11 Oktober 2018

CADANGAN PENURUNAN HARGA TAMBANG REL

RUM mengalu-alukan kenyataan Yb Menteri Wilayah Persekutuan dalam usaha menurunkan harga tambang pengangkutan rel, langkah ini adalah selaras maksud "perkhidmatan sosial" maka sewajarnya harga yang lebih rendah diberikan kepada pengguna bagi mengalakkan pengguna mengunakan perkhidmatan rel seterusnya mampu mengurangkan kesesakan jalan raya.

Namun hasrat ini tidak akan berjaya sekiranya kos perbezaan tambang bersubsidi dengan kos operasi tidak ditanggung oleh kerajaan, untuk makluman kos operasi pengendali pengangkutan rel ini sangat tinggi malah KTMB sendiri terpaksa menanggung kos subsidi pengguna tanpa bantuan kerajaan, akibatnya dari sudut pendapatan operasi KTMB menanggung kerugian.

Justeru itu Kerajaan wajar menanggung subsidi kepada pengguna bukannya ditanggung oleh syarikat pengendali perkhidmatan rel bagi memastikan pengendali perkhidmatan rel mampu menanggung kos operasi.

Sewajarnya Yb Menteri Wilayah Persekutuan berbincang mengenai perkara ini dengan Kementerian Pengangkutan bagi merealisasikan tambang murah pengangkutan rel, RUM sentiasa menyokong untuk kebaikan pengguna tapi tidak akan  menyokong sekiranya bebanan diletakan kepada pengendali operasi tren seperti KTMB, kerana kami sedar selama ini kami menanggung beban kos operasi sehingga KTMB mengalami kerugian dari segi pendapatan operasi.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB


Related Posts:

  • Solidarity ForeverSolidarity Forever A Song by Ralph Chaplin©Ralph Chaplin 1915 When the union's inspiration through the workers' blood shall run There can be no power greater anywhere beneath the sun Yet what force on earth is weaker than th… Read More
  • WORKERS WALK MEMO IN BAHASA MALAYSIA WORKERS WALK DO & DON'T MEMORANDUM UNTUK MENGHENTIKAN SEGALA BENTUK MEMECAH BELAHKAN KESATUAN ‘UNION BUSTING’ DAN PELANGGARAN HAK ASASI PEKERJA 'Union Busting'merupakan satu trend yang semakin ketara di mana majikan memberhentikan, menamatkan,… Read More
  • Kenyataan Tun Mahathir 1. Sewa Landasan Idea RUM "MULTIPLE OPERATOR" 2. Ahmad Maslan menyatakan bahawa KTMB akan untung RM 31 juta 2015 27 surat kesatuan telah menjelaskan. Tiada komen, sebab semua telah dijelaskan dalam kenyataan kenyata… Read More
  • WORKERS WALK BY MTUC & LUNLIST OF UNIONIST, MEMBERS & WORKERS BEING DISMISSED BY EMPLOYER ON UNION BUSTING 1. KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB) · Abdul Razak Md Hassan - President of Railway Union Malaysia RUM), · R.Subramaniam - Vice President… Read More
  • KEMELUT RUM BERAPA LAMA? Berapa lama? Tak kesiankah mereka yang telah dibuang kerja... Berapa lama? Tak kesiankah mereka yang tiada faedah hospital? Berapa lama? Adakah sanggup membiarkan rumahtangga runtuh... yang kini retak menunggu belah... Bera… Read More