06 Februari 2014

30 KAKITANGAN KONTRAK PKNS DITAMATKAN KONTRAK

Sebagai sebuah kesatuan sekerja yang diiktiraf maka suka saya jelaskan pendirian RUM mengenai perkara ini bahawa tindakan menamatkan pekerja kontrak adalah satu perkara yang sangat mendukacitakan, tindakan ini secara nyata iaitu Kerajaan Negeri selangor tidak mempunyai "tanggungjawab sosial" kepada rakyat khususnya kaum pekerja. Tindakan sedemikian memberi imej yang buruk malah memberi gambaran yang jelas bahawa pekerja terus dianaktirikan.

Memang di akui bahawa Pekerja Kontrak bekerja berdasarkan tempoh kontrak yang ditawarkan ianya berbeza dengan pekerja tetap yang tempoh perkhidmatan ialah tarikh umur persaraan iaitu 60 Tahun.

Apakah tanggungjawab sosial kerajaan, tanggungjawab sosial kerajaan ialah berusaha memberi peluang kepada rakyat peluang pekerjaan, kalau tidak diserapkan sebagai pekerja tetap perlu disambung kontrak. Ini dinamakan " tanggunjawab sosial". Pihak RUM mengakui sekiranya tindakan pemecatan atau menamatkan kontrak berdasarkan tindakan disiplin, tetapi sesekali tidak berdasarkan mengabaikan tanggungjawab sosial.


Kerajaan Pusat mempunyai ratusan ribu pekerja kontrak, kalau kerajaan pusat menghentikan pekerja kontrak, apa difinasi yang diberikan?

Pihak RUM telah membuktikan bahawa melalui Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali memutuskan semua pekerja kontrak diserapkan sebagai pekerja tetap, dan ianya telah berjaya diimplementasikan oleh pihak pengurusan KTMB, kecuali mereka yang mempunyai masalah disiplin, masih diberikan peluang sambung kontrak, bagi memperbaiki masalah disiplin. KTMB sebagai Syarikat Milik Kementerian Kewangan telah menjalankan tugas dan tanggungjawab sosial dengan jayanya.

Kerajaan tetap kerajaan, majikan tetap majikan, perlu ada tanggunjawab sosial. Apatah lagi kalau dinamakan "kerajaan" tidak kira samada kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri, yang perlu memberi contoh kepada syarikat swasta, kalau kerajaan boleh buat, kenapa pula syarikat swasta tidak boleh buat, iaitu menamatkan serta merta pekerja kontrak.

Sikap menolak tanggungjawab sosial perlu dihentikan segera! Pekerja-pekerja kontrak ini perlu diserapkan sebagai pekerja tetap bukan ditamatkan perkhidmatan!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Related Posts:

  • 100 HARI TEMPOH PEMBAHARUAN RUM amat memahami dari sudut logik mana-mana janji dalam tempoh 100 hari tidak mungkin dapat dilaksanakan berdasarkan dalam usaha mana-mana peneraju untuk membetulkan organisasi yang organisasinya berada dalam keadaan "TENAT"… Read More
  • BENGKEL PERJANJIAN BERSAMA (CA) KE 9Bengkel CA 9 akan diadakan bermula pada 12/8/2018, ianya adalah proses terakhir untuk menyediakan Draf Perjanjian Bersama ke 9 yang akan diserahkan kepada pengurusan KTMB mengikut peruntukan dalam artikel CA dimana pihak kesa… Read More
  • Perpindahan Aset KTMB Akan Membunuh Syarikat - PHSetahun yang lalu.. mudah-mudahan apa yang diperkatakan ditunaikan... kita sabar menanti.. Perpindahan Aset KTMB Akan Membunuh Syarikat - PH … Read More
  • BENGKEL PERJANJIAN BERSAMA KE 9 Sejujurnya satu perkara yang menarik adalah sifat kekeluargaan, gaduh, marah... tapi ada rasa kasih sayang.. itulah kelebihan yang ada bila semua berkumpul bersama, ibarat satu keluarga yang ditetak air tidak akan putus... ma… Read More
  • BENGKEL PERJANJIAN BERSAMA (CA) KE 9Alhamdulillah Bengkel CA 9 telah pun selesai semalam, terima kasih kepada semua peserta dari kalangan Majlis Exco /Pengerusi /Setiausaha Cawangan /Jawatankuasa Belia /Jawatankuasa Wanita  yang terlibat yang memberi komit… Read More