28 Februari 2014

KOMEN PEMBACA DALAM INBOX FB KESATUAN.

Berikut adalah komen yang diterima menerusi inbox Facebook kesatuan, yang menarik untuk dipaparkan.

Tuan apa yg saya dengar projek double track Gemas-JB masih d KIV oleh kerajaan. Mereka sedang kaji kos high speed rail KL-S'pore d jangka kos RM 40 bill. Kos projek Gemas-JB s jangka RM 8 bill. D sebabkan kos yg besar ni, d fahamkan yg kerajaan lebih berminat dgn high speed rail. Ini akan merugikan ktmb. Opsyen strategi ktm ialah ktm harus d beri opsyen utk operate high speed rail line baru ni. D fahamkan ERL pun lobby kuat. Penting utk masa depan KTM
KTM juga seharusnya d beri peluang utk operate MRT sebagai national railway operator. Tapi pihak lain pula d beri. Tak tahu la masalahnya. Imej ke, track record ke, atau ktm kurang kabel n kuasa lobby utk mendapatkan keyakinan n keputusan Kerajaan 

KOMEN RUM

RUM amat bersetuju dengan kenyataan ini, pemikiran seorang PRESIDEN KTMB harus menongkah arus dengan MEMPERLUASKAN KUASA KTMB bagi menuju ke era yang lebih mencabar memandangkan KTMB sudah melangkaui 125 tahun usianya.

Tapi KTMB yang dipimpin oleh PRESIDEN KTMB hanya mampu MENJUMUDKAN FIKIRAN, MENGAMBIL JALAN MUDAH, MALAH MEMBERI LALUAN KEPADA MMC UNTUK MENDAPATKAN KARGO DAN MAINTENANCE LANDASAN BERKEMBAR UTARA!

Inilah sikap JUMUD PRESIDEN KTMB, yang hanya mementingkan diri, tidak mampu memulihkan KTMB, gagal meluaskan kuasa KTMB, hanya memikirkan satu skop pemikiran yang lemah tersangat lemah.

Mudah2an Presiden KTMB yang baru nanti mampu memperluaskan kuasa KTMB ke satu destinasi yang baru, kembalikan kekuasaan KTMB, baca dan faham SEJARAH KTMB, baru mampu mengembalikan kegemilangan KTMB.

RUM mengharapkan PENAMATAN PRESIDEN KTMB kini oleh MOF dapat dilakukan dengan sesegera mungkin.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • KEKEJAMAN TERUS BERLELUASA KEKEJAMAN TERUS BERLELUASA BANGKIT.... BANGKIT.... BANGKIT.... Mana mungkin dibiarkan 35 Pemimpin RUM dibuang kerja.... Bangkit...Bangkit.... Bangkit... Kita lawan abis-abisan.... Tidak sekali akan berundur.. Tidak sekali a… Read More
  • BANTUAN PERUBATAN/BANTUAN PINJAMAN Pada semua yang terlibat dengan kes "pembuangan kerja tanpa notis" berhak untuk membuat tuntutan wang perubatan dengan mengemukakan resit perubatan, (Had Maksima RM 500.00) Pada semua yang terlibat dengan "pembuangan kerj… Read More
  • Surat Kesatuan Menjawab Notis Pengosongan Rumah Kuarters Dipaparkan untuk Pengetahuan Ahli-Ahli dan Umum Surat Kesatuan Menjawab Notis Pengosongan Rumah Kuarters Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB ---------------------------------------------------------------------… Read More
  • Surat Aduan Perlanggaran Seksyen 4 Dipaparkan Untuk Pengetahuan Ahli-ahli dan Umum Surat Aduan Perlanggaran Seksyen 4 Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB -------------------------------------------------------------------------------------------… Read More
  • KEKEJAMAN PRESIDEN KTMB Setakat ini, lapuran yang diterima seramai :- 35 Pegawai RUM & Ahli RUM telah "dibuang kerja tanpa notis". 16 Pegawai & Ahli RUM di gantung kerja. Lihatlah dunia kezaliman Datuk Elias Kadir Presiden KTMB menz… Read More