ECRL bila baca komen politik kita akan bercelaru... tapi tak kesah, RUM bukan parti politik.. kepentingan RUM adalah menjaga kepentingan pekerja dan KTMB, soal politik kita ketepikan, soalnya KTMB telah lama dianaktirikan, "time" sekarang kita nak tenguk pula sejauh mana kerajaan baru mengambil berat tentang KTMB, berusaha membantu KTMB, malah RNAA pula hendaklah dibatalkan, andai dasar lama diikuti seperti pelaksanaan RNAA, maka tiada bezanya kerajaan lama dan baru.
Kita juga sedar bahawa 100 hari khususnya Kementerian Pengangkutan menumpukan agensi lain terlebih dahulu, mengenai KTMB... RUM belum nampak secara sepenuhnya dalam melaksanakan dasar baru yang mampu molonjakkan KTMB kearah yang lebih baik.. kita masih tunggu dan lihat kearah mana hendak dituju, kita tidak melompat untuk segera , kita tidak melompat untuk tempoh 100hari maupun setengah (1/2) penggal atau pun tahun pertama kerana kita faham dalam sesuatu perubahan yang dilakukan ianya perlu kajian yang mendalam malah pada RUM kita perlu memberi ruang untuk satu tempoh yang munasabah. RUM sentiasa bersabar demi menaruh "HARAPAN" yang mampu membawa perubahan.
Namun RUM tetap berhati-hati, memantau setiap pergerakan bagi memastikan KTMB mampu diselamatkan dari mereka yang berkepentingan, kerana dasar yang ada KTMB adalah perkhidmatan untuk rakyat, maka pilihan yang ada ialah Kerajaan hari ini perlu melihat kepentingan rakyat dari sudut pengangkutan awam khususnya di bawah "perkhidmatan sosial", justeru itu kami RUM mengharapkan Kementerian Pengangkutan akan melihat dan membantu KTMB secara telus demi pekerja, rakyat dan negara.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
24 Ogos 2018
Home »
» DASAR LAMA/ DASAR BARU
DASAR LAMA/ DASAR BARU
Jumaat, Ogos 24, 2018
Related Posts:
KEMALANGAN TRENRUM ingin menjelaskan bahawa RUM tidak akan membuat sebarang kenyataan terbuka, memandangkan ianya masih dalam peringkat siasatan, RUM juga mengalu-alukan pihak SPAD untuk menyiasat bagi mengelakkan terulangnya trajedi sebegi… Read More
TRAJEDI SEMALAM AYUH BANGKIT....Kita Bangkit... Yang berlaku... telah pun berlaku.. Bukan kehendak kita... Kita ada jauh lagi perjalanan... Kita pulihkan kembali.. Kita terus bersemangat... Tiada kenal erti putus asa.. Tiada kenal erti mengalah... Itu asam … Read More
GABUNGAN RUM & SOARUM rasa sangat gembira bila YBrs Dr. Ibrahim Presiden SOA bergabung tenaga bersama dengan RUM berjuang dengan satu (1) mesej Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja. Gandingan ini sungguh mantap kerana pertama kali dalam sejarah… Read More
MEMORI (9/5! 2 tahun telah berlalu)Biar pun ianya seolah-olah berakhir dengan satu kenangan pahit sehingga pembuangan kerja seramai 97 pemimpin dan ahli-ahli RUM tapi ia tetap berakhir dengan "KEMENANGAN!" perjuangan tidak pernah mengenal erti "lelah" maupun "… Read More
PENAMATAN EKSPRESS RAKYAT/PENINSULAR/SENANDUNG SUTERARUM merasa sedih bila EKSPRESS RAKYAT/PENINSULAR/SENANDUNG SUTERA bermula 19 Mei 2016 ditamatkan perkhidmatannya, ianya satu kehilangan perkhidmatan tren kepada pekerja KTMB dan rakyat Malaysia dengan kadar tambang yang murah… Read More