 7 … Read More
  • NOTIS TUNJUK SEBAB Semua Pegawai/Setiausaha Cawangan RUM Ahli Jawatankuasa Cawangan Semua Ahli-Ahli RUM PERHATIAN SEGERA Pengerusi /Setiausaha Cawangan dan Semua Ahli Jawatan Kuasa Cawangan segera memantau ahli-ahli yang menerima sur… Read More
  • NOTIS TUNJUK SEBAB SI BACUL!!! Semua pegawai kesatuan dan ahli yang telah menerima surat tunjuk sebab jangan rasa takut, hak berpiket adalah hak kesatuan sebahagian aktiviti Kesatuan yang pemainnya adalah ahli-ahli kesatuan.  Sila rujuk pegawai … Read More
  • MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PEKERJAAN. Gambar Hiasan 11.7.2014 Semalam Pengurus Besar OSHEN datang ke pejabat, jumpa Setiausaha Agung, bagus Pengurus Besar sampai datang ke pejabat RUM, pastilah pesan macam - macam, kalau ada isu baru nak dibangkitkan bagil… Read More
  • UGUTAN PRESIDEN KTMB PADA RUM Teruskan berjuang, tanpa rasa gentar dan takut, semangat berjuang tidak pernah luntur, biarpun "UGUTAN" melalui "Notis Tunjuk Sebab". Surat tunjuk sebab itu adalah satu unsur "UGUTAN" untuk menakut-nakutkan RUM! Sura… Read More