13 Ogos 2015

KES MAKAN DALAM SET ETS (pertanyaan kepada RUM)

Pada Pandangan Saya

Benar ada tanda atau gambar yang menunjukkan tempat duduk penumpang adalah kawasan larangan untuk makan.

Tujuan asas adalah untuk memastikan bahawa tempat duduk penumpang berada dalam keadaan bersih demi keselesaan pengguna, dalam masa yang sama set berkenaan telah disediakan tempat makan (Buffet Coaches) maka itu kawasan larangan makan dikuatkuasakan dalam koc penumpang, selain dari itu kawasan larangan makan dalam koc adalah bagi tren jarak dekat kecuali tren jarak jauh yang tiada "Buffet Coaches".

Persoalan bolehkah penumpang makan dalam koc berkenaan?

Jawapannya pasti tidak boleh sekiranya disediakan "Buffet Coaches". Andai tidak disediakan"Buffet Coaches" maka kelonggaran boleh diberikan seperti pengantian set tren "ETS" kepada set tren "SCS" yang tiada "Buffet Coaches"

Dari sudut lain kita perlu melihat bahawa penumpang yang naik adalah katogeri "VVIP", ianya diiringi oleh pegawai yang berjawatan Pengurus Kanan, KTMB, maka pegawai berkenaan mempunyai kuasa untuk memberikan kebenaran pada VVIP berkenaan untuk makan dalam koc berkenaan, andai pegawai berkenaan memberi kebenaran maka tiada isu timbul mengenai makan dalam koc berkenaan dan ianya dikecualikan dari kawasan larangan kerana ianya boleh dianggap sebagai "TETAMU KTMB".

Kebaikan dari sudut "TETAMU KTMB" dengan memberi layanan istimewa adalah sebahagian dari strategi promosi bagi memperkembangkan perniagaan KTMB melalui perkhidmatan penumpang yang baik, berkesan dan selamat, secara tidak langsung ianya memberi satu promosi percuma kepada KTMB, justeru itu pada pandangan saya tiada isu timbul sekiranya kebenaran "special case" diberikan oleh pegawai yang mengiringi VVIP yang mana berkenaan atau telah mendapat kelulusan daripada pihak atasan KTMB.

Pihak kesatuan difahamkan bahawa tren yang dinaiki oleh VVIP berkenaan adalah set "SCS" dan bukannya set "ETS" maka tiada isu mengenai makan dalam koc yang berkenaan.

Kenyataan ini berupa pandangan berdasarkan persoalan yang dikemukakan kepada kesatuan, kenyataan yang sewajarnya atau kenyataan yang lebih tepat dan layak dikeluarkan adalah pihak pengurusan KTMB.

Sekian, Terima kasih.

Abdul Razak Md Hassan
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB