18 Jun 2014

PENUTUPAN OPERASI GEMAS - GUA MUSANG OLEH SPAD

Dulu masa penguatkuasaan, lesen dan akta keretapi di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan, masalah sebegini tidak berlaku, Jabatan Keretapi di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) bijak menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.

Pernah satu ketika bila seseorang VIP dari MOT berkata pada RUM, "sekarang susah sikit mahu buat kerja, ini SPAD punya kuasa, ini bukan MOT, Kadang - kadang saya pun pening".

Masa tu RUM tak kesah sangat, sebab isu masih boleh diatasi dengan baik oleh MOT.

Bila berlaku arahan penutupan operasi oleh SPAD, maka baru RUM nampak sejelas-jelasnya, walaupun ada aduan kecil yang melibatkan SPAD, RUM tidak membesarkan isu, tapi bila penutupan operasi yang melibatkan implikasi yang besar, maka RUM tidak teragak - agak terus belasah SPAD, kerana dari sektor Gemas ke Gua Musang ramai pekerja terlibat atas arahan tersebut, kemudian musim raya nak tiba, ribuan penumpang yang nak balik ke kampung halaman jadi mangsa.

Maka itu, RUM melihat keputusan yang dibuat adalah "Keputusan Bodoh", tanpa mengkaji implikasi serta akibatnya, malah mereka yang terlibat tidak mampu mencetuskan idea alternatif untuk mengatasi keadaan. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB