12 Februari 2014

SIJIL CUTI SAKIT PALSU

Anak saya sebelum ini adalah pekerja KTMB, iaitu Pemandu Lokomotif Rendah, saya menulis surat untuk anak saya dan mengarah anak saya iaitu berhenti kerja dengan notis, kerana melakukan kesilapan membeli "MC PALSU". Anak saya akur dah telah pun berhenti kerja, kes ini berlaku 5 tahun dahulu.

"Maksud Sijil Cuti Sakit Palsu"

COP PALSU, TANDATANGAN PALSU, BUKAN DIKELUARKAN OLEH DOKTOR YANG BERTAULIAH DAN KLINIK YANG SAH ATAU BERTAULIAH.

Tindakan ini bertujuan, untuk memalukan RUM, diingatkan jangan menipu KTMB, dan jangan mengambil kesempatan terhadap RUM dan KTMB.

Selaku Presiden RUM, saya ingin nasihatkan jangan sesekali membeli "SIJIL CUTI SAKIT PALSU", tindakan ini boleh disabitkan tindakan tatatertib serta telah menyalahi undang-undang negara dengan mengunakan " sijil cuti sakit palsu"!

JANGAN TIPU KTMB,
JANGAN TIPU RUM.

RUM HANYA MEMBELA MEREKA YANG TERANIYA BUKAN YANG MENIPU!

Dinasihatkan berhenti mengunakan kaedah ini, fikirkan masa depan saudara-saudara, sekali tertangkap, menyesal tak sudah.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB