RUM ingin menasihatkan pada semua ahli-ahli RUM jangan percaya bahawa Mantan Presiden KTMB akan kembali sebagai Peneraju KTMB.
RUM ingin menegaskan bahawa Mantan Presiden KTMB tidak mempunyai "KES YANG KUKUH" untuk kembali sebagai Presiden KTMB secara nyata bahawa tempoh kontrak Mantan Presiden KTMB adalah tiga (3) tahun berakhir 30 April 2015, maka perlantikan Presiden KTMB yang baru melalui surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan berkuatkuasa pada 1 Mei 2015.
Perlu disedari bahawa untuk sesuatu kes di bawah Seksyen 20, Mahkamah Perusahasn mengenai tuntutan pemulihan jawatan akan mengambil masa yang lama iaitu sekitar 3 hingga 5 tahun atau mungkin lebih, justeru itu kenyataan mengatakan tuntutan itu MENANG adalah MELESET sekali berdasarkan tempoh kebiasaan yang dipraktiskan oleh Mahkamah Perusahaan, kalau ada pun hanya baru "SEBUTAN KES".
Hak perlantikan jawatan Presiden KTMB adalah HAK BUDIBICARA MUTLAK YAB DATO' SERI HAJI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA, maka RUM ingin menjelaskan bahawa perlantikan YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan berdasarkan kontrak adalah selama dua (2) tahun, justeru itu tiada sebarang isu dari segi "KONTRAK" maupun "KPI" kerana YBhg Dato' Haji Sarbini bin Tijan telah melaksanakan pekerjaannya dengan cemerlang sekali.
Sebarang usaha yang dikatakan SAMAN sekiranya TIDAK BERPUAS HATI tentang penamatan kontrak sebagai PRESIDEN KTMB tuntutan SAMAN adalah kepada KEMENTERIAN KEWANGAN dengan DEFENDANnya adalah :-
1. YAB Dato Seri Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan 1,
2. Menteri Kewangan 2,
3. Ketua Setiausaha Perbendaharaan,
4. Setiausaha Bahagian Persyarikatan
Justeru itu RUM berharap pada semua ahli-ahli RUM agar tidak mempercayai sebarang khabar angin.
Khabar angin yang sangat berleluasa ini adalah TIDAK SIHAT yang sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
18 Mac 2016
Home »
» KHABAR ANGIN
DATUK ELIAS KADIR KEMBALI SEBAGAI PRESIDEN KTMB
KHABAR ANGIN DATUK ELIAS KADIR KEMBALI SEBAGAI PRESIDEN KTMB
Jumaat, Mac 18, 2016
Related Posts:
Apa kata mantan MP Tampin? Komen Tuan Haji Omar Abdullah, Mantan Pegawai Kanan Keretapi, Mantan Ahli Parlimen Tampin komen dalam wall Tuan Haji Bahrain Tahir. (gambar) … Read More
Kenyataan dalam blog ini adalah jawapan Tan Sri Dato Hamid Albar Pengerusi SPAD. http://thechulan.blogspot.com/ Kenyataan dalam blog ini adalah jawapan Tan Sri Dato Hamid Albar Pengerusi SPAD. Mengambil kira pandangan pegawai keretapi! KOMEN RUM RUM nak tau pegawai keretapi mana yang mengatakan baha… Read More
Bila ada soalan, silalah jawab Soalan terbuka (gambar) kepada Tan Sri Dato Hamid Albar, Pengerusi SPAD dikemukakan oleh Tuan Haji Bahrain Tahir mantan Pengurus Besar, KTMB.… Read More
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan Induk 27 Jun 2014 Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan dan Pekerjaan Induk akan di adakan di Ballroom KTMB di pengerusikan oleh Datuk Elias Kadir, Presiden KTMB. Kepada Pemangku Pengurus Besar Keselamatan, Kesihatan da… Read More
Dunia memerhatikan kebodohan anda!!! Komen Ringkas tapi mempunyai maksud yang mendalam dari Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Seluruh Pakistan. (gambar)… Read More