http://goo.gl/hQRvd6 |
Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad memuji kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang disiarkan oleh portal berita Astro Awani hari ini. Portal tersebut memuatkan kenyataan Khairy mengenai situasi di dalam negara sekarang ini mengenai kenaikan pelbagai jenis barangan serta pemotongan subsidi.
“I hope the government does not agree with the requests for hikes such as assessment fees and bus fares that have nothing to do with the slashing of subsidies,” - KJ
Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad didalam laman sosial kesatuan, memuji sikap Khairy yang prihatin dengan prihatin dengan bebanan rakyat khasnya kaum pekerja.
"Macam ni boleh dipuji, ada rasa prihatin dan tanggungjawab, bukannya seperti ada menteri-menteri yang cakap melalut, kita mahu duduk di atas sana prihatin, membantu serta meringankan beban pekerja khususnya rakyat Malaysia." Ujar Abd Razak Md Hassan, Presiden RUM