Saya tertarik dengan kenyataan abg Zaharin Mohd Yasin mengenai cetusan idea sehingga terbinanya Putrajaya, pada pandangan saya tidak kira idea siapa asalkan ianya membawa kebaikan kepada negara, maka cetusan idea yang dikemukakan itu perlu diterima, tetapi bukan soal ini yang saya nak bicarakan, ini hanya mukadimah topik bagi membuka laluan dari aspek RUM membicarakan cetusan idea RUM yang diceduk dijadikan idea Kementerian Pengangkutan.
Idea RUM ialah MULTIPLE OPERATOR yang dijalankan atau diusahakan sendiri oleh KTMB, tetapi kini telah diceduk oleh Kementerian Pengangkutan kononnya penambahbaikan dengan menyerahkan kepada PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) yang mana hasil pendapatan melalui MULTIPLE OPERATOR yang akan dikendalikan oleh RAC sudah tentu akan masuk ke "KANTUNG" RAC.
RUM beranggapan bahawa idea cetusan RUM telah dirompak untuk kepentingan pihak tertentu dan bukannya untuk kepentingan negara.
Disini bezanya antara kenyataan Sdr Zahrin tentang idea kewujudan Putrajaya dan Multiple Operator, antara kepentingan negara dengan kepentingan pihak tertentu. (Andai saya silap, mengenai Putrajaya mungkin abg zahrin boleh betulkan)
Maka itu RUM membantah, sewajarnya Multiple Operator sekiranya hendak dilaksanakan ianya perlu dilaksanakan oleh KTMB sendiri bukannya diletakkan kepada RAC, kerana kita sedar bahawa pendapatan dari Multiple Operator boleh menampung kos tambang bersubsidi yang diberikan kepada pengguna yang mengunakañ perkhidmatan KTMB.
Namun pada dasarnya keperluan Multiple Operator tidak sewajarnya diteruskan sekiranya jentera seperti lokomotif, wagon dan lain-lain mencukupi, lahirnya idea ini setelah menilai bahawa jentera seperti lokomotif dan wagon berkurangan, sekiranya lokomotif dan wagon mencukupi dan ada peruntukkan pembelian lokomotif baru serta wagon maka cadangan Multiple Operator sewajarnya ditolak.
Justeru itu kerajaan perlu memikirkan dengan "KADAR SEGERA" memperuntukkan lokomotif diesel baru serta membeli wagon-wagon baru, bagi memastikan perkhidmatan kargo yang sekitar 3% perniagaan kargo dalam negara yang dilaksanakan oleh KTMB mampu ditingkatkan sehingga 10% atau lebih.
Cuma perlu diingatkan Kementerian Pengangkutan jangan asyik nak beli melalui "direct nego" khususnya dari CHINA, sebab RUM duk pantau apa yang sedang dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan.
Adalah diharapkan Kementerian Pengangkutan lebih telus dalam melaksanakan agenda negara khususnya demi memajukan KTMB, kerana kebaikan yang dinikmati bukan sahaja kepada pekerja KTMB tetapi kepada rakyat yang mengunakan perkhidmatan KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
29 Mei 2018
Home »
» IDEA
PUTRAJAYA VS MULTIPLE OPERATOR
IDEA PUTRAJAYA VS MULTIPLE OPERATOR
Selasa, Mei 29, 2018
Related Posts:
TRAJEDI SEMALAM AYUH BANGKIT....Kita Bangkit... Yang berlaku... telah pun berlaku.. Bukan kehendak kita... Kita ada jauh lagi perjalanan... Kita pulihkan kembali.. Kita terus bersemangat... Tiada kenal erti putus asa.. Tiada kenal erti mengalah... Itu asam … Read More
GABUNGAN RUM & SOARUM rasa sangat gembira bila YBrs Dr. Ibrahim Presiden SOA bergabung tenaga bersama dengan RUM berjuang dengan satu (1) mesej Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja. Gandingan ini sungguh mantap kerana pertama kali dalam sejarah… Read More
IKLAN PENYEWAAN KIOSK DI STESEN KERETAPI OLEH PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) (KEHILANGAN PENDAPATAN KTMB)Di bawah ni disertakan iklan untuk penyewaan kiosk di stesen-stesen keretapi oleh Perbadanan Aset Keretapi. Tambang tiket keretapi adalah murah berbanding kos operasi, KTMB hanya mendapat sumber pendapatan dari perniagaan Tre… Read More
Untuk Pengetahuan Ahli-ahli RUM… Read More
MEMORI (9/5! 2 tahun telah berlalu)Biar pun ianya seolah-olah berakhir dengan satu kenangan pahit sehingga pembuangan kerja seramai 97 pemimpin dan ahli-ahli RUM tapi ia tetap berakhir dengan "KEMENANGAN!" perjuangan tidak pernah mengenal erti "lelah" maupun "… Read More