14 Februari 2014

LANDASAN BERKEMBAR IPOH - PADANG BESAR. "MAINTENANCE"

Di fahamkan bahawa landasan berkembar diantara Ipoh - Padang Besar akan siap sepenuhnya dan diserahkan kepada KTMB oleh pihak projek MMC - GAMUDA pada bulan Jun 2014.

Kos projek ini melibatkan RM 12.4 B, tidak termasuk tanah dan varation order (VO). Satu projek besar, yang bakal memberi faedah kepada rakyat dan negara.

Pihak kesatuan amat berbangga dengan kewujudan landasan berkembar ini, kerana akan memberi tahap pengangkutan yang selamat, malah mampu menambahkan pendapatan KTMB dengan memperbanyakkan larian tren.

Dalam masa yang sama, pasti pihak pengurusan KTMB khususnya PENGURUS BESAR URUSAN JALAN, PENGURUS BESAR ELEKTIFIKASI, PENGURUS BESAR SEMBOYAN, telah membuat persiapan rapi bagi memastikan landasan berkembar ini berada di dalam keadaan baik selepas diserahkan oleh pihak projek.


Kalau belum, harapan pihak kesatuan agar, perancangan perlu dilakukan segera seperti menambah pekerja, jurutera dan sebagainya, kerana keperluan latihan perlu digerakan sekarang. Malah persediaan lain seperti kelengkapan, peralatan serta alat ganti perlu disediakan berdasarkan keperluan tempuh atau jadual sesuatu alat, persediaan ini bagi memastikan keperluan "maintenance" landasan berkembar dapat dilakukan dengan baik dan berjalan lancar. Kerana kita menyedari bahawa pengetahuan dan pengalaman yang ada khususnya bagi landasan berkembar diantara Ipoh - Rawang, Rawang - Pklang, Sentul - Batu Caves telah mematangkan kita.

Justeru itu, persediaan awal termasuk merancang dan penyediaan keperluan diharap telah dilakukan bagi memastikan landasan berkembar baru itu juga terpelihara dengan baik, kerana kita sedar peruntukan yang dikeluarkan adalah cukup tinggi.

Kita juga sedia maklum, bahawa landasan berkembar yang baru ini, tidak akan mempunyai masalah sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun yang akan datang, jadi perancangan yang bakal menjaga infra ini bukanlah satu masalah besar pada pihak pengurusan dan pekerja.

Semoga dan harapan Pengurus Besar yang mana berkenaan telah pun menjalankan tugas ini, anda adalah warga KTMB, amanah dan tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan penuh dedikasi, pihak RUM sentiasa menaruh keyakinan kepada anda semua.

Teruslah berbakti untuk menjaga kepentingan KTMB dan warga KTMB.

Pihak kesatuan juga akan menghantar surat rasmi mengenai perkara ini.


Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • Persiapan akhir piket Mesyuarat Jawatankuasa Piket membuat persiapan akhir serta menyusun dan memastikan aspek- aspek keselamatan telah bersidang petang ini. … Read More
  • PIKET Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. In Syaa Allah esuk RUM berpiket, sdr2 sedia maklum tujuan kita berpiket ialah menolak Presiden KTMB iaitu dengan mendesak Kementerian Kewangan menamatkan perkhidmatan Presiden KTMB sece… Read More
  • Gelabah... Gambar Hiasan Kenapa gelabah? Tempoh 2 tahun yang berlalu tak gelabah pun.... Tempoh 2 tahun tak kesah pun... Tempoh 2 tahun tak ambil peduli pun.. Tempoh 2 tahun buat tak tahu pun... Tempoh 2 tahun tiada apa pun.. Bukti… Read More
  • NUKILAN SEORANG KULI Gambar Hiasan Kita kuli... Kita buruh... Kita pekerja... Kita bukan eksekutif Kita mentimun... Itulah kita dengan pelbagai gelaran nama... tapi kita tetap seorang kuli... Adakala orang tak pandang kita, kerana kita seoran… Read More
  • Wanita RUM tiada gentar "we want to see more womens tomorrow" - Sarban Singh Ahli Wanita RUM, saudari-saudari adalah ahli yang berfaedah, tunjukan ahli wanita mampu mengoncang dunia..... Kehebatan yang tiada tandingannya.... Esuk turun gegar… Read More