16 Oktober 2018

PENSWASTAAN / OUTSOURCING RUM TETAP BERPENDIRIAN RNAA DIBATALKAN

Isu penswastaan ini dah basi, kiranya telah dilaksanakan bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia..

Penyelesaiannya tidak ada, hanya bangkit dan terus membangkitkan isu.. namun ianya bukan satu halangan untuk membangkitkan agar kita tidak lupa bahawa penswastaan /outsourcing ini satu ancaman kepada pekerja dan pengguna, ianya juga untuk melahirkan kesedaran kepada setiap pemimpin kesatuan dan ahli-ahlinya sedar bahawa perjuangan hendaklah diteruskan tanpa putus asa.

Kenapa begitu? Sebabnya kita sendiri lemah.. kita sendiri tidak kuat.. dan banyak faktor lain yang tidak perlu disebut,  maka dasar penswastaan atau outsourcing  yang dipelopori sudah menjadi sebati.. bagi pihak kerajaan dimerata dunia termasuk Malaysia prinsip menyatakan kepentingan rakyat seolah-olah diabaikan walaupun itu dilaungkan, "perkhidmatan sosial" makin lama makin terhakis kononnya melaksanakan pemudah cara dengan memberi pada syarikat-syarikat yang mempunyai modal untuk mengendalikan operator perkeretapian, kononnya kerajaan akan menjimatkan kos tapi dalam masa yang sama harga tambang dikawal oleh kerajaan.

Sedangkan bagi memberi kemudahan kepada rakyat maka "perkhidmatan sosial" kepada pengguna perlu diutamakan bukan sahaja memberi perkhidmatan yang baik malah dengan harga tambang yang murah, inilah asas penubuhan sistem perkeretapian yang kini makin terhakis.

Di KTMB sendiri maka dicadangkan oleh bijak pandai dengan mewujudkan Railway Network Acesss Agrement (RNAA) yang mana cadangan ini telah dikemukakan ideanya dari Kerajaan yang lepas, idea ini kononnya terbaik sehingga banyak syarikat menyampaikan proposal pada kerajaan yang lepas, apakah maksud penyerahan proposal? kita sendiri boleh nilaikan.

Secara bernasib baik kerajaan yang lepas kecundang pada PRU 14, dalam pertemuan dengan ahli-ahli parlimen ketika itu sebagai pembangkang yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin dan hampir sepuluh ahli parlimen telah berjanji dengan kepimpinan kesatuan akan membatalkan RNAA sekiranya pihak pembangkang memenangi PRU 14, itulah janji yang dinyatakan dan kenyataan itu juga sudah dipaparkan dalam kenyataan akhbar.

Maka hari berganti hari, dua (2) pucuk surat telah dihantar kepada Yb Menteri Pengangkutan mohon temu janji, sepucuk surat menyatakan bantahan mengenai RNAA termasuk mencadangkan semua aset di bawah Perbadanan Aset Keretapi diletakan kepada KTMB, sehingga hari ini tiada jawapan, yang ada hanya perjumpaan dengan Setiausaha Sulit Menteri Pengangkutan minggu lepas untuk mendapatkan penjelasan surat-surat berkenaan.

Prinsip ialah "tempoh munasabah" bagi ruang waktu, kerana mungkin YB Menteri terlalu sebuk dalam menyelami semua jabatan yang dikendalikan oleh Kementerian Pengangkutan malah masih peringkat menyelami dan mempelajari maka kita masih membisu dan cuba memahami keadaan kekangan Yb Menteri yang baharu menyandang jawatan, jangan melatah, kerana itu tidak sihat justeru itu RUM terus sabar untuk menanti temujanji dengan Yb Menteri, kata sumber Yb Menteri belum bersedia jumpa RUM agaknya seperti yang kita andaikan Yb Menteri masih proses belajar dan memahami KTMB khususnya mengenai RNAA.

Dalam pada itu kita tetap dengan pendirian RNAA hendaklah dibatalkan malah kita tidak menolak sehingga satu tempoh munasabah sekiranya tiada penyelesaian maka kita akan buat perhimpunan "RALLY" untuk melahirkan bantahan atau ayat lebih manis sebagai himpunan mendengar rintihan, apa pun itu hanya lontaran idea sepontan dan bukannya keputusan kerana keputusan terletak kepada Majlis Exco walaupun Persidangan Perwakilan telah pun membuat ketetapan tapi bagi pelaksanaan tetap pada Majlis Exco.

Justeru itu kita mengharapkan Kerajaan Baru dengan idea baru dan bukannya Kerajaan Baru dengan idea basi, malah dalam mewujudkan idea baru maka pencetus-pencetus idea RNAA ini perlu disingkirkan kerana mereka ini dalang yang berkepentingan, andai disimpan maka kerajaan baru hanya memegang dasar lama yang tidak menunjukan lontaran idea baru yang boleh diterima selaras dengan Malaysia Baru.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB