Perkembangan teknologi kini satu ancaman kepada pekerja, pekerja harus sedar dengan perkembangan teknologi akan mengakibatkan berlakunya pengurangan tenaga kerja manusia kerana sektor yang menggunakan tenaga manusia telah digantikan dengan elektronik atau robotik.
Pekerja tidak boleh berasa selesa dengan alaf baru ini, kerana akibat atau implikasinya cukup besar kepada golongan pekerja dari sudut pengurangan pekerja.
Di KTMB sendiri contohnya sistem "ticketing", sistem "Operation Management Centre" (OMC) yang mengawal sistem perjalanan tren boleh menghapuskan beberapa jawatan dalam KTMB khususnya dalam landasan berkembar (double track) yang boleh mengakibatkan berlakunya pengurangan pekerja.
Malah ianya telah pun berlaku seperti PLUS, yang mana penggunaan "touch n go" dikuatkuasakan, begitu juga dengan bank sistem "online banking" yang boleh mengurangkan penggunaan tenaga manusia, Tren Metro yang tidak lagi menggunakan Pemandu seperti Putra LRT, MRT 1, begitu juga akhbar yang kini cukup popular dengan media elektronik sehingga media cetak mengalami kerugian, alaf baru ini satu cabaran bagi semua pekerja, perubahan era teknologi baru akan menghakis tenaga manusia sebagai pekerja.
Justeru itu, pekerja hari ini tidak ada pilihan untuk menghadapi cabaran yang mendatang, samada berdepan dengan langkah berani atau menerima nasib malang atau teruskan berasa selesa, kerana generasi muda hari ini akan menghadapi cabaran besar masa mendatang.
Sebagai sebuah kesatuan sekerja maka ini satu cabaran besar untuk dihadapi bagi melindungi nasib kaum pekerja, andai pekerja terus berasa selesa khususnya generasi muda maka nasib masa depan kaum pekerja tidak mempunyai hala tuju kecuali kerja-kerja manual yang tidak mampu digunakan sistem elektronik atau robotik tapi harus sedar bahawa tidak mustahil yang tenaga manusia tidak diperlukan lagi kerana peredaran masa begitu pantas dalam era memajukan teknologi yang lebih canggih bagi menggantikan tenaga manusia, sesuatu yang sukar untuk diatasi, suka atau tidak peredaran masa yang begitu pantas ini akan terpaksa diterima namun akibatnya adalah nasib kaum pekerja itu sendiri.
Wahai kaum pekerja sedarlah.. bangkitlah, jangan sampai dah terhantuk baru nak terngadah, sertailah kesatuan sekerja, wujudkan kesatuan sekerja dan jadikan kesatuan sekerja itu kuat dan mampu berjuang demi masa depan, kerana yang mampu memperjuangkan nasib kaum pekerja hanya KESATUAN SEKERJA, pilihan yang ada semua kaum pekerja perlu bersatu.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
11 Oktober 2018
Home »
» PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
PEKERJA HARUS SEDAR
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PEKERJA HARUS SEDAR
Khamis, Oktober 11, 2018
Related Posts:
Ingatan RUMRUM ibu pejabat akan mempertahankan mana2 pegawai RUM disemua peringkat khususnya semua pemimpin2 RUM di peringkat cawangan.IngatanJangan disentuh mana-mana pegawai kesatuan, RUM akan bertindak.Pegawai-pegawai RUM hanya menja… Read More
PBO bersara Mei 2013Majlis Eksekutif yg bersidang baru-baru ini melahirkan rasa syukur bahawa PBO dijangka bersara pada bulan Mei 2013.Majlis Exco juga memutus dan mendesak pihak tertinggi pengurusan tidak menyambung kontrak PBO, ketetapan telah… Read More
Kenyataan Menghina Islam - RUM buat laporan Polis 31 Disember membuat lapuran polis terhadap individu yg menghina pekerja yg menunaikan solat 5 waktu sebagai pembaziran wang majikan serta menhina agama Islam. … Read More
Ex Gratia/Bonus 2014 - KENYATAAN RASMIAlhamdulillah, rakaman terima kasih kepada YAB Dato Seri Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Malaysia yang telah meluluskan pemberian Exgratia kepada pekerja2 KTMB, rakaman terima kasih kepada Dato Isa n pegaw… Read More
BONUS/EXGRATIARUM merakamkan penghargaan dan terima kasih atas penganugerahan Bonus atau Exgratia kepada semua warga KTMB sebulan gaji atau minima RM 500.00 yg akan dibayar bulan Disember 2012 dan Januari 2013 khusus kepada YAB Dato Seri M… Read More